Stat Counter

Friday, November 23, 2018

Breastfeeding Journey : Wean Off

Assalamualaikum.

Saja nak share pasal wean off my daughter.

dan alhmadulillah aku berjaya breastfeed beliau sehingga 3 tahun. Yes.. tiga tahun. Dah tua dah anak aku ni.

KEnapa sampai tiga tahun?

Sebab aku ni bukan ibu yang kuat. Anak buat muka sedih nak susu, aku pun panggil balik. Haishhh...


Ceritanya

Aku tak de la pulak plan nak tambah baby ke bagi adik kat dia kan. Tapi memandangkan dia dah besar panjang, amatlah tak sesuai untuk aku menyusukan dia lagi. LOL.


Before ni aku letak macam macam kat Miss B, dia hadap je. Semua dia layankan aje.

So bila bulan puasa hari tu, aku cuba letak asam jawa. Masam oii benda alah tu. Dan dia mengalah. Kiranya atkde lah susah sangat aku nak wean off ni. Yang susahnya aku yang tak kuat je. Dia tak ingin aku pulak yang offer.


TIPS WEAN OFF.


  1. Cuba lengah lengah kan beliau. Kalau dia mintak, cuba alih perhatian. Bagi main ke, ajak mandi ke. yang penting lengah lengah kan.
  2. Cuba mintak ayah dia tidurkan dia . (Ok yang ni aku failed, sebab aku yang tak boleh tidur bila anak takde)
  3. Mental ibu kena kuat. Jangan cair dengan mulut manis sikecik. (Aaa, part ni berkali2 jugak la aku failed. Tak tahan oii muka menggoda sikecik LOL)
  4. Isi perut dia kenyang kenyang, So that dia tak de la teringat ingat kat miss B.
Ok. Ni tips yang aku guna pakai. Boleh la cuba.


Now nak "Diapers Free" pulak. 

Ni pun banyak cubaan jugak. next entry

Monday, November 12, 2018

Pantang Larang Ketika Mengandung?

Image result for upt positif
upt positive
Assalamualaikum.

Tadi tengah scroll facebook, ada keluar satu posting bertanyakan "Boleh tak menjahit masa mengandung?"

Dan aku yang moden ini (hehhehe) macam terfikir "aih mengandung pun kena pantang ke?". Then aku bukak komen banyak kecaman dari komen membina.

Ada yang komen "kalu kena pantang menjahit, macam mana tukang jahit nak cari makan?" etc .

Betul la tu. Pastu ada jugak yang list kan pantang lain antaranya :-

  1.  tak boleh makan masam nanti anak keluar masam
  2. jangan minum kopi nanti anak hitam
  3. jangan menjahit sebab nanti berbelit tali pusat anak
  4. jangan potong buah songsang nanti anak  songsang 
  5. etc
Bagi aku, itu hak masing masing tapi jangan lah kecam. Orang bertanya cuba la jawab dengan menjustifikasi kan reason yang betul dan logic. Sebab kita dibesarkan dan dikelilingi dengan orang orang yang berbeza. So pengalaman pun berbeza la.


Aku pantang ke tak?

Sejujurnya tak. Tapi pernah la mil tegur "eira menjahit?" Sebab aku jahit barut baby masa 1st pregnancy dulu. Siap jahit langsir bangai. Dan alhamdulillah tiada sebarang komplikasi semasa proses kelahiran.


Errrr. So tujuan entri ni ape? hhahahahah

Monday, November 5, 2018

Cerpen : Tidak Sepahit Peria (Part 1)

45tahun dahulu

“Tadi ada orang datang risik kamu Mah. Kamu mahu ke?,” soal Kak Sah kakak ipar Aimah. Aimah diam. Agak terkejut dengan soalan tiba-tiba itu.

Aimah masih lagi ligat memasak lauk tengah hari. Singgang ikan tongkol. Kegemaran abangnya, Zakaria. Sambil lincah tangannya memasukkan segala bumbu kedalam periuk kedengaran suara Kak Sah masih lagi dengan kisah risik.

Bawang putih diketuk, bawang merah dihiris. Lengkuas juga dihiris. Dimasukkan kedalam periuk berisi air. Sekeping dua asam keping dicampak. Hampir mendidih , ikan tongkol saiz sederhana dimasukkan, Api dikecikkan. Periuk ditutup. Selang beberapa ketika, garam dimasukkan. Kunyit diketuk sedikit. Siap .

“Aku tak kisah kamu nak ke tak. Yang ni aku rasa elok orangnya. Kerja kampung, rumah pun hujung kampung tu je. Dekat dengan rumah aku ni,” sambung Kak Sah lagi. “Lagipula Leman ni dah tak ada mak ayah. Kalau kamu kawin dengan dia, dia boleh jaga kamu. Boleh kerja dengan aku,” pancing Kak Sah lagi. Aimah diam.

Tidak mengia tidak jugak menidakkan. Aimah punya pilihan sendiri. Shaari anak Pak Imam. Kerja pegawai kerajaan dekat Kuala Lumpur. Namun Kak Sah tidak berkenan dengan Shaari. Katanya kalau nikah dengan Shaari, Aimah akan ikut suaminya tinggal di Kuala Lumpur. Kak Sah tidak akan benarkan. Nanti siapa nak jaga anak-anak dia yang 6 orang tu. Kemas rumah, masak, basuh kain baju.

“Macam ni la Mah, karang aku bincang dengan Abang Ya kamu. Kalau dia setuju kamu aku nikahkan dengan Leman tu. Dah tak payah piker lagi,” Kak Sah mmbuat keputusan.

Aimah hanya diam. Apa juga jawapan yang dia berikan tak menjadi kudis pun buat Kak Sah. Kak Sah lah yang mencorak hidup Aimah. Selepas kematian orang tua Aimah, dia tinggal bersama Abang Ya dan adiknya Aminah. Dia dan Aminah dibanting tulang menguruskan rumah tangga abangnya dan Kak Sah.

Aimah seorang pendiam dan tidak melwan. A diatur Kak Sah A juga la Aimah. Tidak seperti Aminah. Seorang yang pendiam namun tegas. Aminah bijak mengatur hidup sendiri. Telah bernikah dengan Jalil dan tinggal di Johor Bahru. Lari dari Kak Sah. Tinggal lah Aimah.



“Kak Sah, Abang Leman dah ceraikan Mah. Dia cakap dia tak boleh ikut syarat Kak Sah untuk tinggal kat sini,” adu Aimah setelah diceraikan Leman. Kak Sah diam. Langsung tidak bersimpati dengan nasib adik iparnya. Abang Ya sibuk bekerja, sudah tidak ada masa untuk adiknya. Lagipun menurut isterinya, keadaan baik baik saja.


...................................................................................................................................................................
Kini.

Hari ini genap enam sesi kemoterapi Aimah. Aimah disahkan mengidap barah payudara. Dia yang ketiadaan suami juga anak- anak  menumpang kasih anak Kak Sah. Menjaga anak-anak Kak Sah dari kecil hingga dewasa. Apa lagi yang hendak diharapkan, tuaian kasih yang disemai pada anak-anak saudara sahaja yang dia ada.


"Cik Mah, hari ni Zali datang ambil Cik Mah ye?" ujar Zali anak sulung Kak Sah. Aimah diam. Setuju saja. Kalau tidak mahu, kemana harus dia melangkah? Siapa yang nak jaga dia? Dulu pernah dia tinggal sendiri di Pondok Pengajian Agama. Cuba bersendiri. Namun nasib malang menimpa bila dia disahkan menghidap barah . Suatu pagi semasa dia bangkit untuk ke masjid, tiba-tiba kepalanya pening. Tersilap langkah , beliau jatuh tangga. Kudrat orang tua sepertinya apalah sangat. Paha kiri dia patah. MEngerang kesakitan sendiri dia di rumah. Sehingga lah tengah hari itu Zali datang jenguk. Sejak dari tu, dia terus dibawa tinggal rumah Zali.

Dia syukur, semaian kasih pada Zali dulu dapat dituai.

Aimah pulang kerumah Zali. ...........................................



Bersambung

p/s : xtahu bila pula nak sambung :P







10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...