Stat Counter

Monday, October 23, 2017

Parenting : Anak bercakap loghat Kelantan?

Hai. Aku pon tak tahu la apekehal nye rajin aku menulis blog lately. Hahahah. Bosan kot mengadap FB dan Insta.

Ok berbalik kepada tajuk.

Anak aku memang bercakap kelantan. Ye la dah mak bapak dia memang pon pekat nau kelantan nya.

So sekarang ada yang macam argue, anak kau cakap kelantan nanti nak sekolah ok ke nak bercakap dengan kawan kawan yang which is tak tahu cakap kelantan.

Bagi aku, aku sentiasa positif. Tak ada masalah sebenarnya. Sebab anak2 buah aku pun macam tu, kat rumah memang speaking KELANTAN, tapi once jumpa kawan2 dekat sekolah, automatik dia akan cakap bahasa Melayu .

Dan aku meletakkan diri aku sendiri. Well aku ni memang sah sah lahir membesar sekolah bagai kat kelantan, tapi aku tak ada masalah pun nak cakap bahasa Melayu biasa (cakap KL katanya). Boleh je aku Grad dengan jayanya..

Sebab apa? Sebab dunia sekrang dah moden. Maklumat dihujung jari. Segala TV radio internet mudah nak dapat. Anak2 kita layan Upin Ipin, Umar Hana. Didi and Friend semua tu, so dari situ lah mereka belajar how to cakap 'KL' .

Macam mana belajar?

Ok, kalu belajar, aku guna Flash Card. Masa ni tak de la aku nak ajar guna loghat Kelantan, kang kompius pulak dia. Kalau tembikai tu aku cakap la tembikai, tak de la aku nak ajar dia "TIMUN CINA" :P. (cara belajar mengenal ni, nanti aku share lain entry). Lagipun loghat KElantan dengan Bahasa Melayu biasa ni hampir sama, cuma sebutan je lain.

Contoh:-
  1. Makan ~ makey
  2. Apa ~ Gapo
  3. Siapa ~ Sapo
  4. Mana ~Mmano

Ala, lagipun orang-orang negeri lain pun faham la loghat masing masing. Aku faham je loghat perak, penang tu semua. Cuma kalu agak2 yang pekat tu nganga jugak la. Hahahah.


Kesimpulannya, dalam loghat apa juga kita bercakap dengan anak kita, jangan risau k. Sebab anak kita ni bijak, senang je dia nak adapt dengan new environment dan keadaan . Yang patut kita risau, anak kita langsung tak tahu cakap melayu, tapi fasih berbahasa Inggeris.

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA.





Ni video conversation aku dan anak aku :P

No comments:

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...