Stat Counter

Friday, November 23, 2018

Breastfeeding Journey : Wean Off

Assalamualaikum.

Saja nak share pasal wean off my daughter.

dan alhmadulillah aku berjaya breastfeed beliau sehingga 3 tahun. Yes.. tiga tahun. Dah tua dah anak aku ni.

KEnapa sampai tiga tahun?

Sebab aku ni bukan ibu yang kuat. Anak buat muka sedih nak susu, aku pun panggil balik. Haishhh...


Ceritanya

Aku tak de la pulak plan nak tambah baby ke bagi adik kat dia kan. Tapi memandangkan dia dah besar panjang, amatlah tak sesuai untuk aku menyusukan dia lagi. LOL.


Before ni aku letak macam macam kat Miss B, dia hadap je. Semua dia layankan aje.

So bila bulan puasa hari tu, aku cuba letak asam jawa. Masam oii benda alah tu. Dan dia mengalah. Kiranya atkde lah susah sangat aku nak wean off ni. Yang susahnya aku yang tak kuat je. Dia tak ingin aku pulak yang offer.


TIPS WEAN OFF.


  1. Cuba lengah lengah kan beliau. Kalau dia mintak, cuba alih perhatian. Bagi main ke, ajak mandi ke. yang penting lengah lengah kan.
  2. Cuba mintak ayah dia tidurkan dia . (Ok yang ni aku failed, sebab aku yang tak boleh tidur bila anak takde)
  3. Mental ibu kena kuat. Jangan cair dengan mulut manis sikecik. (Aaa, part ni berkali2 jugak la aku failed. Tak tahan oii muka menggoda sikecik LOL)
  4. Isi perut dia kenyang kenyang, So that dia tak de la teringat ingat kat miss B.
Ok. Ni tips yang aku guna pakai. Boleh la cuba.


Now nak "Diapers Free" pulak. 

Ni pun banyak cubaan jugak. next entry

Monday, November 12, 2018

Pantang Larang Ketika Mengandung?

Image result for upt positif
upt positive
Assalamualaikum.

Tadi tengah scroll facebook, ada keluar satu posting bertanyakan "Boleh tak menjahit masa mengandung?"

Dan aku yang moden ini (hehhehe) macam terfikir "aih mengandung pun kena pantang ke?". Then aku bukak komen banyak kecaman dari komen membina.

Ada yang komen "kalu kena pantang menjahit, macam mana tukang jahit nak cari makan?" etc .

Betul la tu. Pastu ada jugak yang list kan pantang lain antaranya :-

  1.  tak boleh makan masam nanti anak keluar masam
  2. jangan minum kopi nanti anak hitam
  3. jangan menjahit sebab nanti berbelit tali pusat anak
  4. jangan potong buah songsang nanti anak  songsang 
  5. etc
Bagi aku, itu hak masing masing tapi jangan lah kecam. Orang bertanya cuba la jawab dengan menjustifikasi kan reason yang betul dan logic. Sebab kita dibesarkan dan dikelilingi dengan orang orang yang berbeza. So pengalaman pun berbeza la.


Aku pantang ke tak?

Sejujurnya tak. Tapi pernah la mil tegur "eira menjahit?" Sebab aku jahit barut baby masa 1st pregnancy dulu. Siap jahit langsir bangai. Dan alhamdulillah tiada sebarang komplikasi semasa proses kelahiran.


Errrr. So tujuan entri ni ape? hhahahahah

Monday, November 5, 2018

Cerpen : Tidak Sepahit Peria (Part 1)

45tahun dahulu

“Tadi ada orang datang risik kamu Mah. Kamu mahu ke?,” soal Kak Sah kakak ipar Aimah. Aimah diam. Agak terkejut dengan soalan tiba-tiba itu.

Aimah masih lagi ligat memasak lauk tengah hari. Singgang ikan tongkol. Kegemaran abangnya, Zakaria. Sambil lincah tangannya memasukkan segala bumbu kedalam periuk kedengaran suara Kak Sah masih lagi dengan kisah risik.

Bawang putih diketuk, bawang merah dihiris. Lengkuas juga dihiris. Dimasukkan kedalam periuk berisi air. Sekeping dua asam keping dicampak. Hampir mendidih , ikan tongkol saiz sederhana dimasukkan, Api dikecikkan. Periuk ditutup. Selang beberapa ketika, garam dimasukkan. Kunyit diketuk sedikit. Siap .

“Aku tak kisah kamu nak ke tak. Yang ni aku rasa elok orangnya. Kerja kampung, rumah pun hujung kampung tu je. Dekat dengan rumah aku ni,” sambung Kak Sah lagi. “Lagipula Leman ni dah tak ada mak ayah. Kalau kamu kawin dengan dia, dia boleh jaga kamu. Boleh kerja dengan aku,” pancing Kak Sah lagi. Aimah diam.

Tidak mengia tidak jugak menidakkan. Aimah punya pilihan sendiri. Shaari anak Pak Imam. Kerja pegawai kerajaan dekat Kuala Lumpur. Namun Kak Sah tidak berkenan dengan Shaari. Katanya kalau nikah dengan Shaari, Aimah akan ikut suaminya tinggal di Kuala Lumpur. Kak Sah tidak akan benarkan. Nanti siapa nak jaga anak-anak dia yang 6 orang tu. Kemas rumah, masak, basuh kain baju.

“Macam ni la Mah, karang aku bincang dengan Abang Ya kamu. Kalau dia setuju kamu aku nikahkan dengan Leman tu. Dah tak payah piker lagi,” Kak Sah mmbuat keputusan.

Aimah hanya diam. Apa juga jawapan yang dia berikan tak menjadi kudis pun buat Kak Sah. Kak Sah lah yang mencorak hidup Aimah. Selepas kematian orang tua Aimah, dia tinggal bersama Abang Ya dan adiknya Aminah. Dia dan Aminah dibanting tulang menguruskan rumah tangga abangnya dan Kak Sah.

Aimah seorang pendiam dan tidak melwan. A diatur Kak Sah A juga la Aimah. Tidak seperti Aminah. Seorang yang pendiam namun tegas. Aminah bijak mengatur hidup sendiri. Telah bernikah dengan Jalil dan tinggal di Johor Bahru. Lari dari Kak Sah. Tinggal lah Aimah.



“Kak Sah, Abang Leman dah ceraikan Mah. Dia cakap dia tak boleh ikut syarat Kak Sah untuk tinggal kat sini,” adu Aimah setelah diceraikan Leman. Kak Sah diam. Langsung tidak bersimpati dengan nasib adik iparnya. Abang Ya sibuk bekerja, sudah tidak ada masa untuk adiknya. Lagipun menurut isterinya, keadaan baik baik saja.


...................................................................................................................................................................
Kini.

Hari ini genap enam sesi kemoterapi Aimah. Aimah disahkan mengidap barah payudara. Dia yang ketiadaan suami juga anak- anak  menumpang kasih anak Kak Sah. Menjaga anak-anak Kak Sah dari kecil hingga dewasa. Apa lagi yang hendak diharapkan, tuaian kasih yang disemai pada anak-anak saudara sahaja yang dia ada.


"Cik Mah, hari ni Zali datang ambil Cik Mah ye?" ujar Zali anak sulung Kak Sah. Aimah diam. Setuju saja. Kalau tidak mahu, kemana harus dia melangkah? Siapa yang nak jaga dia? Dulu pernah dia tinggal sendiri di Pondok Pengajian Agama. Cuba bersendiri. Namun nasib malang menimpa bila dia disahkan menghidap barah . Suatu pagi semasa dia bangkit untuk ke masjid, tiba-tiba kepalanya pening. Tersilap langkah , beliau jatuh tangga. Kudrat orang tua sepertinya apalah sangat. Paha kiri dia patah. MEngerang kesakitan sendiri dia di rumah. Sehingga lah tengah hari itu Zali datang jenguk. Sejak dari tu, dia terus dibawa tinggal rumah Zali.

Dia syukur, semaian kasih pada Zali dulu dapat dituai.

Aimah pulang kerumah Zali. ...........................................



Bersambung

p/s : xtahu bila pula nak sambung :P







Wednesday, April 11, 2018

Pilhan Raya Umum 14 pada 9 hb May 2018


Nak jugak update pasal pilhan raya. Ramai yang tak puas hati why hari rabu. susah nak apply cuti. Tapi malas nak bobey pasal tu, nak share satu video Halim Yazid je. Ade one of friend request suruh share. sebab dia malu nak ngaku dia BN. Hahahah.




Kegigihan beliau jugak untuk tulis balik lirik. 

Below ni lirik yang dia TAIP SENDIRI agar bisa daku share. Nampak gigih kan beliau?


kito ore kelate , mari duduk di kualo lupo
kijo cari makey,pakat tinggal doh kapung
mano sajo ado peluang,disitulah kita mengunjung
bowok tuah tuboh badan, cari jalan nasib untong

kijo macey2,ado nego makey gaji
swasta kerajaan,gred rendah pangkat tinggi
operator kijo kilang,jadi tokey jadi kuli
03 ic klate, pendek kato rajin sngoti

bukan kuala lupo sajo,pat ore klate cari makan
negeri 9 johor melaka,perak kedah tganu pahang
mano tepat banyok bunga,disitu lebah buat sarang,terbang tinggal la pohon lamo,daun sajo tok leh makey

ore klatey di luar klatey,ramai jugok hok berjaya
cebur bidang perniagaan,doh jadi kayo rayo
macam saing ambo sore,datuk supardi namo dio
tok leh panggil doh jutawan,billionaire baru jolo

maso tinggal kapung lamey,bukey mudoh bukey bcaro
worih waroh saing temey,lepah dgn air mato
tepat jatuh lagi di keney,ini kn pulok klate kito
berat hati langkoh sumbey,angkat kaki tinggal gi jugo

bakpo puok kito,pakat tinggal kapung lamey
tok saye ko ore tuo,nun duk di kapung sore2
skali setahun balik rayo,kalu kiro gak tok padey
nga kita ngaku buko dada,aku ni lah anok klate

kito ore hebat,bakpo g duk rato riti
nk kelik rasa berat,acu tanya diri sdri
apakah sebenar sebab,toksir duduk dlm negeri
mari kito pakat jawab,pakat pikir dale hati

5 tahun sekali,kelik mandi air telago
ibarat bawak benih padi,kalu tabur benih hampo
lepah kito tinggal gi,demo tu letih duk tabur bajo
tunggu sari lepas sari,tengok naik ruput sajo

jange buat nanyo,kena tolong pakat kesian
worih warah saing kito,hok tinggal duduk klate
dengan kerana tangey kito,demo tu susoh siang malam
serah la deh ko puok dio,pilih sdri masa depan

padahal tepat kito,nu duk kijo cari makey
perlu banyok lagi kuasa,utk kambus telago dalam
kito bsatu blako2,maso buat keputusan
baru koto jadi biso,anak klate di tempat oghe




Moga korang yg tngok vid ni boleh baca dgn mata hati. Segala kecaman mohon simpan dalam hati. Sis xkuat nak kena kecam. hehehhe

Monday, March 19, 2018

Titik ditengah kata

Titik ditengah kata
Walau ditegah
Walau dihalang
Walau dipujuk
Walau dirayu
Tetap henti menyudah misi


Titik ditengah kata
belum sampai hujung
belum jumpa titik akhir
belum jua pamit pergi
belum akur menyerah diri
Tetap henti menggamit realiti

Titik ditengah kata
sudah mohon agar kembali
sudah pinta jangan berhenti
sudah rayu teruskan mimpi
sudah dititah teruskan berlari
Tetap henti menyudah janji

Titik ditengah kata
Hanya hati bisa bicara
Titik ditengah kata
Aku noktahkan sebuah duka.


10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...