Stat Counter

Wednesday, October 5, 2011

dissertation or thesis

assalamualaikum wbt (n_n)

ok..dah lama da tak up entry. dah bersawang da pon belog neh..tetibe rajin lak malam ni jejari separa runcing bersegi ni nak taip entry..ok...saya paham saya mmg cool..[e,,xde kna mngena]

ok finished intry [xpyh la nk intro pjg mcm wt tesis chpter 1] hehhee

*sigh*

york..tak taw la ntry ni kena kutuk o tak..aku nak cite jugak sal aku nye dessertation.
td lect gtaw kena submit week ninth iaitu sebulan dar sekarang..aku baru wat chapter 3..ala chill la..baru week 4 now..hahha..
ok, weekend neh nk ke Melaka utk proceed aku nye methodolgy..FACE TO FACE interview ng kontraktor..cuak??langsung tak sebab aku budak palim hebat di angkasa raya ini.. (yuxxx)

h..mcm dah lari tjuk je??

mmg pon,,tetiba trasa mls lak nk cte sal tuh...penim saja..
ok la..nak cite sal makanan la..ok tadi g beli laksam.. 1bungkus RM3..bapak mahal...opss, laksam mahal..tapi beli je sebab da 354 saat dah aku ngidam nak makan tuh. naty bby cacing dalm perut k kempunan..hhehe..

ok bbalik pd laksam tadi, aku sgt xpuas ati sbb x worth ng duit aku..no VALUE foR mOney..hehhe..ckit dan mahal..kalu bnyk xpe gk, ni tak celah gigi je...

so, aku as a QS student dan mantan laksam bisneswumen wat la bill of qtty of the laksam...

tepung beras = RM 1.60/plastk
1 plastik dapat 30 batang laksam...
1kg ikan direbus= RM10
santan= RM3 [da bg hrga siling da tu]
miscllenous= Rm3
Total= RM17.60

modal 17.60...cuba darab RM3 x 30 laksam= ?????untung berlipat kali ganda tuh...aku nak jual laksam..ok..


terima kasih sudi baca entri merapu (N_N)

Saturday, March 12, 2011

Sembunyi


Tadi nampak dia. Hahaha. Selisih nak tukar kelas.

Aku tegur king, but not him.


Saturday, February 12, 2011

SaLaM MaULIdUr RaSuL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.


Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sunday, January 23, 2011

MaLaM iNi KiTa mEnAnGiS



Apakah salah jika ada air dimataku ini???

Apakah nampak bangang bila aku luahkan segala yang ada di dalam diri???
Malam ini kita semua menangis...
Malam ini kau akan melihat aku sebagai seorang lelaki...
Meminta-minta pada langit...
Meminta-meminta...
Malam ini aku akan tunjukkan ape yang ku ada di dalam ini...
Malam ini aku akan luahkan segala yang berada di dalam diri...
kerana selama ini kau selalu katakan ' hey laki kau begitu keras , hey laki kau begitu ego ' ...
Tapi aku ini lelaki yang ingin menjadi seorang yang berani...berani mati...
Aku ingin menjadi lelaki yang tidak akan lenyap disebabkan arus zaman...
Aku ingin menjadi lelaki yang sekuat itu...
Tidak mahu aku mampu menitiskan air mata ini...
Air mata ini terlalu mahal walau untuk mengemis,,,walau untuk menangis...
Tidak akan aku luahkan walau aku mahu menyatakan ape yang aku rasa,,ape yang aku pinta...
Walau aku ini lelaki yang tidak pernah DIADILI...
Aku tidak akan menangis dihadapan engkau...
Mintalah ape yang kamu mahu...
Bukan itu...Bukan air mata ku..

Malam ini kita menangis...
Bukan kerna aku lemah tetapi engkau terlalu gagah...
Kau tidak mahu memberikan ku yang ku mahu...
Malam ini kita menangis...
Bukan kerna aku mahu menunjukkan aku lemah tetapi kau terlalu kuat membunuh aku...
Malam ini kau akan lihat ape yang aku rasa...
kau akan lihat aku disini dengan air mata...
Aku ini lelaki yang dihina...
Aku ini lelaki yang kau bencikan...
Aku ini lelaki yang kau JAJA...
kU ingin disini mengagahkan kaki,,,,melengkapkan diri...
Tak mahu ku menangis lagi......

KENAPA KAU MINTA AIR MATA INI????


Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Vs Indonesia

Malam ni sekali lagi pasukan bola sepak kebangsaan kita akan turun berhadapan dengan pasukan indonesia...walaupun kelebihan dilihat berada pada pasukan indonesia kerana menjadi tuan rumah untuk perlawanan malam ini tetapi harus diingat pasukan Malaysia membawa bekalan gol yang cukup selesa untuk bertandang ke sTadium Indonesia pada aksi final yang kedua malam ini...hahah...da macam pembaca berita da...

Malaysia 5 - 0 Indonesia

Diharap para pemain muda negara kita dapat memberikan aksi yang terbaik seterusnya membawa balik piala suzuki ke tanah air... Maju lah sukan untuk negara....haahahahaha...menda la yang aku tulis ni...ape2 pn Enjoyyyyyy...

Sunday, October 3, 2010

Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million, Mystarz LG, GADIS MELAYU dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Dayus ini hanya akan jatuh jika si suami dah tahu, cuma buat endah tak endah. Jika tak tahu atas kecurangan si isteri, maka takkan jatuh dayus itu di kepala si suami....****anik harap pembaca mngambil iktibar daripada semua ini terutamanya kaum hawa kerana ape yang korg lalukan dosa nya akan ditanggung oleh suami kam00...

Saturday, April 10, 2010

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...