Salam Jumaat penghulu hari.
As a mother aku memang nak yang terbaik untuk anak aku. Semua ibu macam tu kan? Apa yang terbaik untuk dia, akan aku usahakan.
Discalimer : Aku bukan anti medikal atau anti vaccine atau anti doctor atau anti hadis. Ehh.
Aku bukan tak percaya pada perubatan moden, tapi aku lebih kepada kaedah rawatan alami. Kalau alami tak berjaya baru lah aku menjurus ke ubat preskrepsi oleh doktor.☺☺☺
Petua Merawat Batuk
Petua Merendahkan Suhu Anak Demam
Aku bukan tak percaya pada perubatan moden, tapi aku lebih kepada kaedah rawatan alami. Kalau alami tak berjaya baru lah aku menjurus ke ubat preskrepsi oleh doktor.☺☺☺
Petua Merawat Batuk
- Untuk batuk terdapat pelbagai cara yang aku guna untuk anak aku. Antaranya nenas dan madu. Menjadi ke? Alhamdulillah menjadi untuk anak aku. Aku pun banyak bertanya kat Group-group FB mak2.
- Cara dia mudah je. Nenas tu di kopek dan buang mata. Pastu blend tanpa air. Dah siap campur dengan madu minum la sesuka hati.
- Tapi dah jadi macam jus nenas tu, anak aku main tibai sampai sebotol. LOL. (Mana nk cari ubat batuk sedap macam tu kan?
- Cara Kedua Lemon dan Madu. Madu lagi? Well, madu kan sunnah, penawar segala penyakit
- Bagi merendahkan suhu anak demam aku bagi anak aku minim air kelapa tanpa gula tanpa ais. Alhamdulillah anak aku minum je. Lagipun sedap. Siap pakej dengan isi kelapa semua dia makan. Air kelapa ni bagus untu sistem ketahanan badan.
- Cara kedua aku guna telur rebus tu. Rebus telur, pastu kopek then golek golek kat badan anak.
- Jerlom dengan aloevera. Lendir aloe vera tu campur air sikit then jerlum
- Atau ramas daun bunga raya putih dan air pastu jerlom.
- Air asam jawa pun boleh untuk turunkan suhu demam
Petua Untuk Masalah Kecacingan (Kanak-kanak)
- Aku perasan anak aku macam kecacingan bila dia tak de selera makan, mata bertaik dan kentut dia maha busuk. So aku cari alternative untuk rawat kecacingan beliau. Aku research macam macam jenis petua dan ada yang suggestkan biji betik tu digigit sekali semasa makan buah betik. Yang ni anak aku fail.. Seems like she tak suka betik.
- Air kelapa pun aku bagi untuk rawat kecacingan dan as usual, ia sangat serasi dengan anak aku.
- Haaa, aku ada jugak bagi dia ubat homopati. Yang ni dia suka, dah dibuat macam gula2 pulak. Tapi macam tak berjaya sebab anak aku jadi sembelit pulak.
- Dan yang ni aku baru try bagi kat anak aku, Sebab dia macam sembelit kan? Aku bagi dia makan kuaci. Aku beli then sangai sendiri kat umah (Dibu is gigih) Dia suka dan sembelit dia dah takde. So aku syak kuaci ni ubat sembelit dia la kot.
- Selain tu, jus nenas pun aku bagi sebab aku nak kasi natural Vitamin C untuk dia.
Aku rasa petua ini boleh membantu. Dan kalu tak berkesan boleh dapatkan nasihat doctor. Jangan pula dah kau guna cara alami ni kau nak anti modern medical pulak. Aku hempuk jugak nanti.
3 comments:
nenes mmg baik utk sakit tekak
byk vit c
btol tu sis @hasliynda
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة جلى رخام وبلاط بعنك
Post a Comment