Stat Counter

Showing posts with label saya kenal sayang saya. Show all posts
Showing posts with label saya kenal sayang saya. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

Ruang

Mahu kosong
Bukan terlalu lompong
Hanya sedikit ruang 
Untuk luah rasa sayang

Bilang saja ruang bagaimana
Apakah seluas angkasa
Atau hanya setapak kekura
Aku akan sedia

Ini ruang kamu
Luahkan saja apa mahumu
Aku akan tunggu
Dengar saja katamu


Kataku.....
Apakah engkau milikku?
Hanya aku?
Bukan dia atau mereka?
Katamu 'iya'
Tapi aku curiga
Apa benar?
Jika benar kenapa harusnya begini
Aku kekanan engkau kekiri
Kenapa langsung tidak selari?
Tidak bernafas sama melodi?
Dusta..
Janji tinggal janji
Sepi...
Kian kemari
Aku lari




Tuesday, January 3, 2017

Mee Udang Galah Banjir Kuala Selangor : Review

Salam dan selamat pagi.

Semalam aku dan suami pergi ke Tanjong Karang nak bisit my fren bersalin. She got twin boy. Hye Zariq and Zarif. Tido je keje awk :P

Ok plan memang nak ke Kual selangor sebab tetiba macam terliur  je tengok Mat Dann makan mee udang galah fresh. Mat Dann mana? Ala mat salleh yang terror loghat Terengganu tu la. Aku tengok dia makan dalam rancangan travelog "MAT DANN KAKI JALAN' macam sedap je. Udang yang bapak besar :).

So semalam masa on the way nak ke Tanjong Krang tu, mata memang meliar tengok kiri kanan cari kedai tu. :D. 

Add caption

semua menu kat sini berasaskan udang. So untuk penggemar udang memang sangat "suggested" la .

ni senarai menu dan harga :)

so aku dan suami order mee udang sederhana dan mee goreng untuk si kecik #airisadelia.

ni mee goreng. ada udang jugak ;)

ni mee udang. 

kuah dia pekat sangat. Rasa masam, masin , pedas semua complete. Just nice orang putih kata . heheh. Suami aku cakap lagi sedap dari mee udang Kuala Sepetang Makjah tu. Tapi aku lagi suka yang Makjah tu. Ye la taste masing masing. Yang ni ada empat ekor udang galah size sederhana. (empat ekor tu sikecik habiskan semua. ibu and ayah makan kepala udang :P)


yang ni selepas beberapa minit

kat sini jugak disediakan surau. so untuk yang datang dari jauh tu, no worries yer dear. takdenye kita terkejar kejar nak solat. Semalam sebab on the way nak balik tuh dah around 6.30pm then sampai kat kedai ni pun around MAgrib. So aku tinjau2 kawasan la sikit. Tengok ada surau,, solat dulu. 

Surau selesa boleh memuatkan dalm 8orang untuk sesuatu masa.


As a conclusion, agak berbaloi la aku datang dari puchong makan kat sini. So boleh bawak famili datang ye.





Friday, August 22, 2014

D.I.Y Pelamin Grey Cream

Tarra. As i said before yang i ols nak buat pelamin sendiri. Da nama pum budget brides kn. Semua wajib jimat dan mengikut budget. Well, aku kan qs.

Bebalik pada pelamin tadi. Aku konon nk semua putih. Tapi mcam pudar pulak,sebab rumah aku cat putih. So aku pun guna kepakaran tak kreatif aku neh pilih warna. And warna yang dipilih ialah grey and cream. My fren cakap, warna berani sb jarang brides nak warna grey.

At first tu pilih and beli kain based on design lain. So beli ngam2 design tu.

Design inspired





So,guna design ni,tak banyak kain diperlukan. So aku beli kain utk tirai, and utk dibuat siling ala arabic lg. Setel la kan?

Tapi, aku neh nak jadikan pelamin aku neh sebagai kenangan dimana aku yang buat from A to Z. So, aku pun gatal tangan design sendiri.

Nak kelabu and krim dgn gbungan bunga biru. Tapi macam tenggelam pulak aku nanti sebab baju aku warna biru. So,aku tukar kepada warna purple.

Sketch dsign



Tapi akses0ri tukar warna purple ok.

Baiklah, pelamin mula dibuat hari raya ketiga. Ye,hari raya ketiga malam tu aku nikah. Majlis raya keempat. Maka bermulalah sesi berpelamin bersama sepupu2 daku.

ni purple version.. Eh senget pulak




Dan hasilnya......









List brg yang daku beli

-lattern
-bantal kecik
-vase kaca and bunga tulip

Yang lain sepupu punya.

Dan alhamdulillah,terhasillah pelamin anganku.
posted from Bloggeroid

Tuesday, July 1, 2014

B2B : Do It Yourself (D.I.Y) Goodies Bag

Hiiiiiiii...


Well goodies nag dah macam jadi benda wajib untuk sesuatu majlis samada wedding, cukur jambul, akikah and so on. 

Dulu if wedding, hadia terima kasih dari pengantin sangat la limited. Masih daku ingat zaman akak daku kahwin. Tetamu akan diberi bunga telur. Itu sahaja. Namun nampak simbolik pada bunga telur. Simbolik nya ialah moga pengantin cepat mendapat zuriat.. 


"Masa dah berubah adat di telan zaman dah tak do mowarisi cerito bortaualadan"..

Nowaday goodies bag dah variants dah. Dan untuk aku punya wedding ni simple but nice. Eceh,, Nice tuh tak boleh blah. 

Aku sangat sukakan paper bag yang letak pisang goren tuh,,, Yang kaler cekelat tuh..hehehhe..


So aku decide nak guna benda alah tuh untuk aku punya goodies bag...


Maka disebabkan aku nak ber 'diy' kan and of course when diy akan la cut cost.. Kedekut and saving sangat..

Thank you tag aku design and print sendiri. Thank you tag nak bagi kesinambungan ngan aku nye wedding card...


 ini dia hasil aku punya thank you tag. so masa utuk potong-potong tuh, itu kerja anak anak buah aku yang ramai la.. then anak buah aku tak menyempat nak  tengok hasil, terus dia lekatkan kat paper bag.




ni 80% siap. Aku ingat nak letak riben biru kat atas, Baru nice kan kan kan kan kan???


Now tengah fikir nak isi apa kat dalam tuh. My mom suggest letak yaasin. Nak pahala lebih woo. Orang baca yaasin tuh kita pun dapat jugak pahala.

Ok lah. Nak fikir nak letak apa. Sehingga berjumpa lagi...


Selamat berbuka puasa :)

B2B : Wedding Dress

Hai.. Setelah sekian lam tidak mencoret dalam belog bersawang ni, tetiba datang kerajinan nak hupdate. Ni pun nak  dijadikan kenangan anak cucu nanti.

Kot la nanti cucu tanya "Tok Mummy, macam mane baju kawin Tok Mummy masa nak kawain ngan Tok Ayah dulu?" [nampak tak Mummy and ayah?? Jelas di situ saya ni overrrrrrr]

Baik lah cu... Ni ceritanya..

Masa dulu...............................


Godek- godek instagram. cari hashtag #bajupengantinmurah. Maka keluar la banyak gegambar yang menarik. dan yang palin menarik perhatian ialah yang ada caption " Murah Cantik... Ikut budget anda"

Terus follow then ambil number phone then whatsapp...

maka berlakulah perbiincangan dari segi desugn, warna dan paling penting HARGA!!!!


so I decide warna TIFFANY BLUE since i memang pencinta biru yang saaaaaaaaaaaangat over!!!!

So after da confirm semua, dalam beberapa minggu siap baju i.. hehehh.. Then i ngan sidia (eceh..) pergi fitting. Oh by the way, i punya designer ni baru je habis belajar Fashion kat UiTm dan butik dia buat kat rumah...

Ok g fitting ada problem sikit to my dress..

Yess.. KETAT... Tailor terpaksa alter ye.. TAILOR yang perlu bersusah payah,, Dan bukan I yang harus diet.. Yeahhhh!!!!

ketat... ambik gambar sambil duduk.. Abaikan muka bajet cute sebab sidia yang gedik nak ambik pic ni.. Motig sangat.


Dan lepas tu, kami balik sebab I kena naik Genting. Masa tuh kena dok site Genting.

After 2 weekssss,, Baju I siap.. Dengan jaya nya.. ngeh3.. Yang tuh tunggu next entry... Kasi suprise sikit.. KONON!!!


Wednesday, April 3, 2013

Saya Kenal Sayang Saya # Part 1




Vespa hitam kupecut laju untuk ke ofis. Cilok mencilok sudah sebati dengan diri aku. Ala orang nk bagi hon pun bukan tahu dia maki aku ke apa. yang penting aku sampai ke ofis dengan jayanya.

            Kalau hari biasa, aku ke ofis mengambil masa 30 minit sahaja mengenangkan rumah dan ofis tu hanya sekangkang kera je bagi aku. Tapi bagi orang lain agak jauh juga la nak ke Damansara Perdana nun kalau diri tuh menetap di Seri Kembangan.

            Sedang asyik aku melayan lagu di MP3 yang earphonenya aku sumbat ke telinga, tiba-tiba sebuah skuter yang agak comel menghimpit aku. Argh, ini tak boleh jadi. Aku menambah kelajuan. Maka terjadi la acara kejar mengejar antara vespa dan skuter. Well, seperti biasa, geng-geng vespa memang anti teramat dengan budak skuter. What!!! Hijau??? Ada juga ke makhluk berselera dengan warna hijau.

            Well, nampak macam perempuan je yang menunggang Hingus Hijau tu. Dari gaya kepit kaki tuh sah-sah gaya wanita. Plus pakai sneakers pink. Ya Allah, kenapa la makhluk ni pakai warna kebenciaan aku. Plus himpit motor aku. Memang cari nahas. Aku potong, dia potong balik. Huh, ini dah kes mencabar kewibawaan aku ni. Ok fine aku sahut cabaran. Vrooooom aku tingkatkan kelajuan vespa ku. Dan aku Berjaya. Yes.

            Eh apasal Hingus Hijau tu parking cantik tepi Blacky Black aku a.k.a vespa hitam aku? Nak ajah bertumbuk la tu. Alamak, aku bab bertumbuk ni fail sikit. Bukan salah aku, mak aku yang tak bagi aku masuk taekwando masa kat sekolah dulu. Takut patah riuk katanya. Dan aku anak yang soleh mengikut sahaja tanpa bangkangan. Aduh macam mana nak bertumbuk ni kalau aku ayu pakai baju kurung ni. Kepala yang masih berhelmet aku garu.

            Ok. Relax Nia.!!! Tarik nafas, hembus.

            Disaat aku sedang mencari nafas, penunggang Hingus Hijau turun dari Hingusnya itu. Mak ai, tinggi nya pompuan ni. Makan galah ke apa ni? Ini dah spesis wanita galah ni.

            Pejam mata. Ok aku kelihatan agak pengecut di sini. Masa atas motor punya la gangster aku ni.
           
            ʺ Err cik! Boleh saya tahu VM Engineering kat mana? Saya baru start kerja hari ni,ʺ Tanya Hingus Hijau.

            Aik!! Apasal aku rasa macam garau semacam je pompuan ni. Alamak, entah-entah bapuk. Mak!!!!!!!!! Tolong Nia mak. Bapuk ngurat Nia ni mak.

            ʺErr RH Engineering tuh kalau tak silap saya kat tingkat 3 blok hujung sana tuh, tepi kedai mamak Bismi Curry House naik tangga tepi kedai tuh la,ʺ aku dengan bersungguh-sungguh memberi direction dan tiba-tiba dengan tak sengaja aku berpaling kea rah pemilik suara yang bertanya. Dan……………….

            Eh, apasal aku rasa di awangan ni. Mak!!!! Tolong Nia, Nia tengah terbang ni. Flying without wing ni mak!!! Kenapa la makhluk Hingus Hijau ni kacak?? Mak ai, patutlah tinggi semacam, kusangkakan gadis, rupanya lelaki. Tapi!!!!!!!!!!!!! Kenapa dah tak de warna lain ke kasut nak pakai selain pink tu. Kemeja biru lengan panjang dilipat ke paras siku dah ok. Seluar dari jenis kain khakis warna kelabu pun dah ok. Tiba-tiba kasut nak pink.!!! Sneakers pula tu. Aish. Mangsa fesyen betul.

            ʺ Err cik, kenapa cik tengok saya pelik je? Saya tak pakai baju ke?ʺ soal lelaki Hingus Hijau mencantas aku dari lamunan penilaian terhadap diri beliau.

            ʺOh!! Tak de pape la. Saya tengah berfikir tadi tuh. Saya kalau berfikir memang akan cari subjek untuk diperhati dan berfikir walaupun subjek tak de kena mengena dengan apa yang saya fikir,ʺ aku kalut memberi alasan yang 100% tak logik.




            ʺHai Nia! Lewat hari ni?ʺ tegur Kak Suzie merangkap receptionist tempat aku bekerja KAMI Perunding Sdn Bhd, sebuah firma ukur bahan yang sedang meningkat naik.

            ʺAah kak. Tadi racing dengan skuter hijau yang tiba-tiba je himpit saya. Huh, nasib baik saya menang kan,ʺ aku bercerita sambil tangan lincah mengacau air Milo.

            ʺIsh kamu ni Nia, selalu sangar rempit nya. Bahaya tau bawak moto laju-laju ni. Kalau jatuh, macam mana kamu nak angkat Besi Hitam kamu tuh?ʺ balas Kak Suzie merujuk kepada Blacky Black aku tuh.

            ʺBlacky Black la kak,ʺ aku membetulkan panggilan  buat My Beloved Blacky Black. Ish, susah-susah aku fikir empat hari empat malam nak bagi nama kat Blacky yang atuk aku serahkan buat aku Vespa keluaran Lambretta tahun 1968. Vespa kesayangan atuk telah berjaya menjadi milikku setelah aku membuat sistem barter dengan membeli sebuah skuter Yamaha Ego tahun 2010 untuk atuk. Heheheh, kempunan la cucu atuk yang lain ye. Best man wins.

            ʺerm ok lah kak, saya nak kena siapkan tender document ni kak. Deadline petang ni. Saya nak touch up sikit before hantar kat Cik Liya,ʺ ujarku untuk mematikan perbualan. Sambil itu, beberapa keping biskut menjadi santapan breakfast aku pagi ini.

            Tender document untuk projek Rumah Bunglow artis terkenal yang menelan belanja hampir RM 7 juta perlu disiapkan sebelum tender dibuka untuk kontraktor lusa. Aish, banyak sungguh duit artis ni, nak buat rumah pun siap ade QS consultant bagai. Berilmu jugak artis ni. Tapi baru je jadi artis dah nak buat rumah maha mahal ni. Ni kes anak ikan la kot. Aish, termengumpat pulak aku ni.


            ʺCik Liya, ni tender document rumah Anastasia pelakon tuh dah siap dah. Ni untuk Cik Liya check balik la. So far, saya dah siapkan semua item and masih tak melebihi budget client,ʺ aku memberi penerangan  buat Cik Liya.

            ʺErm ye la Nia. Ni saya nak bagi awak handle satu lagi new project. Housing project dekat Kelantan. Yang ni pun still traditional contract. Maybe next time saya bagi yang design and built, ʺ ujar Cik Liya.

            Wah!! Kat Kelantan ni. Balik kampung la aku. Yes.. ini berita baik buat mak ku tersayang.

            ʺErm Cik Liya, mana drawingnya? Boleh saya study drawing dulu,ʺ aku bertanya Cik Liya.

            ʺOh, by the way, sekarang ni ada architecture drawing je. Structural is in progress. Ni contact number engineer yang design, nanti awak contact ok. Saya bagi awak 100% handle this project and saya nak awak pilih je junior kat Contract Department tuh untuk tolong. Awk guide diorang baik-baik ok,ʺ arah Cik Liya. Dalam kepala aku, memang aku aim si Bad la memandangkan budak tu baru sebulan kerja. Bad, tunggu ye aku bagi kau taking off ye. Tidurlah kau di opis ni seminggu. Huhuh..

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...