Stat Counter

Showing posts with label feminine wash. Show all posts
Showing posts with label feminine wash. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Pengalaman Bersalin : Airis Adelia (Part #1)

Assalamualaikum.

Nak jugak share pengalaman bersalin ni walaupun my baby dah nak  masuk 2years dah next week. Apakah betul baru update :P.

Disclaimer : Exactly date aku macam ingat ingat lupa 

ISNIN, March 2015


Masa ni aku nye pregnancy about 32weeks.



Aku pergi kerj asuami hantar. Balik kerja aku akan tumpang Zura officemate aku. Dia akan drop by aku tepi jejantas . So aku need to panjat jejantas.


Total aku berjalan sehari more than 1000 steps aku rasa.

Naik office tingkat dua almost 60 steps. Pastu turun g lunch 60 steps. Melangkah berjalan pergi kedai Baser yang almost 300m from opis then balik ops bali 300m(1m = 5steps ~600m x 5steps =3000steps). Naik tangga lagi 60, pastu turun tangga lagi nak balik keje 60,. Pastu panjat tangga jejantas 40 steps, pastu jalan 100 step nak ke rumah from the jejantas. Pastu sampai umah naik bilik 15 steps tangga.

Roughly 60+60+60+60+40+100+3000=3380step perday (itu steps tangga sahaja) xtermasuk steps aku pergi berak ke kencing ke. Almaklumlah masnuia mengandung ni selalu pergi toilet kan.. :)


Dah setel pasal pengiraan steps harian aku tu.

On that Monday 15th March not sure sangat, balik opis tu aku pergi Pasar Malam nan pis mate aku. Meronda pasar malam satu round then balik. pastu lepas Magrib tu kembar aku ajak pergi Pasar Malam, Ok aku pergi lagi. Heheh.. Suka nau aku berjalan-jalan ni.

malam tu tidur pastu macam tersedar ada leaking. Masa tu positif lagi takde pape kot.

So esoknya bangun pergi office macam biasa.

Pastu whatsapp my sister inform kat dia ade keluar air malam tadi. Pa lagi, menjerit dia suruh aku gi hospital.

so tengah hari tu pergi hospital serdang. After register bagai semua tu nurse check jalan. Takde bukaan lagi. Then amik darhm insert branula tu semua. CTG check jantung baby semua normal.

Pstu dokctor datang nak scan.

Lepas scan dia cakap aku leaking dan kena warded sebab nak on antibiotics.

Me like.....??uhhhh!!

WARDED 5DAYS

Masa kat dalam ward tu aku kena amik 2 dose injection untuk matangkan paru2 paru baby since anak aku baru 8months. Dexa namanya. Ya allah, sakit nye la hai. Ubat dia pekat ko. Apa saja untuk mu anak.

Pastu stay la aku kat hospital tu. Untuk complete antibiotic. According to doctor, aku kena amik antiobiotic sebab aku punya kan leaking, so that kemungkinan akan effect kat baby. Maka berehat lah daku di ward tu 5 hari.

Every morning doc datang round ward, every morning jugak lah aku request nak balik :P

Pastu doc explain kat aku yang aku ni kena induce. 

Masa tahu kena induce tu perasaan macam "eh kenapa tak leh ke tunggu je sakit datang sendiri?"

Agaknya doc dengar kot aku bermonolog tu, terus dia cakap "puan jangan risau, induce ni bukan operate, tapi lebih kepada nak selamatkan bayi. Sebab kita risau bayi lemas if nak cukupkan due date". 

Ok lah doc, ape2 jela, So bila saya boleh balik?

Petang ni.

Alhamdulillah. Senyum.


Bersambung.....

Monday, December 19, 2016

Peninggalan Arwah-Part III

Yang ni part 3


Salam semua, terima kasih sebab sudi tunggu aku post. Banyak kerja kena settle. Hari ni aku offday, so sesuai untuk aku post. Aku ada beberapa issue lepas aku post second confession. Keluarga aku serang aku dengan macam2 soalan dan tuduh aku buka aib keluarga. Ada sebab aku memilih untuk post cerita ni.
Korang akan faham kalau korang follow cerita aku sampai habis. Korang akan faham apa maksudnya tajuk yang aku letak untuk cerita ni, “Peninggalan Arwah”. Dan aku tahu, ahli keluarga aku takkan comment atau make a scene bila baca post aku ni. Ego keluarga aku tinggi. Diorang tak suka perhatian. Dalam group Whatsapp, diorang semua tanya pasal cincin tu. Then Ok, Lets get started. Aku akan cerita. Mulai dari perenggan ni, cerita aku jadi lebih serius.
Malam tu ada dua Peninggalan Arwah di tangan aku. Keris (Moyang) dan Cincin (Moyang Perempuan). Keris ni unik. Dengan Sarung Keris yang panjang. Dan juga dengan bilahnya yang panjang. Sedangkan Bilah Keris ni dah dipatahkan. Kalau tak dipatahkan, Keris ni lebih panjang. Sarung Keris ni ada sedikit ukiran tulisan yang aku tak jelas nak baca. Jawi tetapi halus. Ada sedikit kesan calar di Sarung Keris.
Ada reader yang tanya pasal Cincin. Secara jujurnya, aku tak reti nak nilai Cincin. Yang aku tahu, Cincin ni lawa. Batu besar warna biru tengah2. Ada dua berlian di kiri dan kanan batu warna biru tu. Ring Silver. Aku try masukkan jari kelinking aku. Tak muat, so aku rasa elok aku simpan je la.
Aku letak Cincin tu dalam poket. Kotak Cincin dan kain aku letak dalam poket lagi satu. Keris ni aku planned untuk letak balik tempat asal. Jadi malam tu aku just kena fikir kat mana aku nak simpan Cincin Peninggalan Arwah Moyang aku ni. Aku ada 2 hari lagi cuti kat kampung. Dalam masa 2 hari ni la aku kena manfaatkan semaksimum mungkin untuk cari apa2 je barang bernilai dalam rumah ni. Sorry, memang aku time ni agak selfish. Jujur aku cakap, kalau aku jumpa apa2 je dalam rumah ni, aku akan ambil dan simpan. Bahasa tersiratnya, “makan sorang”.
Then aku naik balik. Time ni dah pukul 1 AM +. Dalam rumah gelap gila. Lampu beranda je terbuka. Aku pergi ke ruang letak gambar untuk letak balik keris ni.
Ruang letak gambar = Ruang yang aku cerita dalam previous post. Ada gambar2 bekas penghuni rumah ni. Barang2 peninggalan lama. Ruang yang kami satu keluarga bersihkan pagi tadi.
Ruang Letak Gambar ni terletak di Tingkat 2. Berhadapan dengan ruang ni adalah Ruang Tamu Keluarga. Tempat kami sekeluarga lepak2. Tepi belah kanan ruang ni ada satu Lorong (Hallway bahasa inggerisnya) menuju ke ruangan Tok aku bersantai. Lorong ni kecik je. Tepi Lorong tu, Bilik Ayah aku. Tengok gambar ni untuk gambaran jelas.
jnan5zi
Ruang Tok aku bersantai. Ruang ni ada mesin jahit, kerusi dan rack untuk letak surat khabar or apa2 bahan bacaan. Ada beranda tempat Tok aku tidur petang2. Jadi malam tu, masa aku nak letak balik Keris tu, lampu Lorong menuju ke Ruang Tok aku bersantai tu terbuka. Dalam hati aku, bagus la. Takde la aku kena buka lampu phone nak suluh almari nak letak balik keris ni. Betapa bodohnya aku tak terfikir bahawa,
*Kalau lampu lorong tu terbuka bermakna ada orang la area tu*
Masa aku buka almari tu dan ready untuk letak balik Keris ni, tiba2 ada someone tegur aku dari belakang.
“Mus cari apa”
Terkejut toksah cakap la. Aku sikit je lagi nak terlanggar almari tu sebab terkejut. Sumpah aku ingatkan hantu raya ke apa ke. Sebab gelap kan.
“Tok.. Mus ingat sape tadi” Kata aku dalam keadaan masih terkejut
“Mus bagi Tok keris tu”
Time ni aku cuak gila. Biasanya kalau aku kena sergah dari belakang, aku akan cakap macam ni,
“Ishh terkejut Mus. Tok bagilah salam dulu ke apa ke”.
Tapi kali ni, aku senyap je. Gementar jari aku bila hulur Keris ni pada Tok aku.
Tok aku ambil Keris dari tangan aku. Then dia keluarkan Bilah Keris tu. Kemudian dia cucuk belakang Sarung Keris tu guna Mata Bilah Keris. Dalam hati aku,
“Ohh… Macam ni ke cara nak tolak kotak Cincin tu”
Kemudian Tok aku cakap,
**Dalam post ni, aku ubah ayat Tok aku kepada lebih formal dan senang difahami. Kalau ayat asal, banyak slang lama dia pakai. Sebab Tok aku ni dah berusia**
“Mus, bagi Tok Cincin dalam ni”
“Cincin ape Tok. Mus tak tahu apa2 pun”
Tok aku pandang aku dengan jelingan -**Kau jangan nak membongak dengan Tok wahai anak muda**
Then, aku pun keluarkan la Cincin berserta denga kotak dan kain tu. Bila Tok aku ambil Cincin tu, dia letak dalam kotak dan balut dengan kain. Cara Tok aku balut kain tu sama dengan cara balutan kain sebelum aku buka Cincin tu. Tok aku letak balik Cincin tu dalam Sarung Keris. Kemudian dia cakap macam ni,
“Mus adalah ahli keluarga kedua yang jumpa Cincin dalam Sarung Keris ni.”
Sambung Tok aku,
“Dulu Tok pernah bawa Keris ni ke kuliah di UM Singapura. Waktu tu, pensyarah Tok, Liew XXX XXX. Liew la yang perasan ada Kotak Cincin dalam Sarung Keris ni. Cincin ni Mus. Cincin milik Mrs. XXXXXX. Suami dia, Pegawai Daerah British , di negeri kita dulu”
Note 1 : Pegawai Daerah British masa Sistem Residen di perkenalkan di Tanah Melayu dulu
Note 2 : Universiti Malaya Singapura sekarang adalah Universiti Nasional Singapura
Aku terdiam sekejap. Unexpectable. Aku langsung tak expect Tok aku boleh cakap macam ni kat aku. Tok aku yang pendiam. A man with a few words. Kata Tok, Cincin tu bernilai RM X waktu tu. Aku macam, seriously?? Banyak tuh. Sipi2 harga Lord of the Ring.
“Tok, Ayah tahu ke pasal semua ni? Pasal Cincin ni?”
“Ayah Mus? Tak. Dia tak tahu”
Sekarang ni, aku faham.
Ayah Tok dan juga Ayah aku tahu pasal Gambar2 Arwah Moyang dan juga tentang Hidden Drawer. Tapi dorang tak tahu pasal Cincin dan Keris ni.
And Tok aku pulak, dia tahu pasal Gambar2 Arwah Moyang (Macam aku cakap, aku assume dia tengok masa dia kecik) dan dia tahu pasal Cincin dan Keris ni. Cuma dia tak tahu pasal Hidden Drawer.
Aku akui, sebelum ni, aku tak minat sejarah. Tapi sejak dua tiga hari di kampung, aku mula rasa minat dengan sejarah keluarga aku. Lepas Tok aku letak Keris tu dalam almari, dia gerak pergi ke Ruang tempat dia selalu berehat. Aku follow Tok aku. Dia rebahkan badan dia atas kerusi goyang rotan. Dia macam prepare untuk tidur. Mungkin untuk ready bangun pukul 4 pagi (Tok aku biasa bangun pukul 4 pagi untuk beribadah) .Aku ambil satu lagi kerusi (kerusi biasa) dan duduk menghadap Tok aku.
Aku minta Tok aku cerita semua tentang sejarah keluarga aku. Walaupun aku tahu, lagi banyak aku tahu, lagi bahaya. Sebab aku akan jadi lebih gila. Aku jadi lebih yakin bahawa ada lagi peninggalan lain yang aku belum jumpa. Dan time ni, adalah masa yang sangat sesuai. Aku boleh tanya Tok aku “SEMUA”.
“Tok, Mus nak tahu semua pasal Moyang. Dari mula sampai akhir”
“Pasal ape?”
“Semua.”
Tok aku letak cermin mata dia atas meja. Dia gosokkan mata dia. Kemudian dia cakap,
“Tok start tahun 1800 ke atas, Kepala keluarga kita waktu tu adalah Pembesar Daerah dalam negeri ni. Jawatan ni di pegang oleh keluarga kita dari generasi ke generasi. Keluarga kita ada banyak ladang. Lada hitam, kopi, tembakau. Keluarga kita ada gudang untuk buat barang2 perhiasan, perabut rumah dan senjata”
So aku macam, wait wait.. What?? Senjata? Teknologi apa yang orang dulu pakai buat senjata? Senapang ke?
“Senjata apa Tok? Senapang ke?”
“Tok pun tak tahu”
Sekali lagi aku tak expect cerita ni keluar dari mulut Tok aku. Reaksi aku time tu seolah2 aku baru je menyaksikan manusia kena langgar dengan train depan mata aku. Macam tu la reaksi dan perasaan aku time tu. Sangat terkejut. Deep gila sejarah keluarga aku ni. Dan aku hairan kenapa Tok aku tak cerita pasal ni dengan ahli keluarga. Lagi pelik, macam mana Tok aku tahu cerita ni?
Kata Tok aku, keluarga aku dulu kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil eksport. Ramai orang kampung yang kerja dengan keluarga kitorang dulu. Ada yang jadi petani, peladang, jadi skuad bersenjata. Tapi cerita tu semua dah terkubur. Takde sesiapa pun tahu.
Rumah asal keluarga kitorang dulu di ambil oleh British. Ladang2 dan gudang pun kena rampas sekali. Dan keluarga kitorang di halau daerah kerana Kepala Keluarga masa tu menentang penjajahan British. Dia menghantar Skuad Bersenjata menyerang British. Dia juga assist salah seorang pejuang tanah air yang ada dalam buku sejarah. Tapi nama pejuang tanah air tu aku rahsiakan. Keluarga kitorang hilang harta. Ayah kepada Moyang aku berusaha menghantar Moyang aku ke MCKK atas dasar keluarga kami pernah berjasa kepada tanah melayu. Lepas tu Moyang aku terus berkhidmat dengan British dan kenal seorang Jurutera British, Doughlas (Yang dalam Gambar dengan Moyang aku).
Cerita Tok aku habis di sini. Turn aku tanya soalan pula. Korang boleh guesskan soalan apa yang aku nak tanya?
Pasal harta.
“Tok, zaman Moyang dulu, keluarga kita tak dapat langsung ke harta peninggalan keluarga?”
“Tak”
“Jadi harta Moyang tu semua, Moyang usaha sendiri?”
“Harta apa?” Tanya Tok aku.
Okay time ni aku cuak. Sebab Tok tak tahu yang Ayah aku tahu pasal Gambar2 tu dan juga harta dalam Gambar2 tu. Dan dia tak tahu yang Ayah aku bakar gambar2 lain di bawah arahan Ayah Tok aku.
“Tak Tok. Mus teka je. Tanah ke…” Jawab aku spontan. Agak bodoh jawapan aku sebab tanah dah dibahagi sama rata antara adik beradik Ayah aku. So tanah bukan issue.
Aku gelabah sampai tak boleh nak keluarkan ayat kelentong dah. Then Tok aku sampuk.
“Ada banyak lagi gambar selain dari gambar dalam laci tu. Mus jumpa ke lebihan gambar yang lain?”
“Tak. Sumpah Mus tak pernah tengok tak pernah jumpa”
Dalam cahaya tak berapa terang dalam ruangan kami, muka Tok nampak scary gila. Tapi ni peluang aku.
“Apa yang ada dalam gambar lain tu Tok?”
Aku sambung,
“Gambar apa lagi yang hilang? Gambar Moyang buat apa? Gambar Moyang dengan sape??”
Tujuan aku tanya, sebab aku nak clue untuk next harta peninggalan arwah Moyang aku. Lepas aku tanya, Tok aku jawab,
“Ada benda yang patut kita tahu, tak semestinya kita kena dengar”
Tok aku sambung.
“Mus dah tahu banyak. Tok nak pesan, lupakan benda ni. Mus takkan jumpa. Mus ingat Mus sorang je ke yang cuba cari harta Moyang? Meh Tok bagitahu Mus, dah dua generasi cuba cari harta peninggalan tu. Takde. Jangan buang masa macam Tok.”
Aku agak tergamam lepas Tok cakap macam tu. Aku dah putus semangat. Aku dah malas nak cari harta tu. Jam pukul 3 pagi masa tu. Tok aku senyap. Tak bercakap dengan aku. Kemudian dia tertidur. Aku tak pernah tengok Tok berjaga sampai ke pagi. Dia selalu tidur awal. Bangun pukul 4 pagi semata2 untuk beribadah. Tapi kali ni, dia berjaga sampai ke pagi. So, hanya satu sebab je kenapa dia jadi macam tu. Sebab Keris dalam almari tu hilang. Dan mungkin dia dah tunggu depan almari untuk tengok siapa yang ambil.
Cerita aku dengan Tok terhenti sekejap. Aku tak fikir untuk cari harta lain lagi sebab aku rasa aku takkan jumpa clue. Kalau bekas penghuni rumah ni dah mencari selama berpuluh2 tahun tapi still tak jumpa, apatah lagi aku yang nak cari dalam masa 2 hari ni. Sejujurnya, aku give up. Aku keluarkan rokok, dan aku nyalakan sambil smoke kat beranda. Sambil fikir masalah kerja dalam office pulak.
“Mus.”
Sepantas kilat aku berpaling ke arah Tok aku
“Ada tinggalan lain selain dari Cincin tu.”
Aku tunggu ayat seterusnya keluar dari mulut Tok aku.
“Tok dah tua. Dulu Tok macam Mus. Muda. Bila jumpa Cincin tu, Tok rasa Tok boleh cari tinggalan lain. Tapi Tok tak jumpa.”
“Mus dengar cerita tentang sejarah keluarga kita tadi. Mus fikir. Cuba fikir. Kat mana lubangnya”
Lubang? Lubang apa?? Mungkin maksud Tok aku, **CLUE** ? Lubang yang menghubungkan sejarah lama keluarga kitorang dengan situasi keluarga kitorang sekarang? Serius aku tak nampak. Muka Tok aku pulak macam tengah menduga+kerek. Seolah olah sedang menguji cucu dia. Macam dia nak tengok sejauh mana aku boleh pergi. So dalam hati aku time tu, aku anggap Tok umpama mencabar aku.
“Mus?” Tok aku tanya lagi.
Damn.. Lubang2. Time ni aku perah otak aku laju2. Sejarah lama. Rumah lama kena rampas. Ladang kena rampas. Keluarga kena halau. Ladang?
“Ladang Tok?”
Tok aku senyap kemudian dia angkat kaki nak masuk bilik.
Bukan ladang? Gudang? Barang perhiasan. Perabut rumah.. Perabut Rumah?!
“Tok, Perabut Rumah?”
“Mus nilai sendiri. Tok nak solat”
Arghh.. Separuh separuh pulak Tok aku ni. Tapi. Haah. Perabut Rumah. Keluarga aku dulu ada gudang membuat barang kraf tangan macam ni. Kalau imbas balik, aku jumpa gambar2 lama Moyang dalam laci yang tersorok dalam+bawah meja. Aku jumpa Cincin dalam Sarung Keris. Clearly, Moyang aku masih lagi mewarisi ilmu pertukangan dari keluarga aku. Jadi, tinggalan lain pun mesti di simpan dengan method yang sama. Aku jadi bersemangat balik.
Persoalan lama datang balik dalam kepala aku. Hidden Drawer. Gambar2 lama. The Chartered Mercantile Bank of India. Doughlas. Cincin. Mrs. Walker. Rosen House. Kenchana Cafe. Tulip Coffee. Sarung Keris. Sejarah Lama Keluarga. Yang paling penting sekarang ni. Kat mana semua tinggalan lain tersimpan?
————————————————
Maafkan aku. Aku terpaksa berhenti sampai sini. Aku pernah berjanji untuk habiskan semua dalam post ni. Kali ni aku berjanji sekali lagi untuk habiskan dalam post seterusnya. Dan aku berjanji juga, esok 17/12/16 aku akan post last part. Part 4. Dalam Part 4 ni, aku akan ringkaskan cerita ni. Dan bagitahu readers dan ahli keluarga aku, di mana sembunyinya barang2 tinggalan Moyang. Ya, aku jumpa. Untuk pengetahuan keluarga aku, Keris tu ada dalam rumah Moyang. Tapi Cincin tu ada dengan aku.
Dan untuk pengetahuan ahli keluarga aku juga, Aku tahu semua kisah Moyang. Siapa Moyang sebenarnya. Apa jawatannya. Apa lagi tinggalan Arwah Moyang. Jangan risau. Confession aku dalam ni bersebab. Korang akan faham nanti. Tunggu aku post esok. Untuk Nora, sorry aku belakangkan kau.
– Mus
http://gajahkepeng.blogspot.my/2016/12/peninggalan-arwah-final-part.html


Wednesday, December 14, 2016

Tips : Penjagaan Miss V

Assalamualaikum guys.

Hari ni iols nak share sedikit info dan tips penjagaan aset peribadi wanita. Sebagai wanita yang sudah mahupun belum berkahwin, the most valuable part  so called "mahkota wanita" is not the hair ok. The important part is our private part 'Miss V'.

Masalah kaum wanita biasanya KEPUTIHAN. 
Ibu hamil juga biasanya akan mengalami keputihanyang berhubungan dengan kehamilan. Saat mengalami keputihan, seorang wanita akan mengeluarkan lendir dari vaginanya. Lendir yang diproduksi oleh serviks atau leher rahim dan kelenjar dalam vagina ini akan keluar dengan membawa sel-sel mati serta bakteri 

.
Keputihan yang melampau boleh buat kita rasa tak selesa. Kalau yang keputihan serius tu, sehinggga lendir berwarna hijau dan agak berbau. Yang ni dah kritikal dah, kena jumpa doktor dah :). Tak jalan dah if guna pencuci wanita. So sebelum berlakunya keputihan serius, disini saya nk kongsikan sedikt tips untuk penjagaan Miss V.

Sedikit info dan tips untuk mengelakkan terjadinya masalah2 kewanitaan.

1)Jangan letak bedak dikawasan miss V kerana partikel2 halus yang mudah terselit dicelahan bole mengundang bakteria bersarang.

2)Keringkan Miss V sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab dalam jangkamasa yang panjang.

3)Pembersih peribadi terbaik untuk Miss V adalah pH 3.8 hingga pH 4.2 atau 5.(Permata sunti pH balance mengikut piawaian.

4)Gunakan pantyliner jenis unscented dan ada pengaliran udara utk mengurangkan lendiran dan radang pada miss V.

5)Jangan semburkan air kedalam faraj sebab boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan menyebabkan jangkitan.

6)Dah buang air besar..cuci bersih2 iaitu dengan SAPU DARI DEPAN TOLAK KEBELAKANG.
Untuk mengelakkan bakteria dubur seperti E-coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj.

JAGALAH ASET BERHARGA ANDA..MALU KALAU SATU MASA NANTI JIKA BERMASALAH DAN HARUS BERJUMPA PAKAR KITA TIDAK MAHU PRIVATE PART DILIHAT OLEH ORANG2 LAIN.

BERMULALAH DENGAN MEMILIH PENCUCI YANG TERBAIK KERANA DENGAN FORMULA HERBA TRADISIONAL YANG ADA DIDALAM PERMATA SUNTI ADALAH YANG PALING TERBAIK DAN ALAMI.
PERMATA SUNTI HERBAL WASH TELAH MENDAPAT KELULUSAN PIHAK BERWAJIB DAN SELAMAT DIGUNAKAN OLEH SEISI KELUARGA...













BERHATI2..KERANA KOMPLIKASI SEPERTI "Chlamydia" iaitu jangkitan faraj boleh merebak kedalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim.Ianya akan mengakibatkan tiub rosak dan tersumbat justeru membawa komplikasi mengandung luar rahim dan ketidaksuburan.

Moga Manfaat.

Eira : 014.3336124




Thursday, November 17, 2016

Permata Sunti- Rahsia Keindahan Dalaman Wanita

Semalam naik train nak balik rumah, Bersembang la dengan dua orang perempuan. Dah pangkat veteran la kot. Umur dalam 50 lebih. Memang kenal pun sebab naik trenkat stesen yang sama. Pastu dia Tanya la saya dah kawin ke belum sebab muda macam tak kawin lagi. Gaya pun macam ank dara. (perasan kejap. Ok hidung kembang tak kempis-kempis ni)
.
Pastu kitorang ni sembang kosong-kosong la. Cerita fesyen zaman dulu dulu. Kelakar habis. Bergegar train tu kitorang bergelak ketawa. Pastu masuk part wanita la pulak since both of us kan dah kawin. Dan akak tuh pun dah masuk 5 series. So apa lagi, kita yang mudah dan yang macam tak kawin lagi (katanya) tanye la rahsia penjagaan wanita. Ye la, akak tu umur 50’s badan maintain kot.
.
Then dia cakap la “pernah dengar tak orang cakap CANTIK DALAMAN?” of course la pernah dengar kan. Benda clichรฉ je kot. Miahahah. Pastu tanye la dia ape rahsia dalaman tu. Dia cakap la as a wanita yang dah kawin and dah beranak pinak ni yang paling penting kita punya mahkota tu la. Tapi bukan RAMBUT yang macam iklan shampoo tu ok. Miahah.. Sempat lagi tu.
.
Nenek moyang kita dulu mana la ada segala pencuci express macam kita sekrang ni. Semua nya natural. Dia ckp arwah nenek dia dulu bagi petua, guna air rebusan buah PINANG MUDA , DAUN SIREH, MANJAKANI dan segala macam bagai lagi. Take time betul nk bersih part tu. Hahaha. Sebab tu orang tua dulu umur 80 larat lagi nak tanam padi turun sawah nun. Tak macam orang sekrang, umur 50 dah sakit lutut sakit tumit tu semua. Panjang lebar bercerita. Foks sangat dia cerita.
.
Tinggg.. Stesen Puchong Prima. Alamak, dah sampai, tak sempat nak habiskan sembang.
.
Tengah jalan nak balik umah tu, tetiba teringat kat PERMATA SUNTI yang Fera Iskandar kita ni. Pernah ade bace yang dalam #permataSunti ni ada herba-herba yang macam akak tu cerita. Oh, patutlah akak tu cakap aku macam tak kawin lagi. Hahahah.. Penangan permata sunti rupanya. Haaahaa. Thanks kak Intan sebab hasilkan benda super baik ni.



Jom Ketahui rahsia kebaikkan herba yang terkandung dalam GEL PERMATA SUNTI
✔ PINANG MUDA
________________
๐ŸŒน Mencegah pengeluaran darah berlebihan
๐ŸŒน Mengecilkan rahim
๐ŸŒน Mengubati luka pada kulit
✔ DAUN SIREH
______________
๐ŸŒน Menghilangkan bau badan
๐ŸŒน Melancarkan darah
๐ŸŒน Mengatasi masalah keputihan
๐ŸŒน Mengharumkan Miss V / Vagina
๐ŸŒน Menghilangkan rasa gatal pd kemaluan
✔ AKAR SERAPAT , KACIP FATIMAH, MANJAKANI
_______________ ________________ _______________
๐ŸŒน Menegangkan tisu faraj
๐ŸŒน Menegangkan Payudara
๐ŸŒน Menegangkan otot dan sendi
๐ŸŒน Memulihkan luka selepas bersalin
๐ŸŒน Membuang toksin dalam badan
๐ŸŒน Melegakan kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid
๐ŸŒน Menegang dan mencantikkan kulit yang gelap
✔ TEMU KUNCI
____________
๐ŸŒน Menghilangkan angin dalam badan
๐ŸŒน Menambah stamina dan ghairah ketika bersama
๐ŸŒน Menghaluskan kulit dan sari rapat
PERMATA SUNTI ini memberi anda kesegaran sepanjang hari.Hanya 2 atau 3 titik kesannya amat memuaskan.1001 kebaikkan yang ada dalam herba² semulajadi dan tanpa was² jika menggunakannya.

Betul betul berkesan. Dah guna 4 bulan dah. Sangat membantu . dan of course lah positif kan dia punya feed back.

100ml tu tahan 4 bulan. Sebab #permatasunti ni just guna sedikit sahaja.

So sapa2 nak try boleh la pm ye.

0143336124

Rm 65 sahaja.







10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...