Stat Counter

Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Monday, October 9, 2017

Peyusuan Susu Ibu - Breasfeeding

Hari ni nak share pengalaman tentang perjalanan penyusuan susu ibu untuk my lil flower-Airis.

Memang before beranak dah niat dalam hati nak lengkapkan 2 tahun setengah susu ibu without any formula milk.

Pengalaman  Pertama

Masa tu lepas deliver. After got skin to skin dalam labour room tu nurse suruh bf my baby. Subhanallah. Rasa macam "eh dah jadi mak. Eh macam ni ke nak bf ank" lol. hahah. Biasalah, pengalaman pertama kan.

Memula tu susu tak banyak lagi. So my mom urut susu. Ya allah sakit nye. Masa tu cikB tengah bengkak then mymom pergi urut. RAsa sakit nya subhanallah. Indah betul sakit tu. Rasa nak tampar je tangan tukang urut tu (my mom)-tapi kang durhaka pulak daku :P

Masa tu tak terfikir pon nak beli breastpump. So agak sakit bila ank tidor susu meleh. Husband beli manual pump, daku rasa mcm tak memberi kesan je. Ceh, padahal diri sendiri noob. ☺☺☺

Lepas beberapa puluhan hari baru beli MALISH LIFESTYLE BREASTPUMP. Masa ni tu je paling murah. (sekarang ni RM30 dah dapat dah)

Dan dekat akhir akhir pantang tu mula buat stock. Aku tak kejar stock, aku buat ikut demand anak. Masa tu anak minum 1.5oz nd sekali pump dpt 3 oz. ok cukup la utk 2x minum.

Pumping Masa Kerja

Aku buakn sejenis buat stock banyak dalm peti ais. Moto aku "Feed baby not fridge" gitttcheww. hahah. So everyday aku akan pump. Jadual aku takde. Sukahati aku je nak pump. Cik B sakit baru aku pum. Sebenarnya itu teknik yang salah, sebab nanti kita akan banyak foremilk which is susu yang banyak mengandungi air bukan lemak. (hindmilk)

Image result for hindmilk

Kat opis macama mana aku pump? Boss ok ke? Kawan kawan opis ok ke?

Alhamdulillah bos aku ok sebab aku tak kacau waktu kerja. Aku pump dan dalam masa yang sama aku buat kerja jugak. So tak de masalah la. 

Macam mana aku pump? 

Aku tak guna pon nusring cover sebab bagi aku macam tak secure. So macam mana? Aku pakai telekung. Hahahah. Confirm secure. 

Gune freemie kah? Oh tidak. Aku guna je malish aku tu. So kena pegang la? Oh tidak. Aku gantung je kat bra. Dan tuai. Tunggu penuh masuk plastic storage. Setel. 


Cabaran

Cabaran aku bila orang sekeliling dok provoke suruh bagi FM. Aku senang je jawab "sorry la. tak mampu nak beli , minum yang free je la" . Sebab aku memang dah niat nak bf anak aku.

Cabaran lain bila anak aku refuse botol. Mungkin silap aku kot. At 1st dia ok je, tapi aku ni obses dengan botol2 cantik. Aku main tukar je botol. Aku beli 2 bijik botol Comotomo, sebijik RM75 (gigih mak). At last anak aku refuse SEMUA botol. Padan muka aku  :P. So lepas 9 bulan umur anak aku, dia minum guna cawan je. Bagus anak aku ni . Macam dibu jugak :)


Tips Nak Banyakkan Susu Badan


  1. Minum banyak air. (there no such milkbooster suppliment or what) raw food is the best booster
  2. kenal pasti kita punya milk killer. Kalu aku , milk killer aku is kobis.
  3. dapatkan support dari orang sekeliling terutamanya SUAMI
  4. suami tolong faham isteri yang menyusu ni sangat penat. Sila ringankan tulang anda untuk membasuh peralatan penyusuan 
  5. Ibu menyusu hendaklah sentiasa positive. Stress boleh menyebabkan susu drop. Ibu stress ank minum susu stress.



Now anak aku dah 2 tahun 7 bulan, masih lagi breastfeed. Sekarang tengah nak try wean off . Tapi aku is tak sampai hati.

Kang dah berjaya wean off aku share pulak cara wean off.

akhir kata, selamat berbreastfeeding. Keep it up moms.


Wednesday, February 22, 2017

Penyususan Susu Ibu - Kebersihan

Assalamualaikum.

Bersambung lagi tentang penyusuan susu ibu. Hari ni nak share tentang kebersihan dalam aspek PENYUSUAN SUSU IBU.

1. KEBERSIHAN IBU

Ibu ibu mestilah dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan pada bayi. Pastikan tangan sentiasa bersih. Jadikan sebagai rutin . SEBELUM MENYUSU BASUH TANGAN.

Mandi. Ibu ibu boleh mandi seperti biasa. Tapi ELAKKAN sabun pada bahagian PAYUDARA terutama bhagian NIPPLE. Ini akan menyebabkan bayi keliru dengan bau ibi. Secara ringkasnya, setiap ibu mempunyai bau yang berbeza dan bayi akan ALERT dengan bau ibu.

2. ALATAN PENYUSUAN

Kebersihan alatan penyusuan seperti PAM SUSU dan BOTOL SUSU haruslah dititikberatkan. Pastikan botol susu ditukar setiap enam bulan.

Cara penyediaan/basuh/pembersihan :

a) Basuh botol dan corong pump menggunakan sabun khas untuk bayi. BIG NO guna sabun pencuci pinggan mangkuk kat dapur tu ye. 

b) Lepas basuh tu sterile. Kalau yang xde steril, rendamkan dalam air panas. JANGAN REBUS BOTOL!!!

c) Lepas setel part b, keringkan seperti biasa. Jangan la lap ke ape. biar dia kering sendiri.


Ok, ini 2 aspek yang sangat penting. Moga bermanfaat

Monday, January 9, 2017

Penyusuan Susu Ibu - Persediaan Awal

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentangsusu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.(Wikipedia)

Masa pregnant dulu, aku dah set awal awal nak menyusukan anak aku sehingga dua tahun penuh. Sebab MIND SET adalah sangat penting untuk menjayakan penyusuan ibu dimana MIND SET merupakan the best MILKBOOSTER.

BREAST PUMP

Aku dah banyak mencari ilmu penyusuan susu ibu dengan bertanyakan kepada kawan kawan aku yang support breastfeeding. Ada yang bagi cadangan untuk aku mulakan dengan beli pam dulu. Tapi one of my colleagues cakap no need beli pam dulu sebab kita tak tahu susu kita ada or tak. (Nampak tak itu negative mind set). Aku minta 2nd opinion from another colleague which is dia pun breastfeed anak dia juga (anak dia beza 4months dengan MekBunga aku).

Aku Tanya pasal pam ape yang best. Dia cakap pam ade macam macam jenis. Cuma dia guna Fiffy je sebab silap dia tak study pasal pam before delivery dulu. Dia cakap Fiffy ni suction ok, Cuma agak noisy dan besar. So she suggested me to research more about breast pump. So aku mula like page page online seller Breastpump. Heeee..


Banyak sangat breastpump kat pasaran ni. Sampai aku dah confuse mana satu. Hahah. At last??????????? AKu tak beli sampai la aku beranak. Miahahhaha.

MASA PANTANG

Masa pantang mak aku dah tanya tak naka ajar ank pakai botol ke? Letak susu dalam tu. Senang nak tinggal pergi kerja. So masa tu aku pun marmet la. Punya la lenguh nak dapatkan 3 oz tuu. Yelah, dalam pantang kan badan kita tak sihat sangat, so malas pun bermaharajalela la. Then lepas dari kemalasan aku nak marmet tu, terus aku godek2 balik FB cari seller Breastpump. So aku beli MALISH LIFESYTLE Masa tu yang ni je paling murah. RM250 free VCOooool beg, ice brick then 6pcs storage bottles.

Lepas dah dapat tu aku pun dengan semangatnya la pump susu. Masa dalam pantang aku takdela lah beria sangat nak buat stock. Sebab bagi aku, confinement is THE BEST TIME TO BONDING with BABY. (Dibu love u MekBunga


Lagi 10 hari sebelum naik kerja baru lah aku start buat STOCK. Sebab nanti nak hantar kat baby sitter. Dapatlah 20 oz. Heee. Ok lah tu dari takde. 


So sebagai kesimpulan nye benda penting aku nak highlight untu this entry bagi menjayakan Penyusuan Ekslusif Susu Ibu :

  1. Mind Set. Kena set kan susu sentiasa ada dan cukup untuk anak kita
  2. Alatan pam. Tolong beli awal untuk elakkan bengkak susu . (tpi kau jangan over mengepam pulak during confinement tu)
  3. Botol susu jangan kerap sangat bagi, Kang anak kau nipple confuse tetiba taknak direct baru padan muka kau jadi EP MOM .
Nanti aku sambung lagi ye. Aku eksaited sangat kalau tajuk susu ibu ni...




<3 .="" akan="" aku.="" aku="" anak="" bagi="" bago="" belah="" botol="" confuse="" je.="" je="" kan="" kang="" kenal="" kerap="" nbsp="" ni="" nipple="" pagi="" petang.="" pulak="" pump="" sebab="" sehari="" sekali="" so="" span="" susu="" tujuan="" untuk="">

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...