Stat Counter

Tuesday, October 10, 2017

Ruang

Mahu kosong
Bukan terlalu lompong
Hanya sedikit ruang 
Untuk luah rasa sayang

Bilang saja ruang bagaimana
Apakah seluas angkasa
Atau hanya setapak kekura
Aku akan sedia

Ini ruang kamu
Luahkan saja apa mahumu
Aku akan tunggu
Dengar saja katamu


Kataku.....
Apakah engkau milikku?
Hanya aku?
Bukan dia atau mereka?
Katamu 'iya'
Tapi aku curiga
Apa benar?
Jika benar kenapa harusnya begini
Aku kekanan engkau kekiri
Kenapa langsung tidak selari?
Tidak bernafas sama melodi?
Dusta..
Janji tinggal janji
Sepi...
Kian kemari
Aku lari




Monday, October 9, 2017

Peyusuan Susu Ibu - Breasfeeding

Hari ni nak share pengalaman tentang perjalanan penyusuan susu ibu untuk my lil flower-Airis.

Memang before beranak dah niat dalam hati nak lengkapkan 2 tahun setengah susu ibu without any formula milk.

Pengalaman  Pertama

Masa tu lepas deliver. After got skin to skin dalam labour room tu nurse suruh bf my baby. Subhanallah. Rasa macam "eh dah jadi mak. Eh macam ni ke nak bf ank" lol. hahah. Biasalah, pengalaman pertama kan.

Memula tu susu tak banyak lagi. So my mom urut susu. Ya allah sakit nye. Masa tu cikB tengah bengkak then mymom pergi urut. RAsa sakit nya subhanallah. Indah betul sakit tu. Rasa nak tampar je tangan tukang urut tu (my mom)-tapi kang durhaka pulak daku :P

Masa tu tak terfikir pon nak beli breastpump. So agak sakit bila ank tidor susu meleh. Husband beli manual pump, daku rasa mcm tak memberi kesan je. Ceh, padahal diri sendiri noob. ☺☺☺

Lepas beberapa puluhan hari baru beli MALISH LIFESTYLE BREASTPUMP. Masa ni tu je paling murah. (sekarang ni RM30 dah dapat dah)

Dan dekat akhir akhir pantang tu mula buat stock. Aku tak kejar stock, aku buat ikut demand anak. Masa tu anak minum 1.5oz nd sekali pump dpt 3 oz. ok cukup la utk 2x minum.

Pumping Masa Kerja

Aku buakn sejenis buat stock banyak dalm peti ais. Moto aku "Feed baby not fridge" gitttcheww. hahah. So everyday aku akan pump. Jadual aku takde. Sukahati aku je nak pump. Cik B sakit baru aku pum. Sebenarnya itu teknik yang salah, sebab nanti kita akan banyak foremilk which is susu yang banyak mengandungi air bukan lemak. (hindmilk)

Image result for hindmilk

Kat opis macama mana aku pump? Boss ok ke? Kawan kawan opis ok ke?

Alhamdulillah bos aku ok sebab aku tak kacau waktu kerja. Aku pump dan dalam masa yang sama aku buat kerja jugak. So tak de masalah la. 

Macam mana aku pump? 

Aku tak guna pon nusring cover sebab bagi aku macam tak secure. So macam mana? Aku pakai telekung. Hahahah. Confirm secure. 

Gune freemie kah? Oh tidak. Aku guna je malish aku tu. So kena pegang la? Oh tidak. Aku gantung je kat bra. Dan tuai. Tunggu penuh masuk plastic storage. Setel. 


Cabaran

Cabaran aku bila orang sekeliling dok provoke suruh bagi FM. Aku senang je jawab "sorry la. tak mampu nak beli , minum yang free je la" . Sebab aku memang dah niat nak bf anak aku.

Cabaran lain bila anak aku refuse botol. Mungkin silap aku kot. At 1st dia ok je, tapi aku ni obses dengan botol2 cantik. Aku main tukar je botol. Aku beli 2 bijik botol Comotomo, sebijik RM75 (gigih mak). At last anak aku refuse SEMUA botol. Padan muka aku  :P. So lepas 9 bulan umur anak aku, dia minum guna cawan je. Bagus anak aku ni . Macam dibu jugak :)


Tips Nak Banyakkan Susu Badan


  1. Minum banyak air. (there no such milkbooster suppliment or what) raw food is the best booster
  2. kenal pasti kita punya milk killer. Kalu aku , milk killer aku is kobis.
  3. dapatkan support dari orang sekeliling terutamanya SUAMI
  4. suami tolong faham isteri yang menyusu ni sangat penat. Sila ringankan tulang anda untuk membasuh peralatan penyusuan 
  5. Ibu menyusu hendaklah sentiasa positive. Stress boleh menyebabkan susu drop. Ibu stress ank minum susu stress.



Now anak aku dah 2 tahun 7 bulan, masih lagi breastfeed. Sekarang tengah nak try wean off . Tapi aku is tak sampai hati.

Kang dah berjaya wean off aku share pulak cara wean off.

akhir kata, selamat berbreastfeeding. Keep it up moms.


Saturday, October 7, 2017

Weekend Getaway

Hari ni plan nak g PD. Semalam try contact a few Homestay . Not so good la, full.

Luckily around 6,30pm yesterday try call satu ni and got 1 homestay. Alhamdulillah

1st tu ingat tak nak bermalam. Ingat nak balik hari je tapi my twin nakfollow dengan baby lagi so i decided to sewa homestay.


So ni owner tu hantar gambar. Aku tak sampai lagi, so takleh nak review.

Lepas ni la kita review ye.

 

Friday, October 6, 2017

Friyay

09/02/2016 Everyone have a fun, relaxing and safe Labor Day Weekend! #FriYAY #CJRealtors


today is friday.
tomorrow saturday
i work halfday
not so yeay

Hanya satu lagu

Pernah tak dengar satu lagu tu, minda menerawang mengimbas memori? Tak kira memori sedih suka duka or pape la.

Pernah tak?

Macam ni.

Tadi on playlist kat Youtube. Rasanya tadi click lagu2 Greenday. Tiba2 keluar lagu2 A7X. Hahaha. Tiba tiba.

Menerawang jauh 9years back. Masa tu aku praktikal kat Philleo Damansara1. Tengah taking off dan layan YM. Yess masa tu YM tengah in and Facebook pun dah mula muncul. Ada satu kenalan YM tu sent link lagu Dear God. AKu ni tidak le gemar lagu2 English, tapi macam boleh layan lagu ni.

Eh, MCR pun aku layan jugak.

I don't love you mengingatkan aku kpd seorg teman masa form 6. Yess sampai sekarang masih berhubung. Zamharil . Hahaha.. Dia suka lagu tu kot. Sebab dia kene reject kat crush dia. Huhuhu. Padan muka. Lagu tema la kot.

Kalau aku dengar lagu radio klasik, serasa seakan aku berada dalam video music hitam putih. Nyanyi bersama Rokiah Wanda..  "cinta apakah tandanya jika engkau hanya mempermudah kata saja"

Mesti antara kita ada SATU LAGU yang seakan sama kejadian dengan hidup kan? Cuba share lagu ape.



p/s : aku lagu ciptaan sendiri yang aku hampir lupa lirik (Tajuk kembali)



Tuesday, October 3, 2017

Tulis Lagu

Kalau tanya kat komposer macam mana dapat ilham, mesti jawab masa tgh berak, smoking, tgh malam la apa la.

TAPI!!!

Ada jugak lagu dihasilkan dari pengalaman.

Aku ada kawan yang tahu main gitar dan dia ada buat lagu. So lagu dia agak boleh tangkap halwa telinga la.

So aku cuba jugak buat lagu. (Konon nak masuk AJL) hahahah..

It is about 5 yeras ago kot, Masa kat uni. Ada buat 2 lagu. Melampau. Macam la diri ini seketul M.Nasir.  ☺☺


1st lagu tajuk Kuasa Hati.kawan aku yang bagi tajuk. kawan agak rapat.  (alamak langsung sepatah haram dah aku tak ingat apa lirik) hahaha

....lallalalalala lalalala namun kupertahankan cinta ini bla bla bla. lupa


2nd tajuk kembali. (yang ni ingt satu dua lines je. almaklumlah 5 tahun lepas. tak pernah keluar radio, so aku sendiri selaku penulis lirik pon dah lupa.)

" ku ingin kembali jadi suri hatimu, ku ingin kau kembali jadi wira hatiku"

hahaha. tulis lagu zaman frust. so lagu mengharap la ye dok? mihmihmihmih. Walaupun...........nan hado.

ade pernah buat clip vid dulu, aku upload kat FB lama aku, FB lama dah aruah seiring dengan aruahnya percintaan. hihihihih. dah xde copy dah. Nanti la aku cuba tanya penulis lagu dan penyanyi kot2 ade lagi record.





.........

sekadar menambah entry

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...