Stat Counter

Sunday, October 23, 2011

bila ajal semakin dekat, amal ibadah bagaimana?

Assalamualaikum...

Entri hari ini berbaur keinsafan. (n_n)

memang sudah ditetapkan setiap yang hidup pasti akan menghadapi saat kematian. saat untuk berpisah buat selama-lamanya dengan dunia dan insan tersayang. Tiada lagi harta benda, rumah besar, kereta besar, isteri cantik..semua ditinggalkan. yang dibawa hanyalah amalan baik semasa hayat dan anak-anak yang soleh..

anak soleh bukanlah anak PakCik Soleh atau anak bernama Soleh,..oh tidak sama sekali. :) Anak soleh adalah anak yang sentiasa mengamalkan amal makruf nahi mungkar. sentiasa berada di jalan Allah SWT. Pabila kematian memisahkan kita, hanya yang membantu dan sentiasa ada bersama adalh amaln baik kita seperti sedekh, zikir serta doa anak yang soleh..

pun begitu, sudah bersediakah kita menghadapi kematian? kelima2 rukun Islam tu dah kita penuhi atau tidak??banyakkah amalan mahmudah kita lakukan.

takut bila mengingatkan saat kematian. saat roh berpisah dari badan. namun, keinsafan hanya datang sebentar..

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

argh...dah malas dah nak taip..hehehhhe....

Bersambung

Monday, October 10, 2011

kena sound...



gambar atsa tuh cik oggy dapat warning from pegawai Pembangunan pelajar kolej cik oggy sebab cik oggy parking "pORCHE" cik oggy kt parking kete dia..hahhaha..

tetiba, bila cik oggy turun kena panggil kat PPP tuh,,

PPP : student kolej ni ke??
cik oggy : errr..um tak. datang melawat kawan..[cik oggy buhun sunat tkut kna tindakana :(]
PPP : Ok. lain kali jangan parking kt tmpt PPP tw..susah lak saya nak park...
cik oggy : ok puan [muka innocent]
PPP : nk g tgok bola ke???
sebab cik oggy pakai jersi malaysia hehhe
cik oggy : eh tak la.. nak balik..(kunun)

lepas tuh PPP blah gitu je..time kaseh wahai PPP bg warning :)

cik oggy malu!!!!!!!!!ramai org tengok tadi..
sigh~~~~~

sambil menyelam minum air tapi jangan banyak2 nanti lemas...


assalamualaikum....
caution!!!!this entry full wif the picture...sowi kalu berat nk loading :)

istighfar dalam hati sebab baca tajuk dia tas sangat panjang, [ntah2 tajuk je gempak]..ok, hr ni CIK OGGY (share wif mista anik) nak share sikit tentang cik oggy g melaka.

mulanya g melaka sebab nak buat face to face interview ng MYA HITEC sdn.bhd selaku kontraktor yang buat Fast Track Wall iaitu mould wall made from steel and combination with plastic. this is new technology in IBS.

cik oggy g sana ng kawan cik oggy zeera...naik bas kat seksyen 17 s.alam..



naik bas dalam kul 9.00 camtu la..weh, cik oggy ini jakun tak pernah sampai melaka..tak tidur pun..hehhe..eksaited kemain ni..huhuhu :P

around 11 lebih sampai kat Melaka Central...makcik da ada..tapi before nak ke tempat makcik cik oggy, sempat gk si zeera tu snap cik oggy [kunun candid, pdhl da plan]

gambar dia atas mnunjukkan cik ogy yang cumil (n_n)

lepas tuh kami pun g la mencari tempat untuk menginterbiu pak kontraltor. tapi before tuh, kita makan dulu...
taraaaaaaaaaaaaaaa....
mee yg mbuatkan cik oggy ke toilet 198.790 kali

lepas makan g kat contractor company tu..cik oggy yang maha rajin lagi istiqamah ini pun menginterbiu lah di kalangan mereka itu...
ada pic jgk mnunjukkan kesungguhan cik oggy menginterbiu..

gambar mnunjukkan cik oggy menemubual cik izzamorni


ok..cik oggy amik sume masa dari kul 3 smpai kul 5 petang. ok, mereka pun nak balik.dan cik oggy dapat suma data yang cik oggy nk. tinggal nak kena wat anlisis je..yess...lompat keriangan seperti bulih eskrem mesia..hehehhe..

lepas tuh, kami nak balik dah..hehehhe..sempat lagi cik oggy posim maut menanti..

pic ini nak tunjuk kasut baru cik oggy :)

lepas tuh balik umah my aunt d kampung bukit pulau...



then kami rehat la...esok dah nak balik...

pagi esoknya..sementara menunggu mkcik cik oggy balik kul 12, cik oggy dok depan umah mengambil oxygen pagi [puiih, ayat bajet sains]..dengan tak mandi nak juga kami menggedix with camera ")

muka tak mandi...cumil jugak wlopon taik mata beketul di bulu mata bak rumput kena racun[mista anik ckp :@]



ni cik oggy kejor beca sbb xmo berenti amik I

pose bajet mudel kete api

a famosa..

ng zeera..mkcik I amikkan pic ni..


eksaited nk naik Cruse



sy la kapten..heheh

ok..lepas dah penat brjalan tuh, tibalah masa untuk balik..ceh bas kul 4.30..lambat2...cik oggy penat...

seorang intelek sentiasa berfikir walaupun semasa tidur



ekceli cik oggy mls dah nak taip..entry ni di up bertujuan untuk menimbulkan kedengkian pada cik TEH FATIHAH
..



Wednesday, October 5, 2011

dissertation or thesis

assalamualaikum wbt (n_n)

ok..dah lama da tak up entry. dah bersawang da pon belog neh..tetibe rajin lak malam ni jejari separa runcing bersegi ni nak taip entry..ok...saya paham saya mmg cool..[e,,xde kna mngena]

ok finished intry [xpyh la nk intro pjg mcm wt tesis chpter 1] hehhee

*sigh*

york..tak taw la ntry ni kena kutuk o tak..aku nak cite jugak sal aku nye dessertation.
td lect gtaw kena submit week ninth iaitu sebulan dar sekarang..aku baru wat chapter 3..ala chill la..baru week 4 now..hahha..
ok, weekend neh nk ke Melaka utk proceed aku nye methodolgy..FACE TO FACE interview ng kontraktor..cuak??langsung tak sebab aku budak palim hebat di angkasa raya ini.. (yuxxx)

h..mcm dah lari tjuk je??

mmg pon,,tetiba trasa mls lak nk cte sal tuh...penim saja..
ok la..nak cite sal makanan la..ok tadi g beli laksam.. 1bungkus RM3..bapak mahal...opss, laksam mahal..tapi beli je sebab da 354 saat dah aku ngidam nak makan tuh. naty bby cacing dalm perut k kempunan..hhehe..

ok bbalik pd laksam tadi, aku sgt xpuas ati sbb x worth ng duit aku..no VALUE foR mOney..hehhe..ckit dan mahal..kalu bnyk xpe gk, ni tak celah gigi je...

so, aku as a QS student dan mantan laksam bisneswumen wat la bill of qtty of the laksam...

tepung beras = RM 1.60/plastk
1 plastik dapat 30 batang laksam...
1kg ikan direbus= RM10
santan= RM3 [da bg hrga siling da tu]
miscllenous= Rm3
Total= RM17.60

modal 17.60...cuba darab RM3 x 30 laksam= ?????untung berlipat kali ganda tuh...aku nak jual laksam..ok..


terima kasih sudi baca entri merapu (N_N)

Saturday, March 12, 2011

Sembunyi


Tadi nampak dia. Hahaha. Selisih nak tukar kelas.

Aku tegur king, but not him.


Saturday, February 12, 2011

SaLaM MaULIdUr RaSuL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.


Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sunday, January 23, 2011

MaLaM iNi KiTa mEnAnGiS



Apakah salah jika ada air dimataku ini???

Apakah nampak bangang bila aku luahkan segala yang ada di dalam diri???
Malam ini kita semua menangis...
Malam ini kau akan melihat aku sebagai seorang lelaki...
Meminta-minta pada langit...
Meminta-meminta...
Malam ini aku akan tunjukkan ape yang ku ada di dalam ini...
Malam ini aku akan luahkan segala yang berada di dalam diri...
kerana selama ini kau selalu katakan ' hey laki kau begitu keras , hey laki kau begitu ego ' ...
Tapi aku ini lelaki yang ingin menjadi seorang yang berani...berani mati...
Aku ingin menjadi lelaki yang tidak akan lenyap disebabkan arus zaman...
Aku ingin menjadi lelaki yang sekuat itu...
Tidak mahu aku mampu menitiskan air mata ini...
Air mata ini terlalu mahal walau untuk mengemis,,,walau untuk menangis...
Tidak akan aku luahkan walau aku mahu menyatakan ape yang aku rasa,,ape yang aku pinta...
Walau aku ini lelaki yang tidak pernah DIADILI...
Aku tidak akan menangis dihadapan engkau...
Mintalah ape yang kamu mahu...
Bukan itu...Bukan air mata ku..

Malam ini kita menangis...
Bukan kerna aku lemah tetapi engkau terlalu gagah...
Kau tidak mahu memberikan ku yang ku mahu...
Malam ini kita menangis...
Bukan kerna aku mahu menunjukkan aku lemah tetapi kau terlalu kuat membunuh aku...
Malam ini kau akan lihat ape yang aku rasa...
kau akan lihat aku disini dengan air mata...
Aku ini lelaki yang dihina...
Aku ini lelaki yang kau bencikan...
Aku ini lelaki yang kau JAJA...
kU ingin disini mengagahkan kaki,,,,melengkapkan diri...
Tak mahu ku menangis lagi......

KENAPA KAU MINTA AIR MATA INI????


10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...