Friday, July 5, 2013

Umur 25 tahun Jerawat

Salam Jumaat guys!!!!.

Sekian lama tidak berbelog baru la terajin kan diri nak menaip.. well before ni bukan tak ada idea, idea berlambak jah mencurah-curah ke ladang gandum..hikhikhik.. tapi malas nak menaip tuh la membuatkan belog mokcik ni bersawang (oloh,,xdop sapo kesoh pong ngan belog mu duhai cik oggy)

hari ni mokcik nok bobey pasal perubahan usio dengan keadaan fizikal wanita..eceh,,stail nk kecek macey pakar pulop..

Gini ceritanya..

p/s: maaf..bahasa rojak kelate and melayu baku.. huhuhu..(kekok booohhhh)

Dulu mokcik mempunyai kulit muka yang gebu , lembut, mulut, licin, tanpa sebarang biji-biji samoado biji jerawat atau segalo aneka bintik putih, hitam kuning mahupun biru kala pebret mokcik :P.. Oleh sebab itu, mokcik tidak memerlukan sebarang penjagaan alat kosmetik untuk muka mokcik yang cantik seperti mokcik nyoho di atas tadi.

zaman remaja orang lain serabut dah dengan jerawat di muka, namun mokcik masih lagi bulih berbangga dengan kembang hidung yang mokcik tiada jerawat. kalau ada extra class untuk preparation SPM , mesti dalam beg masing-masing ada sejenis pencuci muka. biasa zaman remaja dulu, sain-sain mokcik pakat pakai FAIR N LOVELY sebab murah..bajet pelajar sekolah kan.. ataupun sabun susu kambing and sabun betik yang harga RM2 seketul bulih pakai samapai dua bulan..heheh... TAPI!!!!!!!!!!!!!!! mokcik tak perlu pakai apa-apa..

dan kemulusan muka mokcik berpanjangan sehingga lah usia mencecah 24 tahun..

Setelah mokcik menginjak usia 24 tahun, cik jerry (nama manjo jerawat) mula nak berkenalan dengan mokcik. Ok fine!! Salam perkenalan Cik Jerry,!!!

NOW!!! Cik Jerry bertambah akrab dengan mokcik..hampir setiap penjuru dan ruang muka mokcik yang lembut tuh Cik Jerry ziarah.. tapi mujur jenis cik jerry yang xbernanah tu.. <3 font="">

then setelah kakak mokcik serta orang sekeliling mokcik menegur muka mokcik terlalu akrab dengan cik jerry, mokcik pun mencari alternatif untuk memutuskan silaturahim mokcik with cik jerry..

produk cuci muka pertamo mokcik try ialah ANEW beli di AVON tuh.. oh sungguh sedak pakai mugotuh sebab dia macama da biji-biji yang bisa digunakan untuk menyental segala bagai daki terkumpul di muka mokcik.. sempat jugop la habis dua tube ANEW tuh. dan sangat berkesan menghilangkan jerawat, tapi dio buat kulit jadi kering. kulit kering yang telah menyebabkan Pokcik Jeragat nak berkenalan. sorry Pokcik Jeragat,,sayo taknak kawan ngan awak..bukan muhrim :P

pahtu mokcik tukar pulop pakai NIVEA VISAGE.. adeihh.. tu pun habis dua tube jugak, tapi at last Cik Jerry nak kawan balik ngan mokcik.. Mokcik with kembar mokcik pun tukar guna NANO WHITE pulak.. yang tuh memang tak habis sebab muka makin teruk.


So sekarang mokcik baru beli hak baru. GINVERA..hahah..harga RM 8.50,, loni dalam proses mencuba. dan mokcik akan pakai bedak sejuk setiap malam.. tujuan tak tahu untuk apa, tapi mok mokcik cakap bedak sejuk bagus untuk muka..hahahah..so mokcik try la..

aduuh..panjei plop mokcik bobei..hehhe

bye..(penutup tak beradab)

Monday, April 8, 2013

#Pelik 1 : Makanan

Hehehe...

Makanan pelik-pelik tahi ayam tahi itik..

haaa tu lagu Jalil Hamid.. tapi kat sini bukan nak cerita about that song. just nak share kepelikan diri sendiri berkenaan makanan.

  1. Saya tak suka epal, tapi saya suka jus epal
  2. Saya tak suka durian tapi saya makan junk food durian flavor
  3. Saya tak makan kangkung masak lemak,tapi saya makan kangkung goreng belacan
  4. Saya tak makan ikan pari, tapi saya makan kuah asam pedas ikan pari (biasnya orang cakap ikan pari tuh macam bau hancing sikit )
  5. Saya tak  makan tomato yang dimasak, tapi saya makan tomato sebiji-sebiji tu
  6. Saya suka makan angin, tapi saya suka jalan-jalan (haha..yang ni dah merapu)
  7. Saya tak suka minum susu dalam cawan, tapi kalu susu dibancuh dalam botol susu saya sangaaaaaaaaaaaaat suka.                    


Oh, by the way aku ni memang golongan pelik kot. Apa-apa pun tak kisah janji makan yang dimakan tu halal dan berkhasiat. Untuk kesihatan perut kitteww yang comel dan super junior ni.. eh, super cute la..                                                                                                                 

Wednesday, April 3, 2013

Typo!!!

Hye!!!!

 Selamat petang they all.. eh bulih guna ke they all ni..heheheh

Tajuk kali ialah typo..

menurut kamus dewan tetangga kampung aku, Typo bermaksud menaip kat dapur. Itu istilah dari kampung aku la. Istilah kampung korang aku tak tahu la..

menurut kengkawan aku, Typo ialah MENGEJA SESUATU PERKATAAN DENGAN CARA EJA YANG SALAH DALAM KEADAAN MENAIP. atau ringkasnya ialah TAIP PERKATAAN TUH SALAH EJA..

well.. as usual lah kan, aku ni memang TYPO yang amat. Tak pernah tak Typo.. kalu tak de Typo maknaya blog aku ni kena hack, dan Pengehack tu dah post entri wakili aku.


aku pun tak tahu la kenapa dan mengapa aku TYPO.. aku dah cuba yang terbaik untuk tak TYPO,.. dan entri ni jua aku masih mencuba untuk tak TYPO..

nak buat macam mana kan, dah memang TypO ni bad habit aku. ala, macam ada orang tuh bad habit gigit kuku.. kiranya aku punya bad habit ialah TYPO..(patut la aku dapat B SPM dulu) aisyyy...

 dalam TYPO tuh, aku ada cita-cita nak tulis novel. tak boleh blah,, kalu la novel aku tuh nk di Publish, kompen kena reject sebab editor malas nak edit.. heheh... takpe la, aku tulis untuk syok sendiri..hahahah..

um, cita-cita nak kurangkan TYPO..yeay!!1

Saya Kenal Sayang Saya # Part 1




Vespa hitam kupecut laju untuk ke ofis. Cilok mencilok sudah sebati dengan diri aku. Ala orang nk bagi hon pun bukan tahu dia maki aku ke apa. yang penting aku sampai ke ofis dengan jayanya.

            Kalau hari biasa, aku ke ofis mengambil masa 30 minit sahaja mengenangkan rumah dan ofis tu hanya sekangkang kera je bagi aku. Tapi bagi orang lain agak jauh juga la nak ke Damansara Perdana nun kalau diri tuh menetap di Seri Kembangan.

            Sedang asyik aku melayan lagu di MP3 yang earphonenya aku sumbat ke telinga, tiba-tiba sebuah skuter yang agak comel menghimpit aku. Argh, ini tak boleh jadi. Aku menambah kelajuan. Maka terjadi la acara kejar mengejar antara vespa dan skuter. Well, seperti biasa, geng-geng vespa memang anti teramat dengan budak skuter. What!!! Hijau??? Ada juga ke makhluk berselera dengan warna hijau.

            Well, nampak macam perempuan je yang menunggang Hingus Hijau tu. Dari gaya kepit kaki tuh sah-sah gaya wanita. Plus pakai sneakers pink. Ya Allah, kenapa la makhluk ni pakai warna kebenciaan aku. Plus himpit motor aku. Memang cari nahas. Aku potong, dia potong balik. Huh, ini dah kes mencabar kewibawaan aku ni. Ok fine aku sahut cabaran. Vrooooom aku tingkatkan kelajuan vespa ku. Dan aku Berjaya. Yes.

            Eh apasal Hingus Hijau tu parking cantik tepi Blacky Black aku a.k.a vespa hitam aku? Nak ajah bertumbuk la tu. Alamak, aku bab bertumbuk ni fail sikit. Bukan salah aku, mak aku yang tak bagi aku masuk taekwando masa kat sekolah dulu. Takut patah riuk katanya. Dan aku anak yang soleh mengikut sahaja tanpa bangkangan. Aduh macam mana nak bertumbuk ni kalau aku ayu pakai baju kurung ni. Kepala yang masih berhelmet aku garu.

            Ok. Relax Nia.!!! Tarik nafas, hembus.

            Disaat aku sedang mencari nafas, penunggang Hingus Hijau turun dari Hingusnya itu. Mak ai, tinggi nya pompuan ni. Makan galah ke apa ni? Ini dah spesis wanita galah ni.

            Pejam mata. Ok aku kelihatan agak pengecut di sini. Masa atas motor punya la gangster aku ni.
           
            ʺ Err cik! Boleh saya tahu VM Engineering kat mana? Saya baru start kerja hari ni,ʺ Tanya Hingus Hijau.

            Aik!! Apasal aku rasa macam garau semacam je pompuan ni. Alamak, entah-entah bapuk. Mak!!!!!!!!! Tolong Nia mak. Bapuk ngurat Nia ni mak.

            ʺErr RH Engineering tuh kalau tak silap saya kat tingkat 3 blok hujung sana tuh, tepi kedai mamak Bismi Curry House naik tangga tepi kedai tuh la,ʺ aku dengan bersungguh-sungguh memberi direction dan tiba-tiba dengan tak sengaja aku berpaling kea rah pemilik suara yang bertanya. Dan……………….

            Eh, apasal aku rasa di awangan ni. Mak!!!! Tolong Nia, Nia tengah terbang ni. Flying without wing ni mak!!! Kenapa la makhluk Hingus Hijau ni kacak?? Mak ai, patutlah tinggi semacam, kusangkakan gadis, rupanya lelaki. Tapi!!!!!!!!!!!!! Kenapa dah tak de warna lain ke kasut nak pakai selain pink tu. Kemeja biru lengan panjang dilipat ke paras siku dah ok. Seluar dari jenis kain khakis warna kelabu pun dah ok. Tiba-tiba kasut nak pink.!!! Sneakers pula tu. Aish. Mangsa fesyen betul.

            ʺ Err cik, kenapa cik tengok saya pelik je? Saya tak pakai baju ke?ʺ soal lelaki Hingus Hijau mencantas aku dari lamunan penilaian terhadap diri beliau.

            ʺOh!! Tak de pape la. Saya tengah berfikir tadi tuh. Saya kalau berfikir memang akan cari subjek untuk diperhati dan berfikir walaupun subjek tak de kena mengena dengan apa yang saya fikir,ʺ aku kalut memberi alasan yang 100% tak logik.




            ʺHai Nia! Lewat hari ni?ʺ tegur Kak Suzie merangkap receptionist tempat aku bekerja KAMI Perunding Sdn Bhd, sebuah firma ukur bahan yang sedang meningkat naik.

            ʺAah kak. Tadi racing dengan skuter hijau yang tiba-tiba je himpit saya. Huh, nasib baik saya menang kan,ʺ aku bercerita sambil tangan lincah mengacau air Milo.

            ʺIsh kamu ni Nia, selalu sangar rempit nya. Bahaya tau bawak moto laju-laju ni. Kalau jatuh, macam mana kamu nak angkat Besi Hitam kamu tuh?ʺ balas Kak Suzie merujuk kepada Blacky Black aku tuh.

            ʺBlacky Black la kak,ʺ aku membetulkan panggilan  buat My Beloved Blacky Black. Ish, susah-susah aku fikir empat hari empat malam nak bagi nama kat Blacky yang atuk aku serahkan buat aku Vespa keluaran Lambretta tahun 1968. Vespa kesayangan atuk telah berjaya menjadi milikku setelah aku membuat sistem barter dengan membeli sebuah skuter Yamaha Ego tahun 2010 untuk atuk. Heheheh, kempunan la cucu atuk yang lain ye. Best man wins.

            ʺerm ok lah kak, saya nak kena siapkan tender document ni kak. Deadline petang ni. Saya nak touch up sikit before hantar kat Cik Liya,ʺ ujarku untuk mematikan perbualan. Sambil itu, beberapa keping biskut menjadi santapan breakfast aku pagi ini.

            Tender document untuk projek Rumah Bunglow artis terkenal yang menelan belanja hampir RM 7 juta perlu disiapkan sebelum tender dibuka untuk kontraktor lusa. Aish, banyak sungguh duit artis ni, nak buat rumah pun siap ade QS consultant bagai. Berilmu jugak artis ni. Tapi baru je jadi artis dah nak buat rumah maha mahal ni. Ni kes anak ikan la kot. Aish, termengumpat pulak aku ni.


            ʺCik Liya, ni tender document rumah Anastasia pelakon tuh dah siap dah. Ni untuk Cik Liya check balik la. So far, saya dah siapkan semua item and masih tak melebihi budget client,ʺ aku memberi penerangan  buat Cik Liya.

            ʺErm ye la Nia. Ni saya nak bagi awak handle satu lagi new project. Housing project dekat Kelantan. Yang ni pun still traditional contract. Maybe next time saya bagi yang design and built, ʺ ujar Cik Liya.

            Wah!! Kat Kelantan ni. Balik kampung la aku. Yes.. ini berita baik buat mak ku tersayang.

            ʺErm Cik Liya, mana drawingnya? Boleh saya study drawing dulu,ʺ aku bertanya Cik Liya.

            ʺOh, by the way, sekarang ni ada architecture drawing je. Structural is in progress. Ni contact number engineer yang design, nanti awak contact ok. Saya bagi awak 100% handle this project and saya nak awak pilih je junior kat Contract Department tuh untuk tolong. Awk guide diorang baik-baik ok,ʺ arah Cik Liya. Dalam kepala aku, memang aku aim si Bad la memandangkan budak tu baru sebulan kerja. Bad, tunggu ye aku bagi kau taking off ye. Tidurlah kau di opis ni seminggu. Huhuh..

Monday, April 1, 2013

Ustazah Mee Segera

Salam u ollsss...

Tajuk entri is Ustazah Mee Segera. u olls memang da clear nampak la kan.. hehheh..

well, saje je aku nak luahkan pendapat fenomena ni.. aku pun tak tahu la kenapa, kalau pakai tudung je mula la nak jadi ustazah. aku tak katatak boleh nk jadi ustazah, tapi biarlah dengan cara yang betul.. 

 cara yang betul disini ialah BELAJAR ilmu betul-betul agar tiada yang dikatakan ajar ilmu sesat..

ok la. senang cerita.. aku nak share sal seorang knalan aku..
 ok dulu belaiu sangat la hebat.. seksi.. seksa semua dia bagi kat dia. kain atas paha, macam-macam fesyen rambut latest semua bagi kat dia. and now alhamdulillah she got hidayah from ALLAh and dia dah berubah menjadi muslimah yang sebenarnya..

di saat dia dikutuk masa mula-mula start tutup aurat, aku lah sentiasa ada untuk bagi dia kekuatan agar jangan terus lemah dengan kritikan orang. dan alhamdulillah, dia tetap dengan hijab nya dan aurat nya terjaga baik..

tapi, lately aku tengok dia dah semacam je.. Post status islamik tuh dah bagus tapi lepas post je nak kutuk orang lain. ya allah.. tak ke nampak buruk nya akhlak anda...

 and bagi aku, kita tak boleh simply nk appoint someone tuh jahil..

now, dia dah sengal nak cakap sal politik. yes,, politik tuh hak kita semua,. dan anda selaku pembawa bendera islam, u supposed to jaga etika.. jangan nak mencarut je tanpa usul periksa.

 bercakap tanpa ilmu macam pokok tanpa akr. bila-bila masa saja boleh tumbang. now dia dah jadi ustazah yang sentiasa cakap yang tuh haram yang ni haram.. 


#ok nk stop dah dengan tiba-tiba sebab rasa sakit hati tengah menaip ni.

#Quotes : 1


Tuesday, March 26, 2013

Addicted To Green Apple

Salam guys!!!!

 Pergh tajuk tak leh blah.. Nak jugak tajuk in English...huhuhu..

Well, as usual..aku ni meme la pelik sangat.. Bukan ape, saje nak mempelbagaikan kelainan diri aku...




Aku tak tahu la kenapa aku tak boleh telan sebiji buah epal hijau  atau ape jenis epal la.. Aku tak suka makan buah epal.. Entah la, aku rasa macam tak lumah jah aku kunyah benda alah itu.. Aish...

One day, aku gitaw kat a friend of me that aku ni tak makan epal, and she said 

`Ox aloh la.. kampung molep mung tok make epal`

Then aku jawab la ` Kampung gaponyo, masalahnyo, durian pon aku tok make jgop`..hehhehe


tapi kan, aku tak tahu la kenapa aku ni tersanagt lad ADDICTED to GREEN APPLE punya bau.. hehhe...
and op kos la the best perfume is DKNY Be Delicious yg kala ijau tuh... bau sangat la semerbak..

heheh..

and disebabkan aku ni tak bulih nak telan kalu makan apple hijau tuh, aku pon amik inisiatif lain untuk mendapatkan segala zat epal hijau yang memang da pemes dengan :

zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Aku buatkan nya jus.. pelik pulak.. Bulih pulak aku telan...hehhe...


Then segala bagai barangan berbau epal hijau pasti mendapat perhatian aku. Pencuci lantai pun aku nak jugak yang epal hijau.. Berebut ng mak aku yang lebih sukakan bau LAVENDER..hehhehe...





 dan aku sedang mencuba untuk belajar memakan epal hijau.. aishh...
 

Thursday, February 21, 2013

#Random Awesome 1 : Masjid

almost every day solat zuhur n asar di masjid since site skrg sebelah masjid.

pS : tujuan bukan nk riak

Saturday, February 16, 2013

Kerjaya QS yang orang tak ramai tahu (Ep. 1)

Asslamualaikum wbt (senyum tutup mulut k)


Bekisar pada tajuk di atas, saya selaku graduated QS student ni hendak lah bercerita sal kerja QS yang tak ramai orang tahu.

tujuan i buat entri ni sebab sangat la ramai orang tanya i keje ape. bila cakap QS ha mula la nak buat muka pelik sambil garu-garu hidung nak tanya apekejadahnya QS tuh.

tak lupa jugak yang dengann muka penuh kompiden lagi eksen cakap OOOO..QS TUH QUALITY SCIENCE KAN!! 

tak pun QS TUH QURAN SUNNAH KAN!!!

ekceli kan kite kan nak kan cakap kan yang kan QS tu kan, bukan la kan yang seperti di atas tuh kan.. (perluke ada kan every words) aishhhh!!!

ekceli la, QS tu stand for Quantity Surveyor which is kerja-kerja yang melibatkan kira kos nak buat construction sesuatu project in simple words la.tapi banyak ag roles of QS yang malas je nak state kat cini.. 

tapi nk state yang QS ni involve ng project tuh starting during Pre Contract until post contract... keje melibatkan wang ringgit yang kalu mendapat pakatan murni bulih jadi kaya tapi haram.. ishh mintak jauh jadi QS gtu..

berbalik kepada ketakfemesan QS ni bermula dari akar umbi lagi (perghh dah macam kempen pilihanraya plak)

i tak nak lah point the finger kat orang lain nak point to myself je..

sebenarnya aku at first tak tahu ape benda la QS ni. masa nk plih course dulu, memang i tak choose pon QS ni.. ye la dah tak tahu ape kebenda memang tak la kan.. tapi rezeki saya dah tertulis untuk BORN TO QS tuh, dapat jugak la offer further study kt UiTM Seri Iskandar . 

Buat Dip in QS. First sem memang blurr nk wt measurement (kira qty material building) sebab tak pandai bace drawing. N as a result (ayat karangan B.I) result exam time sanagt dukacita lagi dukalara.. try ag next sem.

Bila cuti sem je, balik kampung adalah makcik tanye 

MOKCIK:DOK NGAJI PERAK NUH AMIK KOS GAPO..

SAYA CANTIK:UKUR BAHAN(in Malay sebab kalu kot BI meme sah-sah tak tahu)

MOKCIK: GAPO DIO..GUBAHAN..KUMBAHAN...

oh makcik, derita nya beta dengar kalian begitu tak tahu anda tentang kos yang beta amik (sroooooooot ingus ijau meleleh lap ng tisu jangan dijilat)


whatever it is, i pon dah grade dah pom Degree Qs and kijo pom jd QS   



p/s: perasan tak entry takde tanda soal..
       penggunaan kata nama tak tetap (aku, i, saya)


saya cantik (_oo_) 

Thursday, February 14, 2013

#Cerita Basi 1 : Maulidur Rasul Surau Al Mawaddah

test test test.. entri mestilah berbaur juruh dan sopan.. ok cik oggy!! BEHAVE!! (xsopan pon..salam tak bagi)

Assalamualikum wbt.. juruhnye i..




Tanggal 19 Januari 2013 hari tuh, berlangsunglah Majlis Sambutan Maulidurrasul bertempat di Surau Al-Mawaddah Taman Puchong Prima.

Ada jugak ceramah pasal kelahiran Rasulullah SAW.. sungguh sedih bila mengenangkan betapa kasihnya baginda pada umatnya. yang paling tersentuh hati bila baginda Rasululah SAW sendiri nk pergi jumpa api neraka disebabkan ramai umatnya dibakar.

oh tsssssssssssssskkk air mata i menitis..sroooooooooot sedut hingus sikit..

 well, as usual i ni bukan rajin sangat nak bercerita, bia je la gambar yang cerita..(nk elak typo!!!)

ramai yang hadir

 rasa bangga bila kehadira sangat la ramai macam ceramah Ustaz Azhar Idrus hari tuh kat MAsjid As- Salam Puchong a.k.a masjid terbaik negeri selangor.

Kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Al Haziq Puchong Prima

persembahan qasidah sangat la best.. paling best Busyra Lana, YA Hanana, Solatun Bil Mubin.. Suara kanak-kanak bernama Luqman ....

jamuan makan dalam dulang-ukhuwah

Lepas tuh jamuan makan. menunya seketul nasi di dalam dulang bersama beberapa daging kicap, sesudu sambal belacan, beberapa ikan kering digoreng rangup dan air sirap.. op kos my feberet drink tuh..hohohohooh


lps makan korek gg

 ok..dah agak-agak nak kenyang tuh, ada lah benda asinh terlekat kat gigi tuh..ok korek control cun..jangan korek ngan jari ok..tak vogue langsung.


PENUTUP.


p/s: jubah tu i baru beli.. cantik sangat di badan i yang jelita lagi divas!!!!











# Usrah 1 : Mutiara Kata



Hye guys!!! Hugs n kisses to both of you… 

well, tetibe hye nak hugs kisses bagai ni pekehal…aiyaa sudah buang tebiat ke cik oggy ni tanpa salam bagai…dah takde adab sangat la tu..well, biasala kan dah lama tak bersua ni mestilah ada perubahan bukan je tindak balas sahaja..huhuhu..tetiba..

Ok lah..assalamualaiukum wbt pada perenggan kedua..sila jawab ok..wajib jawab!!!

Ok berbalik pada entri yang lebiah bermanfaat dari segala omong kosong yang tak beri pahala.. (sempena tahun baru entri nk lebih pahala)

Nak share kat-kata mutiara ditambah berlian 7895 point 457 karat dari NABI NUH a.s :

*AMARAN : BACA SEMUA POINTS YANG DIKEMUKAKAN DENGAN HATI BERSIH DAN abaikan segalah benda yang dalam kurungan () selepas point..itu mengarut tapi ada gk sesetengan tu bulih diterima pakai..hehehhehe 



  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kepada kemenangan.(bermakna SABARIAH haruslah SABAR untuk menang).
  2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal solehnya (amal yang soleh bukan amal manusia bernama SOLEH!!)  hikhikhik gelak sopan tangan di mulut takmo bagi Nampak gigi yang tak teratur. 
  3. Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu, demikian pula puasa dan sembahyangmu. (Kena selalu ihklas dalam semua yang dibuat..jangan pulak solat tapi tak puasa, puasa tapi tak solat.) 
  4.          Janganlah brsumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah kamu menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tida menyekutui mereka dalam dosa. (yang ni kena berhati-hati ye kawan kawan.jangan pulah nak bersumpah bila dah sah sah anda sedang menipu..tetibe je dapat dosa FREE!!!!!) 
  5.          Bertaatlah kepada raja rajamu dan tunduklah kepada pembesarserta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah (sentiasa bersyukur..penuhilah mulut tuh bukan ngan meatball IKEA, burger bakar, ubi kayu atau segala resepi dari MATGEBU tu ye)hhuuuuuu `o_o 
  6.          Janganlah iri hati dengan orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama dengan kemujuran nasibnya itu (MUJUR AKU TAK KAYA!! Aik boleh ke camtu ) 
  7.          Barangsiapa yang melampaui keesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya (jangan nak boros or melampau dalam apa jua tindakan..Contohnya jangan makan nasi namploh pinggan sekaligus, makan duakali gus takpe..hukhukhuk) 
  8.          Tanpa membahagikan nikmat-nikmat yang diperolehinya seseorang  itu tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.( yang ni paling best..Korang yang nikmat duit banyak tuh, bagi kat aku cikit..Nikmat cantik dan jelita milik aku ni aku nak share sangat tapi amcam mane ye..huhuhhuhuhu)


PENUTUP










#best tak penutup aku tuh!!!heheheheh

Stress Dengan Umah Sewa

Salam. Aku sekarang sangat stress dengan owner umah sewa aku. Kronologi. Year 2014 Aku masuk umah tu dan agreed nk sewakan dengan har...