Stat Counter

Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Tuesday, December 27, 2016

Pelamin Murah Majlis Nikah Tapi............

Assalmualaikum.

Ha gitu.. Tajuk dah macam blog2 femes Siakap Keli dah tu. Nak bagi gempak.

Ok last weekend hari tu anak buah suami punya majlis sambut menantu. Seo aku dilantik sebagai Ad-hoc bahagian Pelamin. Pengantin request nak pelamin simple  bertemakan Less is More. Baiklah, aku selaku seorang QS yang semua tahu merupakan seorang yang kedekut (bukan kedekut, tapi berjimat cermat agar dapat gain Value for Money tu) mula mencari pelamin yang CANTIK TAPI MURAH.

Aku pun mula la browse internet cari dekat Facebook, Instagram semua nak dapat kan pelamin murah. Budget aku nak RM500 je, lagi murah lagi bagus.

Ok sebenarnya, hasil meeting family hari tu, nak buat sendiri je pelamin. Macam pelamin iols kawin dulu. Tapi memnadnagkan assistant iols pregnant, terpaksalah lupakan hasrat itu.

Ok berbalik pada pelamin tadi,

Aku gugel sampai lah aku jumpa ngan FNF Exclusive Planner ni.. Aku scroll dia nge FB page than berkenan dengan design ni.


Deal dengan staff dorang thru Whatsapp SAHAJA. Staff diorang tersangatlah friendly. MEmang recommended la. So deal punya deal dapat la harga RM450 plus RM45 untuk transportation. Transportation ni sebab dah melebihi kawasan diorang. Kalu dalam kawasan area Cheras Keramat and so on tu transportation adalah PERCUMA uols. :)

Aku mula deal dari bulan September untuk majlis bulan December. Nampak tak betapa komited nye aku dengan kerja aku? Haaaa. Since lambat lagi nak majlis aku punya cuak tu Subhanallah. Ye la banyak yang viral kata internet nowaday yang kena tipu la pelamin tak sama ng diminta la. So aku ni boleh dikatakan kerap jugak la wasap ngan planner ni . (maaf ye Cik Mawar )heheh. Risau la takut tak bersanding nanti. Tujuh keturunan aku kena ungkit. :P

Masa yang dinanti dah tiba. Janji ngan orang pelamin nak sampai Dewan dekat Amigo Clubhouse tu dalam pukul 11.30 pagi sebab majlis tu malam. Ok pelamin on time. Alhamdulillah. So diorang pun pasang la. Efisyen betul diorang ni. Dengan kekuatan dua orang wanita dan seorang kanak-kanak enam tahun (Dania comel) maka siaplah pelamin ini.


warna bunga pengantin request nak tukar sebab kang kalau semua putih tak nampak lak diorang kat atas pelamin since baju diorang kaler krim. Warna tukar biru, so aku memang NO OBJECTION la. ahahahaha..

ni cikBunga beria nak rasmi pelamin.

semua setel around 12.30 macam tu. So aku lepas bagi peyment orang pelamin balik sebab ade satu lagi tempat untuk majlis tunang.

Ok lupa nak explain tentang payment.

Payment 50% mase nak lock date, then another 50% lepas install pelamin.

Dah setel dah bab pelamin. So aku nye tugasan berjaya dengan jayanya.

Alhamdulillah.

pengantin basi :)


So sesape yang nak PELAMIN CANTIK DAN MURAH boleh la menghubungi FNF Exclusive Planner 

CIK MAWAR : +60 18-320 1979




Thursday, June 21, 2012

Fenomena Kahwin Awal di Kalangan Temanku


Assalamualaikum wbt...

dewasa ini. kita dapat mengenalpasti bahawa ramai kahwin muda dan tak terkecuali kepada my friendS..yS besar kat situ menunjukkan plural ok..<-------------bace balik ayat pertama (macam pembukaan karangan BM SPM yang aku tak dapat A..buat malu jadi Melayu..eh bukan silap aku, silap hati nurani nan kudus perasan dah pandai sangat la Bahasa ibunda sampai aku tak study jawab BM.)


ok..dah mula melalut...nak continue ni ngan tajuk entri agar tak lari olahraga ni...(bace sambil buat suara gedik baru bangun tidur dan kerutkan kening muncungkan mulut)


kita bermula dengan kawan aku masa kat UiTM Perak dulu..aish...aku jadik tension dia kawin..post kat wall Fb pun berkisarkan kehidupan beliau selaku seorang isteri..waaahhh,,sangat jeles taw..

makan ngan suami sambil tengok tibi..

korek idung dengan suami sambil masak...

cuci toilet ng suami sambil basuh kete (imagine la ye 2 in 1 punye kerja)hekhekhek...


ni la kawan aku yang bisa buat aku cemburu lagi jeles merasuk hati ini..nakkk jugak :)  (Meeooooowww!!!..kucing gatal)





ni saim aku..oh kamu udah dimiliki..
http://www.facebook.com/sitirokiah.jaafar.1(sumber gambar: curi dr FB beliau)



mashiiiiiiiiii.....

sumber gambar pesbuk beliau : http://www.facebook.com/sitimasitah.abrani



ok..sroooooootttt hingus meleh dek rase teruja dan jeles ngan mereka yang dah kahwin itu...semoga bahagia..


ok the reason why dorang kawin sebab...


JODOH samapi awal..[jawapan yang mampu buat aku tak jadi nak marah...qada dan qadar Allah]

insaf...


tapi kan,,nak tau tak???

sometime nak jugak kahwin awal, tapi tak de orang nak kat aku ni [ok..pelempang sambil pusing kepala dan senyum sambil betulkan statement]



Actually kan terfikir la jugak aku ni kan nak sangat kahwin segala bagai preparation untuk jadi seorang isteri tu dah cukup ke??tak kira la dari segi mental or fizikal atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan...hehehhe..

dan jawapannya ialah...TAK..tak..Tak..tak...besar nau jawapan tu aku letak..yes aku admit yang memang tak get ready terutama masak..yes aku tak pandai masak sangat..kenapa ada sangat??sebab yang simple tu aku tau la godek-godek jadi makanan..heheheh

yang kedua is aku tak tau adakah aku ni bulih membawa suami ku ke syurga ke tak??pandai tak nak bwak diri??pandai tak jaga maruah..ye la takut tersasar dijalanmu (telemovie Erma Fatima yang menang anugerah pe ntah dlu tu).

ketiga is tak PUAS lagi nk dok ngan my mom n dad..srootttt sedut hingus sehijau warna daun buku KOMSAS form 1 dulu...


tapi kalu dah ditakdirkan jodohku sampai awal, aku terima nikahnya..eh..bukan aku yang kena jawab nikah..aishhhh!!!!


ok lah..penutup...tenkiu berimash...







p/s: Doakan aku kahwin tahun ni  ye..mintak cukup duit...heheh














Thursday, June 14, 2012

Nilai Wang Hantaran Sekarang Ikot Level of Education????



Hi..wassup dude!!heheh...

aish cubalah bagi salam doakan kesejahteraan buat insan manusia...heheh...

ok..assalamualaikum di perenggan ke tiga boleh kan????hehhehe

dari hasil gmbar tangkapan encik gugel,,

ok...saja la nak lontarkan pendapat....

boleh ke kalau nak ikutkan level education??
rasanya macam tak sesuai je..ye la sekarang ni budak pempuan sumenye bijak lagi sana yakni bijaksana. soo, paling common pun mesti ada degree..dan disini bukan lah nak cakap lelaki tak ramai ada degree !!oh tidak sama sekali ye guys!!!


tapi ramai yang berpendapat la kan pasal isu ni mesti cakap gini bagi pihak mak dia:...

"Saya tak kesah pun berapa hantaran tu, I kesian kat bakal suami I tu kalau mahal mahal..Tapi U kena paham la, mak I cakap nanti orang mengata pulak"

then I cakap pulak..eh  tetiba gedik ber'I' bagai ni...O____x


" ala bia la orang nak cakap pun,,,kita yang nak kena tanggung''...DONE!!!

pastu adalah bisikan halus dari sanubari nan suci sesuci cintamu lagu anuar zain tuh..


"AMBOI BERANI KO EIRA CAKAP CENGGITU,KO DAH KAWEN KE??"


errkkk!!!!!!!!


ala, bukan la sal dah kawin ke belum,..tapi kita kena lah pikir jugak kan??nak mahal mahal buat ape kan????yang penting kita happy dengan apa yang  kita bukan bukan untuk menunjuk nunjuk ok...[sambil gigit jari hentak hentak kaki sebab tak tau nak cakap apa]


ok..dari gambarajah di atas jelas menunjukkan bahawa [perghh baru nak buat rumusan gambarajah ke??dah perenggan ke tujuhplohnam dah ni] kalau nak kawin para kaum lelaki sekelian mesti lah ade duit paling cikit pun 5 ribu untuk hanyaran kalangan lepasan UPSR..eheheheh!!!!kiranya budak lepas UPSR dah bulih kawin la ye???aishhh!!![muka mintak pelempang sebab sah sah tak dapat la sebab underage]kalau yang dah sampai phD hantaran RM30k????wahahahaha..patutlah ramai tak kahwin...ini lah jadi penghalangnya??

ini tak boleh jadi..

eh,,tapi kalu nak fikir logik la kan memang patut la mahal pun bukannya apa, untuk buat kenduri jugak bagi menghebahkan walimah tu...tapi janganlah sampai nak menujuk nunjuk..berpada pada la.

tapi sedikit berbeza dengan kelantan..kami tak ade hantaran...ye tak ada...
TIADA HANTARAN!!!..tapi bukanlah bermakan anda boelh kawin free ye..aish nak kena lempang  ngan bahulu ni..heheeh..

kat kelantan, if i not mistake la, kami tiada hantaran,,ada mas kawin je..meaning that, kalau korang bagi RM30k sekalipun, ia bakal jadi hak milik isteri yakni kaum wanita..

waaaaaaaaaaaaaaaaahhh kayo..bulih  beli gelang mas besar gedabak tahap tak hengat ni..hehehheheeh...


tapi kan, nanti nak buat bekwoh atau pun kenduri camne??kalau saya la kan, saya gune je duit hantaran tu...pedulik ape kan??janji kita tak terhutang kat mana mana..

MEh nak pesan sikit:

KITA NI KALAU NAK LETAKKAN HARGA YANG MAHAL BIARLAH BETUL BETUL VALUE FOR MONEY...IAITU WANITA YANG BAKAL KITA BAGI HANTARAN IAITU BAKAL ISTERI TUH PUNYA SEGALANYA YANG SANGAT BERNILAI DENGAN HARGA.

BAK KATA USTAZ AZHAR IDRUS "kalu hok 10 ribu duit belanje mestilah tahu lake bende.ikot suami cakap nape sume buat..dop pong tok laki baghu nak balik keje, ade dah dok tunggu depang pitu pago jage nok sambuk tok laki..hhaaaaa kalu gti, 30 ribu pong sanggup lagi bayor"


hahahaa..pada kaum wanita boleh ke kita ni jadikan nilai setimpal dengan harga ditetapkan???renung-renungkan :)

taapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................



.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.
.



maknanya aku punya hantaran up to RM12k and above la????
sempat lagi tuh..ingat nasehat di atas wahai makhluk kecik eira lagi cumil...

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...