Stat Counter

Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

Pengalaman Bersalin : Airis Adelia (Part#2)

Lepas aku discharge ward , doc dah bagi date aku kena masuk ward balik untuk induce. 4 April 2015. Ok la doc. Pape je la. See u soon ya. :P.


1 April 2015

Masa ni aku dah start maternity leave. Opis bagi dua bulan. Kiranya akau akan bersalin ngam2 36 weeks.

So since aku dah start cuti awal, aku ajak suami jalan jalan. Ye la, nak kasi senang beranak kan.

So perg jalan-jalan la. Tengok wayang bagai. Masa tu movie Fast and furious. Tengok je la walaupun aku tak suka.

4 April 2015

Hari yang aku kena masuk ward. Aku malas pergi pagi. hahahah/ aku g tengah hari je la. before masuk ward, sempat la aku makan-mkan dulu. Amik mom in law umah sis in law aku kat Seri Kembangan. Dia willing nak teman aku. Thanks mie :)

After zuhur aku and suami gerak ke hospital serdang. manusia tak ramai sangat pada pandangan aku. 

Dah register semua tu, sempat lagi nurse bebel kat kau kenapa masuk ward lambat. :P. Biasala, sape nak duduk ward kan? Hehehe.

Pastu macam2 prosedur dibuat. Masuk branula la, apa la. Amik darah la. Bosan. lam sungguh aku kat bawah tu. (Masa ni tak masuk ward lag, kena duduk bawah kat area labor room tu.  Aku lupa nama apa :P). Kat sini agak ramai bakal-bakal ibu. Pelbagai reaksi perasaan. 

yang nangis terseak-esak pun ada. Aku? Null. Zero takde perasaan.

Around 7.00pm aku dah boleh naik ward. Bilik sorang sorang. Aku like..... what? kenapa bilik sorang-sorang (Well aku penakut. Biasalah kat hospital ni aku selalu disogok ngan cerita seram, :D) So aku mintak tukar katil . Nak stay kat bed yang ramai-ramai tu :P heheh. LAhamdulillah aku dapat tukar.

9.00 malam aku dah kena masukkan ubat ikut 'bawah' tu. Sakit tak? TAK. Tak rasa apa apa pun heheh.. Kebal sangat aku ni. 4 orang masuk ubat seklai ngan aku malam tu, esoknya dah bersalin. Senang kan?

Aku? MAsih tak rasa ape-ape. Aku berjalan-jalan round ward. Kasi cepat bukak.

Nurse tanya "sakit ke?". Aku cakap "tak. tak rasa pape pun nurse"

5 Apr 2015

Masih tak rasa pape. Bosan la duduk ward. Stress aku. Orang lain dah bersalin dah. Aku  masih tak rasa pape. Seharian tu aku ziarah baby baru lahir je. Comel oi...

Husband datang waktu melawat je. Bosan sangat.

6 April 2015

Masuk ubat lagi. Bukaan aku memang dah 2cm masa first day datang sini. Still 2cm . Cek bukaan sakit tak? Bagi aku sakit yang masih boleh tahan la. Heee.

Petang lepas asar tu masuk ubat. Still tak rasa sakit.

Dah cakap kat husband, mak ayah aku, Tak sakit pun. PAstu mereka buat solat hajat kasi aku mudahkan bersalin. 

After magrib aku cakap kat husband nak makan la. lapar. heee.. Dia cakap datang lambat sikit la. Aku ok je lagipun memang dah makan.

Around 9malam tu aku bergayut ngan kawan aku. MAsa tu ade la rasa sakit sikit. Ala2 sembelit gitu. Pastu dah mula memulas, Skala 2/10 bagi aku :P

Around 10 labour room dah panggil suruh turun LR. Aku cakap kat nurse nak makan dulu. Ngam-ngam laki aku sampai. Inform kat dia aku dah kena turun ward.

So aku makan la nasi goreng kampung sedap iu. Habis sebungkus. Ok dah cukup tenaga nak push dah ni.

So aku tutun labour room around 11.30pm macam tu.

11.300pm-Labour room.

Cek bukaan lagi sekali. Dah 3cm. Doc masukkan ubat ikut drip. Pastu pecahkan ketumban. Masa tu dah start sakit. Skala 5/10. Doc cakap estimate aku akan beranak around 4am.

7 April 2015

Dah kat atas katil dah. Husband teman. Best oo. Romantika d amour gtu. :P. Ala rasa nk pee la pulak. Tapi tak leh turun katil dah. Heee. kencing dengan bantuan nurse. Hurmm. Kencing lagi sakit dari contraction. Hee.

Dalam 1pagi something aku cakap kat husband rasa nk berak. Dia pergi gitahu kt nurse. Nurse masuk cek dan inform dahnampak kepala :)

Nurse : haa.. dah napak kepala dah ni

Husband : ye la tu. Jangan main2. doc cakap kul 4.00 nati 

Nurse : nah awak tengok.

Husband : b dah nampak la. excited ni.

Nurse : ok, awak tahu push kan?

Me : tahu kot. Ade baca kat facebook :P

Aku push sekuat hati,. Curi nafas bagi nak senang push.


Pukul 2.41pagi, lahorlah puteri kami. Rasa fuuuhh lega.  

Nurse tanya nak bersihkan dulu ke nak peluk terus. Aku nak peluk terus.

Tak caya aku dah ada anak. hehehe.. 

Laki aku nangis. terharu kot tenok bini dia gagah perkasa nak keluarkan seketul manusia.

Lepas laki aku azankan semua nurse amik pergi bersihkn. Kena jahit 2 jahit sebab aku mintak nurse gunting ckit. Memandai je aku ni. Hehehhe.

Dah setel semua, nurse bagi aku minum susu. 

Kul 4.00pgi naik ward. Masa nk turun stretcher aku booooooooooooorrr muntah.. hehhehe.. 

Pastu aku tdo.

Sekian cerita beranak aku.

Cerita pantang aku malas

Monday, January 9, 2017

Penyusuan Susu Ibu - Persediaan Awal

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentangsusu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.(Wikipedia)

Masa pregnant dulu, aku dah set awal awal nak menyusukan anak aku sehingga dua tahun penuh. Sebab MIND SET adalah sangat penting untuk menjayakan penyusuan ibu dimana MIND SET merupakan the best MILKBOOSTER.

BREAST PUMP

Aku dah banyak mencari ilmu penyusuan susu ibu dengan bertanyakan kepada kawan kawan aku yang support breastfeeding. Ada yang bagi cadangan untuk aku mulakan dengan beli pam dulu. Tapi one of my colleagues cakap no need beli pam dulu sebab kita tak tahu susu kita ada or tak. (Nampak tak itu negative mind set). Aku minta 2nd opinion from another colleague which is dia pun breastfeed anak dia juga (anak dia beza 4months dengan MekBunga aku).

Aku Tanya pasal pam ape yang best. Dia cakap pam ade macam macam jenis. Cuma dia guna Fiffy je sebab silap dia tak study pasal pam before delivery dulu. Dia cakap Fiffy ni suction ok, Cuma agak noisy dan besar. So she suggested me to research more about breast pump. So aku mula like page page online seller Breastpump. Heeee..


Banyak sangat breastpump kat pasaran ni. Sampai aku dah confuse mana satu. Hahah. At last??????????? AKu tak beli sampai la aku beranak. Miahahhaha.

MASA PANTANG

Masa pantang mak aku dah tanya tak naka ajar ank pakai botol ke? Letak susu dalam tu. Senang nak tinggal pergi kerja. So masa tu aku pun marmet la. Punya la lenguh nak dapatkan 3 oz tuu. Yelah, dalam pantang kan badan kita tak sihat sangat, so malas pun bermaharajalela la. Then lepas dari kemalasan aku nak marmet tu, terus aku godek2 balik FB cari seller Breastpump. So aku beli MALISH LIFESYTLE Masa tu yang ni je paling murah. RM250 free VCOooool beg, ice brick then 6pcs storage bottles.

Lepas dah dapat tu aku pun dengan semangatnya la pump susu. Masa dalam pantang aku takdela lah beria sangat nak buat stock. Sebab bagi aku, confinement is THE BEST TIME TO BONDING with BABY. (Dibu love u MekBunga


Lagi 10 hari sebelum naik kerja baru lah aku start buat STOCK. Sebab nanti nak hantar kat baby sitter. Dapatlah 20 oz. Heee. Ok lah tu dari takde. 


So sebagai kesimpulan nye benda penting aku nak highlight untu this entry bagi menjayakan Penyusuan Ekslusif Susu Ibu :

  1. Mind Set. Kena set kan susu sentiasa ada dan cukup untuk anak kita
  2. Alatan pam. Tolong beli awal untuk elakkan bengkak susu . (tpi kau jangan over mengepam pulak during confinement tu)
  3. Botol susu jangan kerap sangat bagi, Kang anak kau nipple confuse tetiba taknak direct baru padan muka kau jadi EP MOM .
Nanti aku sambung lagi ye. Aku eksaited sangat kalau tajuk susu ibu ni...




<3 .="" akan="" aku.="" aku="" anak="" bagi="" bago="" belah="" botol="" confuse="" je.="" je="" kan="" kang="" kenal="" kerap="" nbsp="" ni="" nipple="" pagi="" petang.="" pulak="" pump="" sebab="" sehari="" sekali="" so="" span="" susu="" tujuan="" untuk="">

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...