Stat Counter

Wednesday, October 11, 2017

Buli atau Ambil Kesempatan

In history the greatest people were the ones that stood strong and tall against a tyrant. We should all stand up for the weak even if we are the only ones because eventually people will realize that you are on the right path and they will join you. Standing up against bullies can be hard to do but you should find the courage inside you and say something.


Agak kanak-kanak sebenarnya keadaan ni, tapi aku kena luah jugak. Hahahah.. Takleh pendam. Biasanya aku tulis kat blog dan save in DRAFT. SO yang ni tengok la masuk DRAFT atau aku PUBLISH. hahah Bagi aku, perasaan yang aku pendam ni, aku takleh simpan, aku kena luah dengan apa jua cara waima taip then delete, tulis kat buku pastu aku koyak balik. So now sebab aku rasa nak taip, aku tulis dalam blog.Samada aku ni golongan yang mudah dibuli atau golongan yang sering mudah diambil kesempatan.

Kenapa tak share je dengan HUSBAND? Hurmm., untunglah kalau dia nak dengar benda remeh temeh macam ni. Hahahaah.

Bagi yang tak kenal aku, pasti akan cakap aku sombong dan garang. Air muka aku kot. Hahaha. Tapi sebenarnya aku seketul manusia yang mudah didekati. Aku pula jenis mudah kasihan. Aku tak boleh tengok orang susah. Terutama sekali dengan perempuan mengandung.(baik nya aku)


Now aku rasa macam dibuli. Eh Ke kena amik kesempatan. Haa macam tu la.

Cut the crap.

Aku sekarang lunch sesorang je. Bukan takde kawan atau kena pulau ke apa, tapi hakikatnya aku ni macam diguna bila perlu SAHAJA. Dulu aku datang keje naik motor je dengan laki aku then lunch pon dekat2 area opis je. Pastu aku kesian ngan kawan aku ni dah muak dengan makanan sini so aku decided bawak kereta sebab senang nak keluar jauh sikit. Aku kesian sebab dia pregnant. Kena makan makanan yang baik. 

Selama pregnant tu aku dan dia keluar makan jauh. Aku tak pernah bawak bekal even aku masak pagi  tu. Sebab? Sebab aku tak nak nanti dia kena keluar makan sorang2. Aku kesian. Kalau aku beli nasi as bekal makan tengah hari pun, aku akan belikan jugak kat dia. Sebab kalau aku tak keluar, dia pon tak keluar dan makan jajan je. Kesian baby itu :)

Ok pendekkan cerita.

Bukan sekali kau suarakan kebimbangan pada cinta.............. eh. tetiba nyanyi lagu Ziana lak. :P

Aku ni kena banyak kali jugak la. Dia bawak bekal, pastu dah dekat waktu lunch baru di gitau dia taknak keluar. Padahal aku sepatutnya keluar mkn ng kawan aku yang lain, tapi aku cancel sebab aku taknak dia sesorang. Even kalau husband ajak pun aku refuse sebab mcm aku cakap tadi aku taknak dia sendiri. Ok 1-0.

Cut to short lagi.

Yesterday all my troubles seemed so far away.Now it looks as though they're here to stay.Oh, I believe in yesterday.(The Beatles :P)

Semalam dekat pukul 1 tu aku cakap kedai biasa tu tutup, so kita nak makan mana ni? Nak keluar jauh or makan kat area opis je? Dia cakap " Dia tak nak keluar sebab dah bawak bekal" kau rasa?

Sedih jugak sebenarnya aku rasa. Ye la selama ni aku tak nak dia susah , makan sorang sorang ke apa, Aku bawak makanan untuk dia if aku bawak bekal. So semalam aku makan sorang. Aku tak kisah pun sebab aku ok je #foreveralone. Dah biasa.

Aku tak tahu apa aku nak cakap ni sebenarnya. Tapi tu la, aku nak luah je. Hahahah. Aku rasa aku ni semacam diambil kesempatan atau kena buli.







Tuesday, October 10, 2017

Selidik

Suddenly she realized that what she was regretting was not the lost past but the lost future, not what had been but what never would be. F. Scott Fitzgerald.


pernah terfikir tak nak selidik balik cerita yang disampaikan oleh seseorang tu either betul atau tak? mesti pernah tapi tak buat kan? Haa, selamat menjadi seperti aku la.

Dulu aku used to telan je cerita ade seorang kawan tentang seorang kawan. Aku namakan  A dan B. 

A ada cerita yang si B ni seorang yang teruk. Buat jahat kat anak dara orang,. Check in hotel bagai. Dan aku dengan bongoknya percaya TANPA usul periksa dengan bertanyakan pada si B. Aku blah tanpa bagi  peluang utk si B cerita benda sebenar.

Dan aku percaya cerita tu sampai sekrang sehingga lah aku berani untuk bertanya sendiri kepada si B. Yess dah terlambat dah sebenarnya. At least aku cuba untuk jernihkan balik persahabatan kami. 

Dan rupanya dia kena fitnah. Oh man. 7 tahun aku percaya dia betul betul buat benda tu. Alhamdulillah sekarang aku dah tahu duduk perkara sebenar.

Untuk si B, aku mintak maaf eh. Aku tak tanya kau awal-awal dulu. Sepatutnya sebagai sahabat aku kena lebih percayakan kau dari orang lain. Tak semena-mena putus persahabatan.

Moral :

Kita jangan cepat melatah dan terburu-buru dalam apa jua keadaan. Pastikan ianya betul sebelum kita menghukum.

Lesson learned!!

Ruang

Mahu kosong
Bukan terlalu lompong
Hanya sedikit ruang 
Untuk luah rasa sayang

Bilang saja ruang bagaimana
Apakah seluas angkasa
Atau hanya setapak kekura
Aku akan sedia

Ini ruang kamu
Luahkan saja apa mahumu
Aku akan tunggu
Dengar saja katamu


Kataku.....
Apakah engkau milikku?
Hanya aku?
Bukan dia atau mereka?
Katamu 'iya'
Tapi aku curiga
Apa benar?
Jika benar kenapa harusnya begini
Aku kekanan engkau kekiri
Kenapa langsung tidak selari?
Tidak bernafas sama melodi?
Dusta..
Janji tinggal janji
Sepi...
Kian kemari
Aku lari




Monday, October 9, 2017

Peyusuan Susu Ibu - Breasfeeding

Hari ni nak share pengalaman tentang perjalanan penyusuan susu ibu untuk my lil flower-Airis.

Memang before beranak dah niat dalam hati nak lengkapkan 2 tahun setengah susu ibu without any formula milk.

Pengalaman  Pertama

Masa tu lepas deliver. After got skin to skin dalam labour room tu nurse suruh bf my baby. Subhanallah. Rasa macam "eh dah jadi mak. Eh macam ni ke nak bf ank" lol. hahah. Biasalah, pengalaman pertama kan.

Memula tu susu tak banyak lagi. So my mom urut susu. Ya allah sakit nye. Masa tu cikB tengah bengkak then mymom pergi urut. RAsa sakit nya subhanallah. Indah betul sakit tu. Rasa nak tampar je tangan tukang urut tu (my mom)-tapi kang durhaka pulak daku :P

Masa tu tak terfikir pon nak beli breastpump. So agak sakit bila ank tidor susu meleh. Husband beli manual pump, daku rasa mcm tak memberi kesan je. Ceh, padahal diri sendiri noob. ☺☺☺

Lepas beberapa puluhan hari baru beli MALISH LIFESTYLE BREASTPUMP. Masa ni tu je paling murah. (sekarang ni RM30 dah dapat dah)

Dan dekat akhir akhir pantang tu mula buat stock. Aku tak kejar stock, aku buat ikut demand anak. Masa tu anak minum 1.5oz nd sekali pump dpt 3 oz. ok cukup la utk 2x minum.

Pumping Masa Kerja

Aku buakn sejenis buat stock banyak dalm peti ais. Moto aku "Feed baby not fridge" gitttcheww. hahah. So everyday aku akan pump. Jadual aku takde. Sukahati aku je nak pump. Cik B sakit baru aku pum. Sebenarnya itu teknik yang salah, sebab nanti kita akan banyak foremilk which is susu yang banyak mengandungi air bukan lemak. (hindmilk)

Image result for hindmilk

Kat opis macama mana aku pump? Boss ok ke? Kawan kawan opis ok ke?

Alhamdulillah bos aku ok sebab aku tak kacau waktu kerja. Aku pump dan dalam masa yang sama aku buat kerja jugak. So tak de masalah la. 

Macam mana aku pump? 

Aku tak guna pon nusring cover sebab bagi aku macam tak secure. So macam mana? Aku pakai telekung. Hahahah. Confirm secure. 

Gune freemie kah? Oh tidak. Aku guna je malish aku tu. So kena pegang la? Oh tidak. Aku gantung je kat bra. Dan tuai. Tunggu penuh masuk plastic storage. Setel. 


Cabaran

Cabaran aku bila orang sekeliling dok provoke suruh bagi FM. Aku senang je jawab "sorry la. tak mampu nak beli , minum yang free je la" . Sebab aku memang dah niat nak bf anak aku.

Cabaran lain bila anak aku refuse botol. Mungkin silap aku kot. At 1st dia ok je, tapi aku ni obses dengan botol2 cantik. Aku main tukar je botol. Aku beli 2 bijik botol Comotomo, sebijik RM75 (gigih mak). At last anak aku refuse SEMUA botol. Padan muka aku  :P. So lepas 9 bulan umur anak aku, dia minum guna cawan je. Bagus anak aku ni . Macam dibu jugak :)


Tips Nak Banyakkan Susu Badan


  1. Minum banyak air. (there no such milkbooster suppliment or what) raw food is the best booster
  2. kenal pasti kita punya milk killer. Kalu aku , milk killer aku is kobis.
  3. dapatkan support dari orang sekeliling terutamanya SUAMI
  4. suami tolong faham isteri yang menyusu ni sangat penat. Sila ringankan tulang anda untuk membasuh peralatan penyusuan 
  5. Ibu menyusu hendaklah sentiasa positive. Stress boleh menyebabkan susu drop. Ibu stress ank minum susu stress.



Now anak aku dah 2 tahun 7 bulan, masih lagi breastfeed. Sekarang tengah nak try wean off . Tapi aku is tak sampai hati.

Kang dah berjaya wean off aku share pulak cara wean off.

akhir kata, selamat berbreastfeeding. Keep it up moms.


Saturday, October 7, 2017

Weekend Getaway

Hari ni plan nak g PD. Semalam try contact a few Homestay . Not so good la, full.

Luckily around 6,30pm yesterday try call satu ni and got 1 homestay. Alhamdulillah

1st tu ingat tak nak bermalam. Ingat nak balik hari je tapi my twin nakfollow dengan baby lagi so i decided to sewa homestay.


So ni owner tu hantar gambar. Aku tak sampai lagi, so takleh nak review.

Lepas ni la kita review ye.

 

Friday, October 6, 2017

Friyay

09/02/2016 Everyone have a fun, relaxing and safe Labor Day Weekend! #FriYAY #CJRealtors


today is friday.
tomorrow saturday
i work halfday
not so yeay

Hanya satu lagu

Pernah tak dengar satu lagu tu, minda menerawang mengimbas memori? Tak kira memori sedih suka duka or pape la.

Pernah tak?

Macam ni.

Tadi on playlist kat Youtube. Rasanya tadi click lagu2 Greenday. Tiba2 keluar lagu2 A7X. Hahaha. Tiba tiba.

Menerawang jauh 9years back. Masa tu aku praktikal kat Philleo Damansara1. Tengah taking off dan layan YM. Yess masa tu YM tengah in and Facebook pun dah mula muncul. Ada satu kenalan YM tu sent link lagu Dear God. AKu ni tidak le gemar lagu2 English, tapi macam boleh layan lagu ni.

Eh, MCR pun aku layan jugak.

I don't love you mengingatkan aku kpd seorg teman masa form 6. Yess sampai sekarang masih berhubung. Zamharil . Hahaha.. Dia suka lagu tu kot. Sebab dia kene reject kat crush dia. Huhuhu. Padan muka. Lagu tema la kot.

Kalau aku dengar lagu radio klasik, serasa seakan aku berada dalam video music hitam putih. Nyanyi bersama Rokiah Wanda..  "cinta apakah tandanya jika engkau hanya mempermudah kata saja"

Mesti antara kita ada SATU LAGU yang seakan sama kejadian dengan hidup kan? Cuba share lagu ape.



p/s : aku lagu ciptaan sendiri yang aku hampir lupa lirik (Tajuk kembali)



10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...