Stat Counter

Showing posts with label manjakani. Show all posts
Showing posts with label manjakani. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

Pengalaman Bersalin : Airis Adelia (Part#2)

Lepas aku discharge ward , doc dah bagi date aku kena masuk ward balik untuk induce. 4 April 2015. Ok la doc. Pape je la. See u soon ya. :P.


1 April 2015

Masa ni aku dah start maternity leave. Opis bagi dua bulan. Kiranya akau akan bersalin ngam2 36 weeks.

So since aku dah start cuti awal, aku ajak suami jalan jalan. Ye la, nak kasi senang beranak kan.

So perg jalan-jalan la. Tengok wayang bagai. Masa tu movie Fast and furious. Tengok je la walaupun aku tak suka.

4 April 2015

Hari yang aku kena masuk ward. Aku malas pergi pagi. hahahah/ aku g tengah hari je la. before masuk ward, sempat la aku makan-mkan dulu. Amik mom in law umah sis in law aku kat Seri Kembangan. Dia willing nak teman aku. Thanks mie :)

After zuhur aku and suami gerak ke hospital serdang. manusia tak ramai sangat pada pandangan aku. 

Dah register semua tu, sempat lagi nurse bebel kat kau kenapa masuk ward lambat. :P. Biasala, sape nak duduk ward kan? Hehehe.

Pastu macam2 prosedur dibuat. Masuk branula la, apa la. Amik darah la. Bosan. lam sungguh aku kat bawah tu. (Masa ni tak masuk ward lag, kena duduk bawah kat area labor room tu.  Aku lupa nama apa :P). Kat sini agak ramai bakal-bakal ibu. Pelbagai reaksi perasaan. 

yang nangis terseak-esak pun ada. Aku? Null. Zero takde perasaan.

Around 7.00pm aku dah boleh naik ward. Bilik sorang sorang. Aku like..... what? kenapa bilik sorang-sorang (Well aku penakut. Biasalah kat hospital ni aku selalu disogok ngan cerita seram, :D) So aku mintak tukar katil . Nak stay kat bed yang ramai-ramai tu :P heheh. LAhamdulillah aku dapat tukar.

9.00 malam aku dah kena masukkan ubat ikut 'bawah' tu. Sakit tak? TAK. Tak rasa apa apa pun heheh.. Kebal sangat aku ni. 4 orang masuk ubat seklai ngan aku malam tu, esoknya dah bersalin. Senang kan?

Aku? MAsih tak rasa ape-ape. Aku berjalan-jalan round ward. Kasi cepat bukak.

Nurse tanya "sakit ke?". Aku cakap "tak. tak rasa pape pun nurse"

5 Apr 2015

Masih tak rasa pape. Bosan la duduk ward. Stress aku. Orang lain dah bersalin dah. Aku  masih tak rasa pape. Seharian tu aku ziarah baby baru lahir je. Comel oi...

Husband datang waktu melawat je. Bosan sangat.

6 April 2015

Masuk ubat lagi. Bukaan aku memang dah 2cm masa first day datang sini. Still 2cm . Cek bukaan sakit tak? Bagi aku sakit yang masih boleh tahan la. Heee.

Petang lepas asar tu masuk ubat. Still tak rasa sakit.

Dah cakap kat husband, mak ayah aku, Tak sakit pun. PAstu mereka buat solat hajat kasi aku mudahkan bersalin. 

After magrib aku cakap kat husband nak makan la. lapar. heee.. Dia cakap datang lambat sikit la. Aku ok je lagipun memang dah makan.

Around 9malam tu aku bergayut ngan kawan aku. MAsa tu ade la rasa sakit sikit. Ala2 sembelit gitu. Pastu dah mula memulas, Skala 2/10 bagi aku :P

Around 10 labour room dah panggil suruh turun LR. Aku cakap kat nurse nak makan dulu. Ngam-ngam laki aku sampai. Inform kat dia aku dah kena turun ward.

So aku makan la nasi goreng kampung sedap iu. Habis sebungkus. Ok dah cukup tenaga nak push dah ni.

So aku tutun labour room around 11.30pm macam tu.

11.300pm-Labour room.

Cek bukaan lagi sekali. Dah 3cm. Doc masukkan ubat ikut drip. Pastu pecahkan ketumban. Masa tu dah start sakit. Skala 5/10. Doc cakap estimate aku akan beranak around 4am.

7 April 2015

Dah kat atas katil dah. Husband teman. Best oo. Romantika d amour gtu. :P. Ala rasa nk pee la pulak. Tapi tak leh turun katil dah. Heee. kencing dengan bantuan nurse. Hurmm. Kencing lagi sakit dari contraction. Hee.

Dalam 1pagi something aku cakap kat husband rasa nk berak. Dia pergi gitahu kt nurse. Nurse masuk cek dan inform dahnampak kepala :)

Nurse : haa.. dah napak kepala dah ni

Husband : ye la tu. Jangan main2. doc cakap kul 4.00 nati 

Nurse : nah awak tengok.

Husband : b dah nampak la. excited ni.

Nurse : ok, awak tahu push kan?

Me : tahu kot. Ade baca kat facebook :P

Aku push sekuat hati,. Curi nafas bagi nak senang push.


Pukul 2.41pagi, lahorlah puteri kami. Rasa fuuuhh lega.  

Nurse tanya nak bersihkan dulu ke nak peluk terus. Aku nak peluk terus.

Tak caya aku dah ada anak. hehehe.. 

Laki aku nangis. terharu kot tenok bini dia gagah perkasa nak keluarkan seketul manusia.

Lepas laki aku azankan semua nurse amik pergi bersihkn. Kena jahit 2 jahit sebab aku mintak nurse gunting ckit. Memandai je aku ni. Hehehhe.

Dah setel semua, nurse bagi aku minum susu. 

Kul 4.00pgi naik ward. Masa nk turun stretcher aku booooooooooooorrr muntah.. hehhehe.. 

Pastu aku tdo.

Sekian cerita beranak aku.

Cerita pantang aku malas

Tuesday, January 3, 2017

Mee Udang Galah Banjir Kuala Selangor : Review

Salam dan selamat pagi.

Semalam aku dan suami pergi ke Tanjong Karang nak bisit my fren bersalin. She got twin boy. Hye Zariq and Zarif. Tido je keje awk :P

Ok plan memang nak ke Kual selangor sebab tetiba macam terliur  je tengok Mat Dann makan mee udang galah fresh. Mat Dann mana? Ala mat salleh yang terror loghat Terengganu tu la. Aku tengok dia makan dalam rancangan travelog "MAT DANN KAKI JALAN' macam sedap je. Udang yang bapak besar :).

So semalam masa on the way nak ke Tanjong Krang tu, mata memang meliar tengok kiri kanan cari kedai tu. :D. 

Add caption

semua menu kat sini berasaskan udang. So untuk penggemar udang memang sangat "suggested" la .

ni senarai menu dan harga :)

so aku dan suami order mee udang sederhana dan mee goreng untuk si kecik #airisadelia.

ni mee goreng. ada udang jugak ;)

ni mee udang. 

kuah dia pekat sangat. Rasa masam, masin , pedas semua complete. Just nice orang putih kata . heheh. Suami aku cakap lagi sedap dari mee udang Kuala Sepetang Makjah tu. Tapi aku lagi suka yang Makjah tu. Ye la taste masing masing. Yang ni ada empat ekor udang galah size sederhana. (empat ekor tu sikecik habiskan semua. ibu and ayah makan kepala udang :P)


yang ni selepas beberapa minit

kat sini jugak disediakan surau. so untuk yang datang dari jauh tu, no worries yer dear. takdenye kita terkejar kejar nak solat. Semalam sebab on the way nak balik tuh dah around 6.30pm then sampai kat kedai ni pun around MAgrib. So aku tinjau2 kawasan la sikit. Tengok ada surau,, solat dulu. 

Surau selesa boleh memuatkan dalm 8orang untuk sesuatu masa.


As a conclusion, agak berbaloi la aku datang dari puchong makan kat sini. So boleh bawak famili datang ye.





Monday, December 19, 2016

Peninggalan Arwah-Part III

Yang ni part 3


Salam semua, terima kasih sebab sudi tunggu aku post. Banyak kerja kena settle. Hari ni aku offday, so sesuai untuk aku post. Aku ada beberapa issue lepas aku post second confession. Keluarga aku serang aku dengan macam2 soalan dan tuduh aku buka aib keluarga. Ada sebab aku memilih untuk post cerita ni.
Korang akan faham kalau korang follow cerita aku sampai habis. Korang akan faham apa maksudnya tajuk yang aku letak untuk cerita ni, “Peninggalan Arwah”. Dan aku tahu, ahli keluarga aku takkan comment atau make a scene bila baca post aku ni. Ego keluarga aku tinggi. Diorang tak suka perhatian. Dalam group Whatsapp, diorang semua tanya pasal cincin tu. Then Ok, Lets get started. Aku akan cerita. Mulai dari perenggan ni, cerita aku jadi lebih serius.
Malam tu ada dua Peninggalan Arwah di tangan aku. Keris (Moyang) dan Cincin (Moyang Perempuan). Keris ni unik. Dengan Sarung Keris yang panjang. Dan juga dengan bilahnya yang panjang. Sedangkan Bilah Keris ni dah dipatahkan. Kalau tak dipatahkan, Keris ni lebih panjang. Sarung Keris ni ada sedikit ukiran tulisan yang aku tak jelas nak baca. Jawi tetapi halus. Ada sedikit kesan calar di Sarung Keris.
Ada reader yang tanya pasal Cincin. Secara jujurnya, aku tak reti nak nilai Cincin. Yang aku tahu, Cincin ni lawa. Batu besar warna biru tengah2. Ada dua berlian di kiri dan kanan batu warna biru tu. Ring Silver. Aku try masukkan jari kelinking aku. Tak muat, so aku rasa elok aku simpan je la.
Aku letak Cincin tu dalam poket. Kotak Cincin dan kain aku letak dalam poket lagi satu. Keris ni aku planned untuk letak balik tempat asal. Jadi malam tu aku just kena fikir kat mana aku nak simpan Cincin Peninggalan Arwah Moyang aku ni. Aku ada 2 hari lagi cuti kat kampung. Dalam masa 2 hari ni la aku kena manfaatkan semaksimum mungkin untuk cari apa2 je barang bernilai dalam rumah ni. Sorry, memang aku time ni agak selfish. Jujur aku cakap, kalau aku jumpa apa2 je dalam rumah ni, aku akan ambil dan simpan. Bahasa tersiratnya, “makan sorang”.
Then aku naik balik. Time ni dah pukul 1 AM +. Dalam rumah gelap gila. Lampu beranda je terbuka. Aku pergi ke ruang letak gambar untuk letak balik keris ni.
Ruang letak gambar = Ruang yang aku cerita dalam previous post. Ada gambar2 bekas penghuni rumah ni. Barang2 peninggalan lama. Ruang yang kami satu keluarga bersihkan pagi tadi.
Ruang Letak Gambar ni terletak di Tingkat 2. Berhadapan dengan ruang ni adalah Ruang Tamu Keluarga. Tempat kami sekeluarga lepak2. Tepi belah kanan ruang ni ada satu Lorong (Hallway bahasa inggerisnya) menuju ke ruangan Tok aku bersantai. Lorong ni kecik je. Tepi Lorong tu, Bilik Ayah aku. Tengok gambar ni untuk gambaran jelas.
jnan5zi
Ruang Tok aku bersantai. Ruang ni ada mesin jahit, kerusi dan rack untuk letak surat khabar or apa2 bahan bacaan. Ada beranda tempat Tok aku tidur petang2. Jadi malam tu, masa aku nak letak balik Keris tu, lampu Lorong menuju ke Ruang Tok aku bersantai tu terbuka. Dalam hati aku, bagus la. Takde la aku kena buka lampu phone nak suluh almari nak letak balik keris ni. Betapa bodohnya aku tak terfikir bahawa,
*Kalau lampu lorong tu terbuka bermakna ada orang la area tu*
Masa aku buka almari tu dan ready untuk letak balik Keris ni, tiba2 ada someone tegur aku dari belakang.
“Mus cari apa”
Terkejut toksah cakap la. Aku sikit je lagi nak terlanggar almari tu sebab terkejut. Sumpah aku ingatkan hantu raya ke apa ke. Sebab gelap kan.
“Tok.. Mus ingat sape tadi” Kata aku dalam keadaan masih terkejut
“Mus bagi Tok keris tu”
Time ni aku cuak gila. Biasanya kalau aku kena sergah dari belakang, aku akan cakap macam ni,
“Ishh terkejut Mus. Tok bagilah salam dulu ke apa ke”.
Tapi kali ni, aku senyap je. Gementar jari aku bila hulur Keris ni pada Tok aku.
Tok aku ambil Keris dari tangan aku. Then dia keluarkan Bilah Keris tu. Kemudian dia cucuk belakang Sarung Keris tu guna Mata Bilah Keris. Dalam hati aku,
“Ohh… Macam ni ke cara nak tolak kotak Cincin tu”
Kemudian Tok aku cakap,
**Dalam post ni, aku ubah ayat Tok aku kepada lebih formal dan senang difahami. Kalau ayat asal, banyak slang lama dia pakai. Sebab Tok aku ni dah berusia**
“Mus, bagi Tok Cincin dalam ni”
“Cincin ape Tok. Mus tak tahu apa2 pun”
Tok aku pandang aku dengan jelingan -**Kau jangan nak membongak dengan Tok wahai anak muda**
Then, aku pun keluarkan la Cincin berserta denga kotak dan kain tu. Bila Tok aku ambil Cincin tu, dia letak dalam kotak dan balut dengan kain. Cara Tok aku balut kain tu sama dengan cara balutan kain sebelum aku buka Cincin tu. Tok aku letak balik Cincin tu dalam Sarung Keris. Kemudian dia cakap macam ni,
“Mus adalah ahli keluarga kedua yang jumpa Cincin dalam Sarung Keris ni.”
Sambung Tok aku,
“Dulu Tok pernah bawa Keris ni ke kuliah di UM Singapura. Waktu tu, pensyarah Tok, Liew XXX XXX. Liew la yang perasan ada Kotak Cincin dalam Sarung Keris ni. Cincin ni Mus. Cincin milik Mrs. XXXXXX. Suami dia, Pegawai Daerah British , di negeri kita dulu”
Note 1 : Pegawai Daerah British masa Sistem Residen di perkenalkan di Tanah Melayu dulu
Note 2 : Universiti Malaya Singapura sekarang adalah Universiti Nasional Singapura
Aku terdiam sekejap. Unexpectable. Aku langsung tak expect Tok aku boleh cakap macam ni kat aku. Tok aku yang pendiam. A man with a few words. Kata Tok, Cincin tu bernilai RM X waktu tu. Aku macam, seriously?? Banyak tuh. Sipi2 harga Lord of the Ring.
“Tok, Ayah tahu ke pasal semua ni? Pasal Cincin ni?”
“Ayah Mus? Tak. Dia tak tahu”
Sekarang ni, aku faham.
Ayah Tok dan juga Ayah aku tahu pasal Gambar2 Arwah Moyang dan juga tentang Hidden Drawer. Tapi dorang tak tahu pasal Cincin dan Keris ni.
And Tok aku pulak, dia tahu pasal Gambar2 Arwah Moyang (Macam aku cakap, aku assume dia tengok masa dia kecik) dan dia tahu pasal Cincin dan Keris ni. Cuma dia tak tahu pasal Hidden Drawer.
Aku akui, sebelum ni, aku tak minat sejarah. Tapi sejak dua tiga hari di kampung, aku mula rasa minat dengan sejarah keluarga aku. Lepas Tok aku letak Keris tu dalam almari, dia gerak pergi ke Ruang tempat dia selalu berehat. Aku follow Tok aku. Dia rebahkan badan dia atas kerusi goyang rotan. Dia macam prepare untuk tidur. Mungkin untuk ready bangun pukul 4 pagi (Tok aku biasa bangun pukul 4 pagi untuk beribadah) .Aku ambil satu lagi kerusi (kerusi biasa) dan duduk menghadap Tok aku.
Aku minta Tok aku cerita semua tentang sejarah keluarga aku. Walaupun aku tahu, lagi banyak aku tahu, lagi bahaya. Sebab aku akan jadi lebih gila. Aku jadi lebih yakin bahawa ada lagi peninggalan lain yang aku belum jumpa. Dan time ni, adalah masa yang sangat sesuai. Aku boleh tanya Tok aku “SEMUA”.
“Tok, Mus nak tahu semua pasal Moyang. Dari mula sampai akhir”
“Pasal ape?”
“Semua.”
Tok aku letak cermin mata dia atas meja. Dia gosokkan mata dia. Kemudian dia cakap,
“Tok start tahun 1800 ke atas, Kepala keluarga kita waktu tu adalah Pembesar Daerah dalam negeri ni. Jawatan ni di pegang oleh keluarga kita dari generasi ke generasi. Keluarga kita ada banyak ladang. Lada hitam, kopi, tembakau. Keluarga kita ada gudang untuk buat barang2 perhiasan, perabut rumah dan senjata”
So aku macam, wait wait.. What?? Senjata? Teknologi apa yang orang dulu pakai buat senjata? Senapang ke?
“Senjata apa Tok? Senapang ke?”
“Tok pun tak tahu”
Sekali lagi aku tak expect cerita ni keluar dari mulut Tok aku. Reaksi aku time tu seolah2 aku baru je menyaksikan manusia kena langgar dengan train depan mata aku. Macam tu la reaksi dan perasaan aku time tu. Sangat terkejut. Deep gila sejarah keluarga aku ni. Dan aku hairan kenapa Tok aku tak cerita pasal ni dengan ahli keluarga. Lagi pelik, macam mana Tok aku tahu cerita ni?
Kata Tok aku, keluarga aku dulu kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil eksport. Ramai orang kampung yang kerja dengan keluarga kitorang dulu. Ada yang jadi petani, peladang, jadi skuad bersenjata. Tapi cerita tu semua dah terkubur. Takde sesiapa pun tahu.
Rumah asal keluarga kitorang dulu di ambil oleh British. Ladang2 dan gudang pun kena rampas sekali. Dan keluarga kitorang di halau daerah kerana Kepala Keluarga masa tu menentang penjajahan British. Dia menghantar Skuad Bersenjata menyerang British. Dia juga assist salah seorang pejuang tanah air yang ada dalam buku sejarah. Tapi nama pejuang tanah air tu aku rahsiakan. Keluarga kitorang hilang harta. Ayah kepada Moyang aku berusaha menghantar Moyang aku ke MCKK atas dasar keluarga kami pernah berjasa kepada tanah melayu. Lepas tu Moyang aku terus berkhidmat dengan British dan kenal seorang Jurutera British, Doughlas (Yang dalam Gambar dengan Moyang aku).
Cerita Tok aku habis di sini. Turn aku tanya soalan pula. Korang boleh guesskan soalan apa yang aku nak tanya?
Pasal harta.
“Tok, zaman Moyang dulu, keluarga kita tak dapat langsung ke harta peninggalan keluarga?”
“Tak”
“Jadi harta Moyang tu semua, Moyang usaha sendiri?”
“Harta apa?” Tanya Tok aku.
Okay time ni aku cuak. Sebab Tok tak tahu yang Ayah aku tahu pasal Gambar2 tu dan juga harta dalam Gambar2 tu. Dan dia tak tahu yang Ayah aku bakar gambar2 lain di bawah arahan Ayah Tok aku.
“Tak Tok. Mus teka je. Tanah ke…” Jawab aku spontan. Agak bodoh jawapan aku sebab tanah dah dibahagi sama rata antara adik beradik Ayah aku. So tanah bukan issue.
Aku gelabah sampai tak boleh nak keluarkan ayat kelentong dah. Then Tok aku sampuk.
“Ada banyak lagi gambar selain dari gambar dalam laci tu. Mus jumpa ke lebihan gambar yang lain?”
“Tak. Sumpah Mus tak pernah tengok tak pernah jumpa”
Dalam cahaya tak berapa terang dalam ruangan kami, muka Tok nampak scary gila. Tapi ni peluang aku.
“Apa yang ada dalam gambar lain tu Tok?”
Aku sambung,
“Gambar apa lagi yang hilang? Gambar Moyang buat apa? Gambar Moyang dengan sape??”
Tujuan aku tanya, sebab aku nak clue untuk next harta peninggalan arwah Moyang aku. Lepas aku tanya, Tok aku jawab,
“Ada benda yang patut kita tahu, tak semestinya kita kena dengar”
Tok aku sambung.
“Mus dah tahu banyak. Tok nak pesan, lupakan benda ni. Mus takkan jumpa. Mus ingat Mus sorang je ke yang cuba cari harta Moyang? Meh Tok bagitahu Mus, dah dua generasi cuba cari harta peninggalan tu. Takde. Jangan buang masa macam Tok.”
Aku agak tergamam lepas Tok cakap macam tu. Aku dah putus semangat. Aku dah malas nak cari harta tu. Jam pukul 3 pagi masa tu. Tok aku senyap. Tak bercakap dengan aku. Kemudian dia tertidur. Aku tak pernah tengok Tok berjaga sampai ke pagi. Dia selalu tidur awal. Bangun pukul 4 pagi semata2 untuk beribadah. Tapi kali ni, dia berjaga sampai ke pagi. So, hanya satu sebab je kenapa dia jadi macam tu. Sebab Keris dalam almari tu hilang. Dan mungkin dia dah tunggu depan almari untuk tengok siapa yang ambil.
Cerita aku dengan Tok terhenti sekejap. Aku tak fikir untuk cari harta lain lagi sebab aku rasa aku takkan jumpa clue. Kalau bekas penghuni rumah ni dah mencari selama berpuluh2 tahun tapi still tak jumpa, apatah lagi aku yang nak cari dalam masa 2 hari ni. Sejujurnya, aku give up. Aku keluarkan rokok, dan aku nyalakan sambil smoke kat beranda. Sambil fikir masalah kerja dalam office pulak.
“Mus.”
Sepantas kilat aku berpaling ke arah Tok aku
“Ada tinggalan lain selain dari Cincin tu.”
Aku tunggu ayat seterusnya keluar dari mulut Tok aku.
“Tok dah tua. Dulu Tok macam Mus. Muda. Bila jumpa Cincin tu, Tok rasa Tok boleh cari tinggalan lain. Tapi Tok tak jumpa.”
“Mus dengar cerita tentang sejarah keluarga kita tadi. Mus fikir. Cuba fikir. Kat mana lubangnya”
Lubang? Lubang apa?? Mungkin maksud Tok aku, **CLUE** ? Lubang yang menghubungkan sejarah lama keluarga kitorang dengan situasi keluarga kitorang sekarang? Serius aku tak nampak. Muka Tok aku pulak macam tengah menduga+kerek. Seolah olah sedang menguji cucu dia. Macam dia nak tengok sejauh mana aku boleh pergi. So dalam hati aku time tu, aku anggap Tok umpama mencabar aku.
“Mus?” Tok aku tanya lagi.
Damn.. Lubang2. Time ni aku perah otak aku laju2. Sejarah lama. Rumah lama kena rampas. Ladang kena rampas. Keluarga kena halau. Ladang?
“Ladang Tok?”
Tok aku senyap kemudian dia angkat kaki nak masuk bilik.
Bukan ladang? Gudang? Barang perhiasan. Perabut rumah.. Perabut Rumah?!
“Tok, Perabut Rumah?”
“Mus nilai sendiri. Tok nak solat”
Arghh.. Separuh separuh pulak Tok aku ni. Tapi. Haah. Perabut Rumah. Keluarga aku dulu ada gudang membuat barang kraf tangan macam ni. Kalau imbas balik, aku jumpa gambar2 lama Moyang dalam laci yang tersorok dalam+bawah meja. Aku jumpa Cincin dalam Sarung Keris. Clearly, Moyang aku masih lagi mewarisi ilmu pertukangan dari keluarga aku. Jadi, tinggalan lain pun mesti di simpan dengan method yang sama. Aku jadi bersemangat balik.
Persoalan lama datang balik dalam kepala aku. Hidden Drawer. Gambar2 lama. The Chartered Mercantile Bank of India. Doughlas. Cincin. Mrs. Walker. Rosen House. Kenchana Cafe. Tulip Coffee. Sarung Keris. Sejarah Lama Keluarga. Yang paling penting sekarang ni. Kat mana semua tinggalan lain tersimpan?
————————————————
Maafkan aku. Aku terpaksa berhenti sampai sini. Aku pernah berjanji untuk habiskan semua dalam post ni. Kali ni aku berjanji sekali lagi untuk habiskan dalam post seterusnya. Dan aku berjanji juga, esok 17/12/16 aku akan post last part. Part 4. Dalam Part 4 ni, aku akan ringkaskan cerita ni. Dan bagitahu readers dan ahli keluarga aku, di mana sembunyinya barang2 tinggalan Moyang. Ya, aku jumpa. Untuk pengetahuan keluarga aku, Keris tu ada dalam rumah Moyang. Tapi Cincin tu ada dengan aku.
Dan untuk pengetahuan ahli keluarga aku juga, Aku tahu semua kisah Moyang. Siapa Moyang sebenarnya. Apa jawatannya. Apa lagi tinggalan Arwah Moyang. Jangan risau. Confession aku dalam ni bersebab. Korang akan faham nanti. Tunggu aku post esok. Untuk Nora, sorry aku belakangkan kau.
– Mus
http://gajahkepeng.blogspot.my/2016/12/peninggalan-arwah-final-part.html


Peninggalan Arwah -Part II


Salam. Aku sebenarnya berbelah bahagi nak share cerita ni ke tak. Sebab macam personal la pulak. Aku tahu ada yang kenal aku sape. And thank you sebab whatsapp aku dulu. And korang just keep silence. Thanks. Haha.
Yang lebih dasyat, family besar aku. Dorang tak tahu. So aku dengan Nora kena serang bertubi tubi.
Tapi aku akan teruskan cerita ni. Dah aku menyelam separuh badan, aku basahkan seluruh badan je la terus. Dan aku faham ada ramai students yang request aku habiskan cerita aku sebab nak fokus pada Viva dan FYP pulak. Haha. Sorry dik.
Maaf guys. Aku terpaksa pecahkan lagi bahagian cerita ni. Sebab jalan cerita sangat panjang. Sekiranya aku tak mampu habiskan dalam post ni, next post aku janji akan jadi post yang terakhir. Dalam post sebelum ni, aku cerita tentang keluarga aku dan macam mana aku boleh terjumpa salah satu saki baki peninggalan arwah Moyang aku. Gambar Moyang aku. Jadi dalam post kedua ni aku akan ceritakan apa akan jadi seterusnya. Dan kalau cerita still panjang berjela, aku janji aku akan habiskan juga dalam post ketiga.
Okay ramai yang expect cerita aku ni cerita seram. Haha. Aku tak tahu nak klasifikasikan seram atau tak. Aku just nak confess tentang history family aku yang agak banyak rahsia. Cerita ni bersambung masa aku tengok tulisan jawi di belakang gambar lama tu. Serious talk, that is a very good hand writing. Moyang aku berseni rupanya.
“Tok. Ada tulisan belakang gambar tu. Kan Mus?”
Atok aku terus tengok belakang gambar tu. Ada tulisan jawi. Tok aku macam hiba sikit lepas baca. Aku faham kenapa Tok rasa macam tu. Tapi beberapa saat lepas baca ayat tu, aku rasa macam nak tersengih pulak. Then, Tok aku pula yang tersenyum. Sorry guys build up suspense. Ayat tu berbunyi lebih kurang macam ni.
“Anak Bapak harus berdiri tanpa British disisi”
Lebih kurang macam ni. Di penjuru belakang gambar tu ada tulisan Bahasa Inggeris.
“With Doughlas, August 1928”
Bawah tulisan Bahasa Inggeris tu, ada tulisan jawi lagi.
“Berdamping dengan penjajah”
Aku time tu rasa macam Moyang aku ni sengaja tulis dalam tulisan jawi semata-mata tak nak bagi Mat Salleh ni faham. Sebab tu aku tergelak sikit. Dan sebenarnya ada maksud tersirat dengan apa yang moyang aku tulis tu.
“Anak Bapak harus berdiri tanpa British disisi”
Apa yang aku faham,
1) Moyang aku berharap pada zaman anak cucunya nanti, Orang Putih dah tak ada di Tanah Melayu.
2) Dan aku rasa waktu zaman Moyang aku tu, tanpa ada occasion penting atau tanpa kenal Pegawai British, Melayu tak sewenang wenangnya mampu/mahu mengambil gambar. Kalau bergambar tanpa british di sebelah, bermakna anak melayu sudah pun mencapai satu perubahan dalam sosiopolitik di tanah sendiri.
Aku time tu masih tak tahu apa jawatan Moyang aku dan siapa sebenarnya Doughlas. Tapi aku tak ambil port. Cerita lama. Siapa Doughlas dan apa jawatan Moyang aku waktu tu, aku malas nak kaji.
“Tok pernah jumpa Moyang?” Aku tanya
“Pernah. Tapi Tok tak duduk lama dengan Moyang Mus. Dia meninggal 2,3 Tahun selepas Jepun menyerah kalah”
“Mus kau tak rasa pelik ke weh? Kau tak rasa ke macam ada lagi gambar Moyang yang kita belum jumpa?”
Aku rasa Nora betul. Ada logicnya juga benda dia cakap. Dalam rumah ni ada dua buah bilik membaca. Dua2 bilik ada meja. Jadi aku pergi ke bilik membaca satu lagi. Aku cuba cari laci or we called that as a “Hidden Drawer”. Tapi tak jumpa. Tiba2 Nora panggil aku dari bilik membaca/bilik gamming.
” Mus! Kau datang jap”
Aku segera bergegas ke bilik gamming. Rupa2nya meja tu ada dua laci. Satu belah kanan. Satu belah kiri. Aku jumpa gambar Moyang dengan Pegawai British tu dalam laci belah kanan. Nora buka laci belah kiri. Ada banyak lagi gambar2 lain. Ada 15 keping lagi. Time tu aku dengan Nora happy gila sebab kitorang jumpa something yang maybe dah tersorok selama lebih 60 Tahun atau mungkin lebih lagi. Kitorang tak tahu siapa yang simpan gambar2 dalam laci ni. Dan yang lebih penting, Siapa yang came out with this idea. Hidden Drawer? Lebih penting lagi, kenapa kena sorokkan?
So benda pertama aku buat bila aku tengok gambar2 ni adalah check belakang gambar. Nak tengok ada tulisan jawi ke tak. Takde. Just ada tulisan biasa. Mostly gambar2 ni ada gambar Moyang dengan Moyang Perempuan aku. Ada satu gambar macam pergi dinner. Dan ada catatan di belakang gambar di area Top Margin. Catatan tu adalah nama tempat dinner tu. Rosen House, Kechana Cafe, Tulip Coffee. Macam2 tempat lagi. Ada satu gambar Moyang aku di sebuah pejabat bank. Aku baca, The Chartered Mercantile Bank. Ada beberapa keping gambar lagi. Gambar Moyang Perempuan aku bergambar dengan seorang Wanita Inggeris. Kat belakang tu. Ada tulisan, “With Mrs. Walker”
Agak sayu aku tengok gambar2 ni. Aku agak tertarik dengan cara dressing orang lama. Bila tengok Moyang aku berkebaya dan pakai perhiasan dari barat, aku dapat rasakan yang Moyang aku hidup bahagia. Kalaulah negara ini tidak dijajah oleh british dan jepun. Pasti kami sekeluarga hidup lebih harmoni.
Berbalik kepada gambar2 tadi. Kesemua tulisan untuk 15 keping gambar ada 2 perbezaan dengan gambar first kitorang jumpa.
1) Gambar2 baru ni semua dalam bahasa/tulisan English
2) Tulisan untuk 15 keping gambar ni berbeza dengan tulisan dalam gambar first kitorang jumpa. Dalam gambar first ada catatan “With Doughlas, August 1928”. Aku compare tulisan kedua2 gambar, tak sama.
So kesimpulannya, tulisan dalam gambar pertama (Moyang dan Doughlas) dan tulisan dalam gambar2 terbaru kitorang jumpa ni adalah berlainan dan ditulis oleh 2 orang yang berbeza. Aku buat deduction mudah. Gambar first tu ditulis oleh Moyang Lelaki aku dan Gambar2 terbaru ni ditulis oleh Moyang Perempuan aku.
Sejak dari tu, banyak gila persoalan bermain dalam kepala otak orang muda tak berapa geliga macam aku ni. Terutama sekali tentang kenapa gambar2 ni semua disorok di dalam laci. Kenapa tak digantung di ruangan gambar?
Benda2 ni semua buat aku makin curious. Dari sikap sambil lewa aku tadi bertukar kepada rasa ingin tahu yang sangat menebal. Aku perhatikan satu2 gambar tu semua. Tok aku duk atas kerusi sambil observe Nora tengah excited tengok gambar2 lama. Nora lebih excited dari aku. Dia asyik puji Moyang Perempuan aku cantik.
“Mus tengok ni. Cantik giler kan cincin Moyang kita pakai ni. Kan?”
“Gambar hitam putih pun kau boleh detect cincin tu lawa ke tak? Haha”
“Takdee.. Kau tengok ni. Kebaya dia pakai. Macam matching dengan cincin ni. Nah kau tengok gambar ni”
**Nora ni freelance photographer. So tak pelik kalau dia over excited tengok gambar2 lama ni semua.**
Aku ambil gambar tu dari Nora. Kemudian aku tanya Tok aku something.
“Tok. Arwah takde tinggalkan ke barang2 dia dulu?”
“Ada. Kat ruang gambar tu kan banyak perhiasan lama. Moyang punya la semua tu”
Korang ingat tak yang aku cakap ada satu ruang dipenuhi dengan gambar2 dan pencapaian orang dalam rumah ni? Haa ruangan tu lah maksud Tok aku ni.
“Tapi Mus tak rasa yang cincin dalam gambar ni ada kat ruang tu kan?”
Bila aku tanya soalan ni. Tok aku macam malas nak jawab. Dia ambil gambar2 tu semua dari tangan Nora dan aku. Dia belek satu2. Kemudian dia cakap..
“Tu cincin isteri salah seorang pegawai british. Dia bagi pada Tok Ti (panggilan Tok aku kepada Moyang Perempuan)”
Dia sambung lagi..
“Rasanya Tok Ti bagi balik pada madam tu”
Kemudian Tok aku letak gambar2 tu atas meja then terus turun ke halaman rumah. Aku dah pelik. Korang yang baca ni tak rasa pelik ke?
Macam mana Tok aku boleh tahu pasal cincin ni padahal dia tak pernah tengok gambar2 ni semua? Madam? Bini Mat Salleh mana?
Lagi satu, gambar dalam ni, menunjukkan yang Moyang Perempuan aku masih dalam awal 30 an. Tok aku belum lahir lagi rasanya. Tok aku macam sembunyikan something.
Nora tak syak pape. Elok sangat. Kalau dia tahu pasal apa yang aku fikir. Nanti dia menggelabah lepas tu paksa aku cari macam2.
“Eh jap jap. Kau nak bawa gambar ni semua ke mana Nora?”
“Vintage kot gambar2 ni semua. Aku nak simpan arr”
“Aku rasa elok kita letak balik gambar ni semua dalam laci. Ntah2 gambar ni smua dah kena calit dengan kemenyan ke apa ke. Kau tak takut ke? Haha”
Nora tetap berkeras nak simpan gambar ni semua. Tapi aku berjaya pujuk dia.
Kemudian aku dengan Nora letak balik gambar tu semua dalam laci. Seolah olah takde orang pernah buka laci tu. Sebab aku syak ada orang lain dalam rumah ni yang tahu pasal gambar ni. Aku perhatikan Tok tadi, aku dah buat beberapa kesimpulan.
1) Tok macam tak teruja sangat tengok gambar tu. Dia lebih macam “rindukan gambar tu”. Macam dia dah lama tak tengok gambar tu.
2) Kemudian bila aku tunjuk ayat belakang gambar tu, baru dia tunjuk sikit rasa terkejut. Mungkin dia tak pernah tengok belakang gambar tu. So aku guess yang dia last tengok gambar ni masa dia kecil. Budak kecil tak bagi perhatian sangat pada keseluruhan gambar.
3) And pasal cincin, mungkin sebab Tok aku dah pernah tengok gambar ni, so dia pernah tanya sapa2 bekas penghuni rumah ni tentang cincin dalam gambar tu. And ada orang bagitahu dia bahawa seorang wanita inggeris yang bagi cincin ni kepada Moyang Perempuan aku. So time tu, ni je kesimpulan yang boleh aku buat.
Aku terus act macam biasa sambil dalam kepala duk fikir pasal cincin tu. Sebab Tok macam pelik je bila aku tanya pasal cincin tu.
Aku faham yang korang minta aku pendekkan cerita. Tapi aku taknak cut every details. Aku kalau boleh nak korang betul2 rasa apa yang aku rasa. Aku bukan play detective dalam cerita ni. Aku just curious thats all. Benda depan mata. Dan orang2 dalam rumah macam tak perasan tentang benda ni. Nora just move on lepas dah jumpa gambar2 tu semua. Dia macam dah satisfied dah bila dapat tengok gambar2 Moyang kitorang. Tok aku pulak macam nak lari dari jawab soalan aku.
Aku nak cerita kat ahli keluarga lain pun rasa macam takut. Sebab clearly. There is something in this house that our ancestors dont want us to know.
Malam tu, Ayah aku ajak aku keluar cari rokok. Yeah it is. Aku dengan Ayah aku smoking buddies. Haha. So kitorang naik kereta and menuju ke pekan. Saje pergi pekan. Ayah aku kalau keluar, mesti keluar jauh2 sikit. Memori katanya. Dia takkan putus bercerita pasal zaman kegemilangan waktu muda dia dalam era kemunculan muzic rocks dalam industri hiburan tanah air kita hahaha. Dalam perjalanan pulang. Lepas beli rokok. Aku tanya Ayah aku.
“Yah. Kenapa Mus tak pernah dengar cerita Moyang ea? Rumah tu. Betul ke British bagi Moyang?”
Ayah aku macam kaget aku tanya soalan tu. And cerita pasal Moyang aku kerja dengan British dan British bagi rumah agam tu adalah satu2nya cerita yang aku tahu tentang Moyang aku.
“Asal tanya pasal Moyang ni. Tok ada cerita pape ke?”
“Takde la. Tok senyap je bila Mus tanya dia.”
“Tanya apa?” Ayah aku tanya
“Saje je la Yah. Nak tahu pasal keluarga takkan salah kot”
Ayah aku senyap je. Kemudian dia sambung.
“Mus. Kau bagitahu Ayah. Dari semalam lagi kau tanya Ayah macam2 pasal Moyang. Kenapa nak tahu sangat pasal Moyang ni ?”
Kali ni no kidding. Ayah aku betul2 nampak marah. Aku decide nak cerita semua kat Ayah aku. Tapi aku cuak.
“Kau jumpa apa dalam rumah tu??”
“Gambar Moyang”
Muka Ayah aku plain. Sambil pegang steering dengan tangan kiri. Tangan kanan pegang rokok.
“Sape bagitahu Mus??”
“Mus terbuka laci dalam meja kat bilik study”
“Sape lagi tahu?”
“Tok”
“Kau betul2 Mus. Sape lagi tahu pasal laci tu?”
“Takde dah. Tok je.”
So sekarang jelas. Betul sangkaan aku. Memang ada orang dalam rumah ni yang tak nak sape2 tahu pasal gambar dalam laci tu. Turn out. Ayah aku rupanya. Semalam kemain lagi cakap kat aku tak pernah tengok gambar Moyang.
Tapi aku tak buang masa. Aku tanya lagi Ayah aku. Banyak lagi benda aku nak tanya dia ni. Tapi belum sempat aku tanya dia, dia cakap macam ni kat aku.
“Mus. Keluarga kita tak patut tahu pasal gambar dalam laci tu. Ayah patut bakar semua gambar2 tu dulu”
“Semua? Ada lagi ke gambar2 Moyang selain dalam laci tu?”
“Banyak yang Ayah dah bakar”
“Jap. Asal kena bakar? Gambar2 tu berpuaka ke apa?”
“Tak Mus. Okay Ayah bagitahu benda ni. Kau jangan jaja. Ok?”
Time ni aku angguk je. Aku asal tahu je cerita. Jaja tak jaja. Aku decide sendiri nanti. Aku just nak tahu what the hell is happening right now
“Dalam keluarga kita. Start dari Ayah Tok sampai ke Tok Su. Semua cari gambar2 ni. Ayah tak tahu sape lagi tahu.”
So now make sense. Kenapa Tok aku buat muka bila aku tnya pasal gambar2 ni semua. Aku perasan dia buat muka bila aku tunjuk gambar2 yang kitorang jumpa dalam laci kiri. So aku rasa 15 keping gambar dalam laci kiri tu main peranan. Aku kena check balik gambar tu and ambil gambar guna phone.
“Yah, cerita jangan separuh2 (Aku serious cakap macam ni kat Ayah aku. Turn out, anak dia pun sama. Sorry readers)”
Aku sambung lagi
“Kenapa semua orang nak cari gambar2 ni?”
Time ni Ayah aku pause lama gila. Aku sambung
“Macam mana Ayah tahu pasal gambar ni? Pak long semua tahu jugak ke?”
“Ayah sorang je tahu. Ayah jumpa laci tu. Ayah Tok suruh Ayah bakar. Tapi Ayah tak sanggup nak bakar semua. Yang tinggal tu, Ayah letak balik dalam laci tu”
” Okay. Cerita pasal gambar2 tu”
“Mus, kau dengar, lepas ni kau senyap. Ok?”
Aku angguk, aku bersumpah atas nama unborn child apa smua siap kat Ayah aku.
“Ada lebih kurang 45 keping gambar semua. Mostly gambar2 tu menunjukkan aset dan harta yang Moyang kita ada.”
Ayah aku sambung lagi
“Anak cucu Moyang semua bergaduh mencari harta peninggalan arwah Moyang”
So clear. Adik beradik Ayah Tok, adik beradik Tok, diorang semua mencari harta peninggalan Moyang aku. Cuma diorang tak tahu harta tu berupa apa. So gambar tu merupakan satu medium untuk dorang tahu apa yang Moyang aku pernah ada.
Kata Ayah aku,
Moyang aku berjaya acquired harta dan asset masa dia hidup dulu. Kebangkitan semula keluarga aku bermula dari Moyang aku. Dia agak disegani masa zaman dia hidup dulu. Ayah aku cakap, rumah agam tu bukan datang dengan percuma. Setiap kali Moyang aku berjaya mendapatkan harta dan asset, dia akan mengambil gambar. Ayah aku cakap, tulisan di belakang gambar tu adalah tabiat Moyang aku. Dia suka catat apa2 je belakang gambar. Boleh dikatakan seperti hobi antara Moyang aku dan isterinya.
“Mus tengok gambar tu, Mus ada perasan apa2 tak. Kalau ada bagitahu Ayah”
“Ada. Ada gambar bini Moyang pakai cincin.”
“Lagi?”
“Gambar Moyang dalam bank”
“Bank? Bank apa?”
Baru aku perasan. Gambar Moyang dalam bank tu agak kabur. Aku tahu pejabat tu bank pun sebab aku ternampak “The Chartered Mercantile Bank…” di baju pekerja dalam pejabat tu. Its actually The Chartered Mercantile Bank of India rasanya. Mungkin “of India” tu terlindung and aku tak nampak. Tapi Ayah aku, clearly tak perasan or terlepas pandang gambar tu.
“Keluarga kita tak pernah tahu Moyang ada simpanan dalam bank tu”
So skang baru aku faham apa yang dimaksudkan oleh Ayah aku. Gambar2 Moyang aku adalah satu bukti kwujudan harta peninggalan. So kali ni, aku rasa lebih bersemangat ingin tahu. Tapi Ayah aku suruh aku senyap. Ah aku tak peduli dah. Aku rasa nak korek lagi rahsia dalam rumah ni. Sekarang aku nak tengok balik gambar2 dalam laci tu. Mungkin jumpa something.
Bila sampai kat rumah. Semua dah start tutup lampu dan prepare nak tidur. Aku buka laptop dalam bilik gamming. Bila semua dah tidur, aku buka kedua dua laci tu balik. Aku perhati satu persatu gambar tu. Aku tengok balik gambar Moyang aku dengan Doughlas. Aku cuba tengok tempat diorang bergambar. Just rumah british biasa. Takde clue.
Then aku perasan dalam gambar ni, Moyang aku silang tangan sambil Doughlas letak tangan dia atas bahu Moyang aku. Aku tengok tangan Moyang aku macam pegang something. Bila lama-lama aku perhatikan, baru aku perasan.
Di belakang Moyang aku ada hulu keris. Seolah2 Moyang aku tengah pegang keris dan disilangkan tangannya ke belakang.
Jadi time tu aku fikir, takkan lah keris ni pun harta peninggalan Moyang yang boleh dikatakan mahal. Mustahil la hahaha. So aku abaikan. Aku dah gave up. Aku tutup laptop then aku tidur.
Keesokan paginya, semua ahli keluarga aku ada plan untuk bersihkan barang2 antik, lama, old school, vintage and etc. So, tempat operasi pembersihan adalah di ruangan menyimpan gambar. Lepas breakfast. Around pukul 10 pagi macam tu, semua dah di assigned tugas oleh Mak Long aku untuk membersihkan ruangan dan barang2 yang ada dalam ruangan tu.
So masa proses pembersihan, anak Pak Su aku, Rafsan (6 Tahun) cuba nak ambil something dalam almari. Kemudian diikuti oleh sepupu2 yang lain cuba untuk menyelerakkan ruangan tu. Aku tengah main phone sambil layan whatsapp. Kemudian.. Mak Su aku bersuara
“Hey baik2 sikit. Tajam keris tu”
Bila aku dengar je keris, terus aku bangun. Macam quicksilver aku terus pergi dapatkan keris tu. Bilah keris tu dah keluar dari sarungnya. Sebab sepupu aku Rafsan ni buka. Masa aku tengok keris tu. Aku perhatikan hulu keris ni sama dengan hulu keris dalam gambar Moyang aku.
Aku terus masukkan balik keris tu dalam sarung. Bila aku masukkan keris tu, aku rasa pelik. Sebab aku tak rasa hujung mata keris tu betul2 sampai ke hujung sarung keris. Kalau korang blur, korang bayangkan korang nak pakai kasut saiz 10 sedangkan kaki korang saiz 8. Tapi korang rasa hujung kaki korang tersentuh hujung kasut. Saiz tak ngam tapi tiba2 rasa ngam. Macam tu la feelingnya.
Aku bawak keris tu masuk ke dalam bilik membaca yang satu lagi. Yang di Corner Lot kalau korang ingat lagi isi post pertama aku semalam. Bila aku dah ada dalam bilik tu, aku duk atas kerusi, aku keluarkan keris tu dari sarung dan aku letakkan sarung tu atas meja. Aku perhatikan bilah keris ni. Pelik. Korang tau tak biasanya lengkuk kat bilah keris tu dibuat dalam bilangan nombor ganjil.
Aku bilang lengkuk di bilah ni just 24. And kenapa. Hanya ada satu conclusion je. Hujung bilah keris ni dipatahkan. Dan diasah balik. Sebab tu bilangan dia jadi genap. Sepatutnya bilangan lengkuk harus nombor ganjil
Ada lagi. Aku hairan kenapa bila aku masukkan keris dalam sarung, hujung bilah keris terasa sampai ke hujung sarung sedangkan bilah keris lebih pendek dari sarung. Aku cari lidi dan aku cuba jolokkan lidi masuk ke dalam sarung keris tu. Then aku mark panjang dia guna pen. Kemudian aku ukur pulak panjang sarung keris tu dari luar then aku mark. Thats it. Panjang tak sama.
Ada something dalam sarung tu. Aku nak kopek sarung keris tu tapi bila fikir balik, ni peninggalan arwah Moyang. Aku tak sampai hati. Tapi aku betul2 nak tahu apa yang ada dalam sarung keris ni.
Malam tu, aku masuk balik bilik tu. Aku keluarkan sebatang rokok. Smoke dalam bilik tu. Sambil fikir aku nak buka macam mana sarung keris ni. Aku yakin dalam sarung ni ada something. Then secara out of blue. Aku ada idea untuk tebuk hujung sarung keris tu. Then tolak benda tu dari luar keris. So sekarang aku perlukan driller. Hand driller memang ada dalam kereta Ayah aku. Aku bawak keris tu pergi turun bawah kat kereta. Dan ini plan aku.
1) Aku akan tebuk lubang di hujung keris ni.
2) Then tebuk secara berhati2 supaya benda dalam keris tu tak rosak
3) Bila lubang dah tersedia, then tolak benda dalam sarung tu pakai drill bit yang lebih kecik. Cun
So aku buka bonet kereta. Keluarkan handrill and tiba2 aku realize yang..
Hujung sarung ni dah ada lubang. Aku secara jujurnya agak kagum dengan siapa yang set up this mechanism. Pada zaman penjajahan, orang yang set up ruang rahsia dalam keris ni setanding dengan pemikiran zaman moden. Aku ambil masa satu siang untuk figure out whats wrong with this keris plus satu per tiga malam (+/- 2 Jam) untuk figure out cara nak keluarkan benda dalam keris tu.
Tanpa buang masa, aku tolak benda dalam sarung keris tu guna allen key paling halus. Agak susah jugak nak keluarkan benda alah ni. Sebab ketat. Aku cucuk secara paksa. Then keluar something!
Satu kotak kecik. Dibungkus dengan kain. Aku buka kotak tu dan terpampang sebentuk cincin. Haah. Cincin ni sama dengan cincin dalam gambar yang Nora tengok. Cincin yang sama dengan cincin yang dipakai oleh Moyang Perempuan kami dalam gambar kitorang jumpa.
Aku yakin Tok dan Ayah Tok, adik beradik dorang mesti pernah cari cincin ni. And siapa sangka. Haha. Ada dalam sarung keris. Aku serious cakap. Aku masih tak percaya. Serious aku tak percaya.
Kalau aku tunjuk pada Nora, confirm dia suka dan nak cincin ni. But sorry. Bila Ayah aku cakap,
“Anak cucu Moyang semua bergaduh mencari harta peninggalan arwah Moyang”
Ini bermakna, siapa jumpa, dia dapat. Its a game of race. Aku tak kira. Aku nak balun semua. Cincin ni. Dan aku rasa masih ada lagi benda lain yang tersimpan dan tersorok rapi dalam rumah ni. Time tu, aku just fikir untuk bergerak sendiri. Rumah agam ni besar. Dan aku percaya banyak rahsia tersimpan dalam rumah ni selama 91 Tahun. Next step aku lepas ni, aku nak geledah semua isi rumah.
Macam aku cakap dalam perenggan pertama aku. Cerita jadi panjang. So aku akan habiskan dalam post ke tiga. Aku janji yang cerita ni akan habis dalam post seterusnya. And trust me. Next post is gonna be more excited. Korang ingat lagi kan tentang bilik tidur dan bilik membaca di corner lot tu? That one, is the biggest one. And believe me, this is a real story.
Terima kasih admin sebab sudi melayan post aku. Sekiranya post ni diterbitkan, aku akan ready untuk menulis post ketiga dan submit esok. Thank you guys.

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...