Stat Counter

Tuesday, October 3, 2017

Tulis Lagu

Kalau tanya kat komposer macam mana dapat ilham, mesti jawab masa tgh berak, smoking, tgh malam la apa la.

TAPI!!!

Ada jugak lagu dihasilkan dari pengalaman.

Aku ada kawan yang tahu main gitar dan dia ada buat lagu. So lagu dia agak boleh tangkap halwa telinga la.

So aku cuba jugak buat lagu. (Konon nak masuk AJL) hahahah..

It is about 5 yeras ago kot, Masa kat uni. Ada buat 2 lagu. Melampau. Macam la diri ini seketul M.Nasir.  ☺☺


1st lagu tajuk Kuasa Hati.kawan aku yang bagi tajuk. kawan agak rapat.  (alamak langsung sepatah haram dah aku tak ingat apa lirik) hahaha

....lallalalalala lalalala namun kupertahankan cinta ini bla bla bla. lupa


2nd tajuk kembali. (yang ni ingt satu dua lines je. almaklumlah 5 tahun lepas. tak pernah keluar radio, so aku sendiri selaku penulis lirik pon dah lupa.)

" ku ingin kembali jadi suri hatimu, ku ingin kau kembali jadi wira hatiku"

hahaha. tulis lagu zaman frust. so lagu mengharap la ye dok? mihmihmihmih. Walaupun...........nan hado.

ade pernah buat clip vid dulu, aku upload kat FB lama aku, FB lama dah aruah seiring dengan aruahnya percintaan. hihihihih. dah xde copy dah. Nanti la aku cuba tanya penulis lagu dan penyanyi kot2 ade lagi record.





.........

sekadar menambah entry

Berjiwa Klasik


Macam terlalu serabut kalau nak dengar radio era.fm or radio radio swasta lain. apa mungkin sebab peralihan usia maka seiringlah dengan halwa telingan yang inginkan dendangan yang menenangkan.

dulu, Johara pagi era menjadi suapan telinga. Untuk bergelak tawa dalam perjalanan ke tempat mencari rezeki. Kini semacam penat mendengar celoteh tanpa pengisian.

Maka bertukar pula ke radio Klasik Nasional kelolaan badan RTM. Agak oldschool sebenarnya dengan usia aku yang belum lagi mencecah 30. hahaha. tapi apa harus dibuat, pilihan hati.

Kuasa hati. Kuasa hati? ahaaa. macam lagu ciptaan zaman muda la pulak. lagu ciptaan kita story in next entry. hahah. Agak kelakar.

Berbalik pada klasik nasional.

Penyampai radio yang tenang santai melantun suara penuh pengisian. Disamping boleh memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu (well nowaday rojak saja).

Lagu yang dikeudarakan pulak mengusik jiwa. hahaha. lagu yang jujur tentang perasaan, suasana, kenangan. Agak puitis namun masih difahami.

Pukul 5.30 petang . ADILA- Aku Dia Dan Lagu. Segmen yang ditunggu tunggu. Perkongsian coretan oleh pendengar disampaikan oleh para penyampai radio. Penuh perasaan diselingkan pula dengan lagu berkaitan.

Around 6.45 pula segmenn Nur diKlasik. Pengisian keagamaan disampaikan oleh asatizah2 berpengalaman. Kiranya perjalan pulang ke rumah terisi dengan ilmu.

Dirumah aku menyanyi lagu2 klasik. Suami buat muka pelik. Tiada pa yang pelik, isterimu ini cuba tua kan diri seusia mu suamiku. (beza 4tahun je pun)


.............................

Kot jiwa klasik, bahasa aku pon klasik jugak ni. Haaaaahaaaa

Monday, October 2, 2017

Quick Update

Dari terbiar bersawang apa kata kita update sedikit. Walupn tiada isi biar la nampak ada tambha baik. Haaa..

Mood blogginng ke laut dalam.

Well. sekarang org dah ke IG la. malas dah nak taip2..

Done.

Monday, July 31, 2017

Stress Dengan Umah Sewa

Salam.

Aku sekarang sangat stress dengan owner umah sewa aku.

Kronologi.

Year 2014
Aku masuk umah tu dan agreed nk sewakan dengan harga RM550 per months. Aku pon bayar tanpa lambat even sehari. Aku tak pernah mintak owner tukar apa2 pon kat umah tu, kalau aku nk tukar aku tukar je sendiri.

Aku cat balik umah tu dengan my own cost without deduct the renyal. :) (Baik kan aku?)

Year 2017
Dia call cakap nk naik kan sewa jadiRM1000/sebulan? gila ke sekali naik RM450.00? Aku mintak discount sebab sangatlah tak logik.

Ok dia agree RM750 sebulan. Dan aku bayar setiap bulan tanpa gagal.

- Bil INDAH WATER sampai amount dekat RM1,500. Aku snap bil tu bagi dia . boleh dia cakap penyewa kena bayar. Gila ke oii.

-Cukai pintu pon sama.

~NAmpak macam dia dah takleh tolak ansur ngan aku tu.

-Aku snap gmbar nk tukar pintu bilik air sebab pintu dah hampir roboh (akumintak since dia da mcm sangat berkira dengan aku)

Boleh dia cakap apa-apa kerosakan penyewa kena ganti by own COST. BAb satu punya kapitalis.

Aku dah stress dah ni. Pastu aku cakap la mana pernah ada tenant yang kena bayar. sekali dia ungit mcama ni.


  • I nak u bayar sewa RM 750 from 2016 till now. Gilaaaaaa. Oi gila ke oiii? aku dah geram. Padahal masa aku masuk tu aku tengok bil letrik dekat RM 1,200.00 hasil tunggakan penyewa lama. 
So bila aku pikir balikm aku nak blah je. Ak nak blah without notis. Sebab aku nye Deposit RM 1150 je dan dia akan rugi dekat 3k sebab IWK dan bil letrik. Aku dah stress dah. Aku memang nak pindah. Grrrrrr


Thursday, July 20, 2017

Temuduga SPA Jawatan Penolong Jurukur Bahan JA29

Assalamualaikum.

Hari ni waktu ni saat ni terasa rajin nak hupdate belog. Kih Kih kih. Tak tahu la post ke tak entry ni. Lol!

16 mei 2017 aku attend temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA. Lepas aku Grade Bachelor Degree Quantity Surveyor last 5 years, this is first time aku dapat panggilan interview untuk jawatan aku study. Kalau tak, dok panggil Kastam, Pegawai Penjara ,Pegawai Bomba yang memans sah sah aku tak layak dari segi fizikal . Sigh! Almaklumlah sejenis petite :P

Cut to short. :D

Aku pon mencari google bagai tips nak attend interview. Tu nanti aku share next entry (kalau rajin)

Sekarang aku nak share hari kejadian nya. Aku dapat pusat temuduga Kota Bharu so aku balik kampung dua hari awal.

16 July 2017 

6.30 am
Kami gerak awal, sebab tak tahu sangat keadaan traffic nak ke kota bharu tu. Well aku from Pasir Puteh. So angkut anak tengah tidur la kekdahnya. Sampai dekat tempat interview tu around 7.40 am . tak sempat nak breakfast. Hurmmm

7.40 am.

Aku register dan aku dapat 2nd turn sebab aku agak awal. Lepas diorang dah check aku punya sijil semua, aku diarahkan duduk sementara tunggu Panel interview sampai. Masa tu apa yang aku study memang aku tak baca dah notes semua tu. Itu time untuk redha je. Kebanyakan yang datang tu junior aku. Oh, dah tua lak aku ni. Hurmm

Tengah tunggu turn naik atas tu, ada dua panel baru sampai. Macam aku lagi lambat je, Sebab panel tu yang akan interview aku.

9.00am
 Ni turn aku dah. Tips:-

  1. Ketuk pintu tunggu panel panggil masuk baru kau masuk. Jangan masuk terus. MArkah adab tu.
  2. Dah masuk tu bagi salam kalu panel kita muslim. Assalamualaikum tuan/puan. Kalau datuk sebut datuk.
  3. JANGAN DUDUK as long as dia tak suruh duduk. 
  4. Dah duduk tu sila tarik nafas dan senyum. Bertujuan nak menghalau rasa cuak dan nervous itu.
Ni soalan yang dorang tanya aku hari tu


Td aku nye panel tanya macam2 iaitu.
1. Nkra 6 asas utama
2.National blue ocean strategy
3.misi visi jkr
4. Perbezaan pwd bg pwd(a)
5. Performance bond
6. nama kp jkr
7. Cara kira rebar column😀😀😀
8. Formula bend
9. Fungsi concrete cover

Pastu sembang sembang kosong tanya 

~ kenapa nk masuk jkr sedangkan gaji skrg lagi masyuk [pandai2 la goreng ye]
~kalau j41 pggil interview willing x nak pergi intetview tu sb ja29 result akn tahu within 3 months [yg ni soalan mmbunuh ye]😅😅😅

Tips:
1. Kalau tak pasti ngan jawapn ckp je takpasti. Jgn nk goreng mengarut sgt😁😁😁
2.sila jujur dan konfiden
3.pakaian kena kemas ye. Dan always senyum.

Ok good luck ye.

Semoga berjaya.

Susunan sijil tu nanti aku share.

Ni aku nya appearance hari tu.

Image may contain: 1 person, smiling, standing, child and outdoor

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...