Stat Counter

Showing posts with label awesome. Show all posts
Showing posts with label awesome. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Mee Udang Galah Banjir Kuala Selangor : Review

Salam dan selamat pagi.

Semalam aku dan suami pergi ke Tanjong Karang nak bisit my fren bersalin. She got twin boy. Hye Zariq and Zarif. Tido je keje awk :P

Ok plan memang nak ke Kual selangor sebab tetiba macam terliur  je tengok Mat Dann makan mee udang galah fresh. Mat Dann mana? Ala mat salleh yang terror loghat Terengganu tu la. Aku tengok dia makan dalam rancangan travelog "MAT DANN KAKI JALAN' macam sedap je. Udang yang bapak besar :).

So semalam masa on the way nak ke Tanjong Krang tu, mata memang meliar tengok kiri kanan cari kedai tu. :D. 

Add caption

semua menu kat sini berasaskan udang. So untuk penggemar udang memang sangat "suggested" la .

ni senarai menu dan harga :)

so aku dan suami order mee udang sederhana dan mee goreng untuk si kecik #airisadelia.

ni mee goreng. ada udang jugak ;)

ni mee udang. 

kuah dia pekat sangat. Rasa masam, masin , pedas semua complete. Just nice orang putih kata . heheh. Suami aku cakap lagi sedap dari mee udang Kuala Sepetang Makjah tu. Tapi aku lagi suka yang Makjah tu. Ye la taste masing masing. Yang ni ada empat ekor udang galah size sederhana. (empat ekor tu sikecik habiskan semua. ibu and ayah makan kepala udang :P)


yang ni selepas beberapa minit

kat sini jugak disediakan surau. so untuk yang datang dari jauh tu, no worries yer dear. takdenye kita terkejar kejar nak solat. Semalam sebab on the way nak balik tuh dah around 6.30pm then sampai kat kedai ni pun around MAgrib. So aku tinjau2 kawasan la sikit. Tengok ada surau,, solat dulu. 

Surau selesa boleh memuatkan dalm 8orang untuk sesuatu masa.


As a conclusion, agak berbaloi la aku datang dari puchong makan kat sini. So boleh bawak famili datang ye.





Tuesday, July 1, 2014

B2B : Wedding Dress

Hai.. Setelah sekian lam tidak mencoret dalam belog bersawang ni, tetiba datang kerajinan nak hupdate. Ni pun nak  dijadikan kenangan anak cucu nanti.

Kot la nanti cucu tanya "Tok Mummy, macam mane baju kawin Tok Mummy masa nak kawain ngan Tok Ayah dulu?" [nampak tak Mummy and ayah?? Jelas di situ saya ni overrrrrrr]

Baik lah cu... Ni ceritanya..

Masa dulu...............................


Godek- godek instagram. cari hashtag #bajupengantinmurah. Maka keluar la banyak gegambar yang menarik. dan yang palin menarik perhatian ialah yang ada caption " Murah Cantik... Ikut budget anda"

Terus follow then ambil number phone then whatsapp...

maka berlakulah perbiincangan dari segi desugn, warna dan paling penting HARGA!!!!


so I decide warna TIFFANY BLUE since i memang pencinta biru yang saaaaaaaaaaaangat over!!!!

So after da confirm semua, dalam beberapa minggu siap baju i.. hehehh.. Then i ngan sidia (eceh..) pergi fitting. Oh by the way, i punya designer ni baru je habis belajar Fashion kat UiTm dan butik dia buat kat rumah...

Ok g fitting ada problem sikit to my dress..

Yess.. KETAT... Tailor terpaksa alter ye.. TAILOR yang perlu bersusah payah,, Dan bukan I yang harus diet.. Yeahhhh!!!!

ketat... ambik gambar sambil duduk.. Abaikan muka bajet cute sebab sidia yang gedik nak ambik pic ni.. Motig sangat.


Dan lepas tu, kami balik sebab I kena naik Genting. Masa tuh kena dok site Genting.

After 2 weekssss,, Baju I siap.. Dengan jaya nya.. ngeh3.. Yang tuh tunggu next entry... Kasi suprise sikit.. KONON!!!


Friday, February 28, 2014

Bride to Be

Waahahah..Tajuk tak boleh naka blha.. Bride Tp Be...


Oh by the way ingat nak buat lagi satu blog bride to be.. ye lah nak conteng journey activities before wedding.. untuk tatapan anak cucu nanti.... nak tulis diary rasa macam old school sangat... so keputusan nya, saya nak campur adukkan blog ni ng blog B2B tuh.. boleh kan???

(boleh je sebab ni mu blog and bukan ada yang baca pun,,)


PENGUMUMAN!!!!!



SEJAK BILA RAJIN MENAIP NI???


SEJAK HARI INI :)


Ok bye...



p/s: tak best

Friday, July 5, 2013

Umur 25 tahun Jerawat

Salam Jumaat guys!!!!.

Sekian lama tidak berbelog baru la terajin kan diri nak menaip.. well before ni bukan tak ada idea, idea berlambak jah mencurah-curah ke ladang gandum..hikhikhik.. tapi malas nak menaip tuh la membuatkan belog mokcik ni bersawang (oloh,,xdop sapo kesoh pong ngan belog mu duhai cik oggy)

hari ni mokcik nok bobey pasal perubahan usio dengan keadaan fizikal wanita..eceh,,stail nk kecek macey pakar pulop..

Gini ceritanya..

p/s: maaf..bahasa rojak kelate and melayu baku.. huhuhu..(kekok booohhhh)

Dulu mokcik mempunyai kulit muka yang gebu , lembut, mulut, licin, tanpa sebarang biji-biji samoado biji jerawat atau segalo aneka bintik putih, hitam kuning mahupun biru kala pebret mokcik :P.. Oleh sebab itu, mokcik tidak memerlukan sebarang penjagaan alat kosmetik untuk muka mokcik yang cantik seperti mokcik nyoho di atas tadi.

zaman remaja orang lain serabut dah dengan jerawat di muka, namun mokcik masih lagi bulih berbangga dengan kembang hidung yang mokcik tiada jerawat. kalau ada extra class untuk preparation SPM , mesti dalam beg masing-masing ada sejenis pencuci muka. biasa zaman remaja dulu, sain-sain mokcik pakat pakai FAIR N LOVELY sebab murah..bajet pelajar sekolah kan.. ataupun sabun susu kambing and sabun betik yang harga RM2 seketul bulih pakai samapai dua bulan..heheh... TAPI!!!!!!!!!!!!!!! mokcik tak perlu pakai apa-apa..

dan kemulusan muka mokcik berpanjangan sehingga lah usia mencecah 24 tahun..

Setelah mokcik menginjak usia 24 tahun, cik jerry (nama manjo jerawat) mula nak berkenalan dengan mokcik. Ok fine!! Salam perkenalan Cik Jerry,!!!

NOW!!! Cik Jerry bertambah akrab dengan mokcik..hampir setiap penjuru dan ruang muka mokcik yang lembut tuh Cik Jerry ziarah.. tapi mujur jenis cik jerry yang xbernanah tu.. <3 font="">

then setelah kakak mokcik serta orang sekeliling mokcik menegur muka mokcik terlalu akrab dengan cik jerry, mokcik pun mencari alternatif untuk memutuskan silaturahim mokcik with cik jerry..

produk cuci muka pertamo mokcik try ialah ANEW beli di AVON tuh.. oh sungguh sedak pakai mugotuh sebab dia macama da biji-biji yang bisa digunakan untuk menyental segala bagai daki terkumpul di muka mokcik.. sempat jugop la habis dua tube ANEW tuh. dan sangat berkesan menghilangkan jerawat, tapi dio buat kulit jadi kering. kulit kering yang telah menyebabkan Pokcik Jeragat nak berkenalan. sorry Pokcik Jeragat,,sayo taknak kawan ngan awak..bukan muhrim :P

pahtu mokcik tukar pulop pakai NIVEA VISAGE.. adeihh.. tu pun habis dua tube jugak, tapi at last Cik Jerry nak kawan balik ngan mokcik.. Mokcik with kembar mokcik pun tukar guna NANO WHITE pulak.. yang tuh memang tak habis sebab muka makin teruk.


So sekarang mokcik baru beli hak baru. GINVERA..hahah..harga RM 8.50,, loni dalam proses mencuba. dan mokcik akan pakai bedak sejuk setiap malam.. tujuan tak tahu untuk apa, tapi mok mokcik cakap bedak sejuk bagus untuk muka..hahahah..so mokcik try la..

aduuh..panjei plop mokcik bobei..hehhe

bye..(penutup tak beradab)

Tuesday, March 26, 2013

Addicted To Green Apple

Salam guys!!!!

 Pergh tajuk tak leh blah.. Nak jugak tajuk in English...huhuhu..

Well, as usual..aku ni meme la pelik sangat.. Bukan ape, saje nak mempelbagaikan kelainan diri aku...




Aku tak tahu la kenapa aku tak boleh telan sebiji buah epal hijau  atau ape jenis epal la.. Aku tak suka makan buah epal.. Entah la, aku rasa macam tak lumah jah aku kunyah benda alah itu.. Aish...

One day, aku gitaw kat a friend of me that aku ni tak makan epal, and she said 

`Ox aloh la.. kampung molep mung tok make epal`

Then aku jawab la ` Kampung gaponyo, masalahnyo, durian pon aku tok make jgop`..hehhehe


tapi kan, aku tak tahu la kenapa aku ni tersanagt lad ADDICTED to GREEN APPLE punya bau.. hehhe...
and op kos la the best perfume is DKNY Be Delicious yg kala ijau tuh... bau sangat la semerbak..

heheh..

and disebabkan aku ni tak bulih nak telan kalu makan apple hijau tuh, aku pon amik inisiatif lain untuk mendapatkan segala zat epal hijau yang memang da pemes dengan :

zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Aku buatkan nya jus.. pelik pulak.. Bulih pulak aku telan...hehhe...


Then segala bagai barangan berbau epal hijau pasti mendapat perhatian aku. Pencuci lantai pun aku nak jugak yang epal hijau.. Berebut ng mak aku yang lebih sukakan bau LAVENDER..hehhehe...





 dan aku sedang mencuba untuk belajar memakan epal hijau.. aishh...
 

Wednesday, July 4, 2012

Islam itu Mudah dan Tidak Membebankan.

Assalmualaikum.. morning semua..


Argh fresh je rasa hari ni datang keje..Kenapa??sebab semalam saya cuti..heheheh..

So hari ni bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai sabun...hehehehe..

then siap siap pakai baju kompeni..tengok jam masih awal..baru pukul 8 pagi..

then nak ambil masa untuk ke opis agar tak terlalu awal baje macam nak jadi straff terbaik of the year tu memang tak la kan, so saya on tibi kecik size 12 inci lubang hidung lembu..amik remote tehn cari channel best..

TV3 waaaaaah!!!!!!!!!!!RAHMAT EKAMTERA La..dia pakai jubah..hurm, lately ramai je retis Malaysia dah hijrah ke arah yang lebih baik.hehehhe..ALHAMDULILLAH..


Rahmat tu tadi pakai jubah hitam, katanya nak amalkan sunnah Rasulullah S.A.W and dia nak promoto album baru dia yang berkonsepkan ketuhanan..

Pastu dah habis je pasal rahmat tu, tukar TV9 plak..tengok PESAN ATOK..heheheh..rancangan untuk kanak-kanak (harus lah untuk saya yang baru menginjak dewasa ni)hehehhe...


Tadi ada adik beradik. Lelaki. Kecil.. Comel. Pakai jubah. Ketayap..Alahai kiutnya kau budak, macam nak gigit je pipi tu...

Sirang nama Abdul Rahman (5 tahun), dan sorang lagi Abdullah (3Tahun)...APe dorang buat kat rancangan tu??


AWESOME!!!!!!!!!!!!!!!


Budak yang tiga tahun tu hafaz surah Taba...

Walaupun sebutan tidak begitu jelas, tapi saya sangat la terpegun bagai meniti jambatan emas..aish...leleh air lir dilap dengan tudung..hehehhe...


Dan ucapan kepada mereka.semoga berjaya..


akak saaaaaaaaaaaaayang adik chomel..(tetibe akak)hehheh


nota kaki tanpa cagu : Doa saya moga bakal anak saya soleh dan solehah mcm aii..erk???

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...