|
Vespa hitam kupecut laju untuk ke ofis. Cilok
mencilok sudah sebati dengan diri aku. Ala orang nk bagi hon pun bukan tahu dia
maki aku ke apa. yang penting aku sampai ke ofis dengan jayanya.
Kalau
hari biasa, aku ke ofis mengambil masa 30 minit sahaja mengenangkan rumah dan
ofis tu hanya sekangkang kera je bagi aku. Tapi bagi orang lain agak jauh juga
la nak ke Damansara Perdana nun kalau diri tuh menetap di Seri Kembangan.
Sedang
asyik aku melayan lagu di MP3 yang earphonenya aku sumbat ke telinga, tiba-tiba
sebuah skuter yang agak comel menghimpit aku. Argh, ini tak boleh jadi. Aku
menambah kelajuan. Maka terjadi la acara kejar mengejar antara vespa dan
skuter. Well, seperti biasa, geng-geng vespa memang anti teramat dengan budak
skuter. What!!! Hijau??? Ada juga ke makhluk berselera dengan warna hijau.
Well,
nampak macam perempuan je yang menunggang Hingus Hijau tu. Dari gaya kepit kaki
tuh sah-sah gaya wanita. Plus pakai sneakers pink. Ya Allah, kenapa la makhluk
ni pakai warna kebenciaan aku. Plus himpit motor aku. Memang cari nahas. Aku
potong, dia potong balik. Huh, ini dah kes mencabar kewibawaan aku ni. Ok fine
aku sahut cabaran. Vrooooom aku tingkatkan kelajuan vespa ku. Dan aku Berjaya.
Yes.
Eh
apasal Hingus Hijau tu parking cantik tepi Blacky Black aku a.k.a vespa hitam
aku? Nak ajah bertumbuk la tu. Alamak, aku bab bertumbuk ni fail sikit. Bukan
salah aku, mak aku yang tak bagi aku masuk taekwando masa kat sekolah dulu.
Takut patah riuk katanya. Dan aku anak yang soleh mengikut sahaja tanpa
bangkangan. Aduh macam mana nak bertumbuk ni kalau aku ayu pakai baju kurung
ni. Kepala yang masih berhelmet aku garu.
Ok.
Relax Nia.!!! Tarik nafas, hembus.
Disaat
aku sedang mencari nafas, penunggang Hingus Hijau turun dari Hingusnya itu. Mak
ai, tinggi nya pompuan ni. Makan galah ke apa ni? Ini dah spesis wanita galah
ni.
Pejam
mata. Ok aku kelihatan agak pengecut di sini. Masa atas motor punya la gangster
aku ni.
ʺ
Err cik! Boleh saya tahu VM Engineering kat mana? Saya baru start kerja hari
ni,ʺ Tanya Hingus Hijau.
Aik!!
Apasal aku rasa macam garau semacam je pompuan ni. Alamak, entah-entah bapuk.
Mak!!!!!!!!! Tolong Nia mak. Bapuk ngurat Nia ni mak.
ʺErr
RH Engineering tuh kalau tak silap saya kat tingkat 3 blok hujung sana tuh,
tepi kedai mamak Bismi Curry House naik tangga tepi kedai tuh la,ʺ aku dengan
bersungguh-sungguh memberi direction dan tiba-tiba dengan tak sengaja aku
berpaling kea rah pemilik suara yang bertanya. Dan……………….
Eh,
apasal aku rasa di awangan ni. Mak!!!! Tolong Nia, Nia tengah terbang ni.
Flying without wing ni mak!!! Kenapa la makhluk Hingus Hijau ni kacak?? Mak ai,
patutlah tinggi semacam, kusangkakan gadis, rupanya lelaki. Tapi!!!!!!!!!!!!!
Kenapa dah tak de warna lain ke kasut nak pakai selain pink tu. Kemeja biru
lengan panjang dilipat ke paras siku dah ok. Seluar dari jenis kain khakis
warna kelabu pun dah ok. Tiba-tiba kasut nak pink.!!! Sneakers pula tu. Aish.
Mangsa fesyen betul.
ʺ
Err cik, kenapa cik tengok saya pelik je? Saya tak pakai baju ke?ʺ soal lelaki
Hingus Hijau mencantas aku dari lamunan penilaian terhadap diri beliau.
ʺOh!!
Tak de pape la. Saya tengah berfikir tadi tuh. Saya kalau berfikir memang akan
cari subjek untuk diperhati dan berfikir walaupun subjek tak de kena mengena
dengan apa yang saya fikir,ʺ aku kalut memberi alasan yang 100% tak logik.
ʺHai
Nia! Lewat hari ni?ʺ tegur Kak Suzie merangkap receptionist tempat aku bekerja
KAMI Perunding Sdn Bhd, sebuah firma ukur bahan yang sedang meningkat naik.
ʺAah
kak. Tadi racing dengan skuter hijau yang tiba-tiba je himpit saya. Huh, nasib
baik saya menang kan,ʺ aku bercerita sambil tangan lincah mengacau air Milo.
ʺIsh
kamu ni Nia, selalu sangar rempit nya. Bahaya tau bawak moto laju-laju ni.
Kalau jatuh, macam mana kamu nak angkat Besi Hitam kamu tuh?ʺ balas Kak Suzie
merujuk kepada Blacky Black aku tuh.
ʺBlacky
Black la kak,ʺ aku membetulkan panggilan
buat My Beloved Blacky Black. Ish, susah-susah aku fikir empat hari
empat malam nak bagi nama kat Blacky yang atuk aku serahkan buat aku Vespa
keluaran Lambretta tahun 1968. Vespa kesayangan atuk telah berjaya menjadi
milikku setelah aku membuat sistem barter dengan membeli sebuah skuter Yamaha
Ego tahun 2010 untuk atuk. Heheheh, kempunan la cucu atuk yang lain ye. Best
man wins.
ʺerm
ok lah kak, saya nak kena siapkan tender document ni kak. Deadline petang ni.
Saya nak touch up sikit before hantar kat Cik Liya,ʺ ujarku untuk mematikan
perbualan. Sambil itu, beberapa keping biskut menjadi santapan breakfast aku
pagi ini.
Tender
document untuk projek Rumah Bunglow artis terkenal yang menelan belanja hampir
RM 7 juta perlu disiapkan sebelum tender dibuka untuk kontraktor lusa. Aish,
banyak sungguh duit artis ni, nak buat rumah pun siap ade QS consultant bagai.
Berilmu jugak artis ni. Tapi baru je jadi artis dah nak buat rumah maha mahal
ni. Ni kes anak ikan la kot. Aish, termengumpat pulak aku ni.
ʺCik
Liya, ni tender document rumah Anastasia pelakon tuh dah siap dah. Ni untuk Cik
Liya check balik la. So far, saya dah siapkan semua item and masih tak melebihi
budget client,ʺ aku memberi penerangan
buat Cik Liya.
ʺErm
ye la Nia. Ni saya nak bagi awak handle satu lagi new project. Housing project
dekat Kelantan. Yang ni pun still traditional contract. Maybe next time saya
bagi yang design and built, ʺ ujar Cik Liya.
Wah!!
Kat Kelantan ni. Balik kampung la aku. Yes.. ini berita baik buat mak ku
tersayang.
ʺErm
Cik Liya, mana drawingnya? Boleh saya study drawing dulu,ʺ aku bertanya Cik
Liya.
ʺOh,
by the way, sekarang ni ada architecture drawing je. Structural is in progress.
Ni contact number engineer yang design, nanti awak contact ok. Saya bagi awak
100% handle this project and saya nak awak pilih je junior kat Contract
Department tuh untuk tolong. Awk guide diorang baik-baik ok,ʺ arah Cik Liya.
Dalam kepala aku, memang aku aim si Bad la memandangkan budak tu baru sebulan
kerja. Bad, tunggu ye aku bagi kau taking off ye. Tidurlah kau di opis ni
seminggu. Huhuh..
No comments:
Post a Comment