Monday, November 3, 2014

Kataku #2 : Itu Anak Syurga

usah kau keji
usah kau caci
anak itu suci
anak itu berseri

kamu maki
kamu cerci
kamu kunci
anak itu dari dunia ini

kenapa??
kerna anak itu lahir di tepi kali?
tepi kaki lima?
tepi longkang?
dan bukan di hospital..

untuk apa kamu caci??
kamu patut peduli.
anak itu anak suci
sama seperti anak kamu sendiri

hukum?
jangan kau hukum anak itu
yang salah ibu bapanya
tersasar dari hubungan yang tak suci


itu anak syurga
sama seperti kita
tetap hambanya
anak itu anak syurga


eirahamzah, 3 Nov 2014, 15:11



Stress Dengan Umah Sewa

Salam. Aku sekarang sangat stress dengan owner umah sewa aku. Kronologi. Year 2014 Aku masuk umah tu dan agreed nk sewakan dengan har...