Stat Counter

Thursday, January 24, 2019

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah.

Namun terasa geli pula tanpa ayat2 sengal dariku. 

Takpe, kita cuba matang.

10 years challenge yang tengah in sekrang kat socmed. Aku pun tak nak ketinggalan jugak. Konon nak join tu. So godek godek gambar lama maka jumpa lah gambar zaman 2009.

Tara....

Image may contain: 2 people, including Eira Hamzah, people standing

2009 aku kat UiTM Perak. Final year diploma qs. Left picture tu kat Greentown Mall Ipoh. Teman member aku buat rebonding rambut taksilap. Right picture aku tengah pregnant tahun ni which is dah 37weeks. Tunggu masa nak meletup. That is why agak berbeza daris egi fizikal. (ye, aku memang la dah gemuk tapi kalu normal takdela segemuk itu) :P


Lets mengimbau kenangan 2009 vs 2019.

2009 ni rasanya tak matang sangat walaupun sekarang takdela matang pon. Tapi if nak compare kan dgn 2008, sekarang ni bijak sikit la dalam segala tindak tanduk, Hiksss,

Cintan Cintun : Zaman 2009 ni tak bercinta sebab aku fokus study. Nak dapatkan dean list. (ok tipu). Hahaha.. Tapi menag tak bercinta pon, setakat teman tapi mesra kekasih gelapku. hahah. Ye la, gelap. Kekasih memang gelap. Gelap fizikal dan gelap relationship. Sorok sorok bercinta. Apa pon tak boleh. Bila diingat, macam buang masa dan karen saja. :P


Cinta Cintun 2019 : Perghh, yang ni cinta sampai mati ni. Sedang bercinta dgn husband. YE la, kawin pon dengan kawan sendiri, mana nak rasa feel cinta tu. Gittew. Tapi macam tak bercinta jugak, anak aku is jeles . Suami kau suami dia, Ayah dia, ayah dia. Habis aku bila nak bercinta ni? Lol.


Zaman 2009, kalau nak tengok etika pemakaian aku ni takdela sopan sangat. Berhijab, tapi baju kecik. Jeans ketat. Nka follow budak2 indie. Pergi gig. Masa tu band HUJAN tengah top, pastu banyak lak band2 undground based kat Ipoh, ligat la aku ng kawan aku si Nad tu.  Sekarang ni, masih layan jugak  lagu2 Indie, tapi takde lah beria sangat. Lebih sukakan lagu lagu yang tenang. (Ye , aku dengar Kool.fm atau Radio Klasik.) Lagu lagu set aiman tino tak leh nak brain sangat.Pening.

Dari segi makanan kalbu, sekarang ni mencari ilmu agama. Tak banyak, tapi ada. Kalau dulu lagho sekrang lagho minimal. Hee. Masih lagi lalai dengan dunia, tapi cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Untuk jadi sempurna bukan lah mudah, tapi tak salah mencuba jadi sempurna.

Apa yang masih sama 2009-2019?

Hahah, yang masih sama is masih friendly, talkative. Sejenis pemaaf even berapa kali buat salah dan masih lagi cepat kool walaupun cepat sentap. MAsih lagi protective dgn orang orang kat sawah. Eh, kat sekeliling.


Ni aku rajin taip ni sebab dah lama tak update blog, . Dah update ni entah bila pulakaku nka datang update. Setahun hanya sekali barangkali.


ok bye



No comments:

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...