Stat Counter

Friday, February 3, 2017

Cara Buat Ayat Iklan Yang Menarik Minat

Salam tengah hari. Jumaat. Da Kahfi belum :)

Hari ni aku nak share Tips untuk buat Headline Iklan Yang Menarik Minat untuk membaca. Yang ni aku dapat masa aku attend course Facebook Ads last week. Bos yang anto aku attend. Entah apa tujuan pun tak tahu. Langsung tak sync dengan jobscope aku as a QS. Tak pelah, dah dia anta aku g je la. Best jugak. Lagipun aku ada buat biz online pun :D


Ok. Untuk dapatkan headline yang bagus, dia ada 7 elemnts yang korang boleh pilih untuk get the best Headlines iklan korang.


  1. Urgency
  2. Benefit
  3. USP-unique Selling Price
  4. Story Telling
  5. Problems
  6. Assurance
  7. Feedback.
Ok meh aku terang kan one by one.

Urgency
Ok. urgency ni kita selitkan ayat macam mengugut. Mengugut yanag positif. Contohnya macam bagi deadline.

Contoh : "Cepat. Dapatkan sekarang. Promosi berlangsung sehingga 15hb SAHAJA"

  • 15hb SAHAJA itulah yang dinamakan urgency. Dimana kita tetapkan deadline untuk customer dapatkan poduct kita within time yang kita tetapkan. 
  • Pernah nampakkan YEAR END SALES sehingga 31/12/16 atau Voucher ini SAH sehingga March Sahaja. Macam tu lah. Paham ke idokkk :P

Benefit
Benefit ni rasanya semua boleh common sense kan? Of course la kita state kita nya product kan? Tapi jangan kau letak semua 1000 benefit product kau tu.. yang tu memang orang nanhado nak bace.

USP- Unique Selling Point
Yang ni aku macam agak blurr sikit. Yang aku paham, kat headline kita tu kita letakkan keunikan product kita yang tak ada kat product lain. Contohnya kau buat product Feminine Wash. Berjuta brand kot feminine wash kat pasaran. Kat sini kau kena tekankan kelebihan product kau daro segi kandungan bahan, benefit, harga dll.

Contoh 

  • Product A - Bunga Feminine Wash. Mengurangkan keputihan and so on. Harga lagi murah dari product kau. Contoh la.
  • Product B - Permata Sunti Herbal Wash. Mengurangkan keputihan and so on. Juga boleh mengecutkan buasir.
Nampak tak beza dia kat mana? Dari segi benefit dia. Korang boleh jugak letakkan kandungan bahan dlm produk korang.

Story telling
Yang ni paling best. Senang.Korang taip je apa yang korang nak cerita. Seolah olah kawan korang kat depan tu. Then korang cerita la.

Contoh 

" Hujung minggu hari tu aku bangun pagi. Lapar. mandi semua aku siap siap nak keluar breakfast. Biasa aku makan je dekat kedai Nasik Lemak Pak Leman tu, sedap dan murah. tapi hari ni aku tukar selera sikit. Aku pergi kedai Nasik Lemak Kak Has kat Shah Alam. Aku order nasik lemak sotong. Saja order menu sama ng nasi lemak Pak Leman tu. Senang nak compare. Apple to apple orang kata. Masa aku makan tu , sebak sedih terharu semua ada. Rasa nasik dia sama macam mak aku buta. Rindu mak. Sambal dia pulak pekat, pedas menyengat secukup rasa. Lepas tu aku minum Kopi O. Kopi ori from Sabah katanya. Sedap jugak. Dah siap makan, time nak bayar tu aku dah budget dah mesti dalam RM10 kan? Sotong banyak kot tadi. Alih alih RM6 je termasuk air. Murah beb. nanti weekend ni aku bawak korang try"


Yang ni story telling. Bercerita. Cakap je pa yang korang rasa nak cakap.

Problem
Problem ni korang boleh start headline tu dengan soalan. Korang konon nak aware tentang masalah sesuatu.

Contoh
  • Anda ada masalah Jerawat? Jerawat anda meninggalkan parut?
Ha macam ni la. Tanay dulu masalh yang berkaitan dengan produk korang. Jangan tanya sal jerawat tapi kau jual deodorant pulak. theeeeee

Assurance

Yang ni lebih kurang korang punya guarantee. Percaya tak semua orang suka kan kalau ada jaminan. Tak kira la jaminan macam man. Perkataan jaminan atau Guarantee tu je dah boleh menarik customer untuk teruskan baca point iklan korang.

Contoh


  • Money back Guarantee if my product not solve your problem within 14days
Feedback

Feedbak ni kita letak testimoni para customer yang guna product kita. testimoni yang dalam perkataan yang mudah.

Contoh 

  • Beratus ratus wanita telah berjaya menguruskan badan mereka dengan menggunakan product kami. Kini giliran anda. Hubungi kami sekarang.
Yang ni kita letak terus sebab kita nak tarik minat mereka dengan cepat tanpa skrol panjang2.


Ok dah setel tentang element untuk buat headlines.

Satu lagi tips nak kongsi. Korang jugak boleh combine kan elemn elemn di atas tu untuk buat satu headline. Korang boleh combine PROBLEM+BENEFIT+USP atau macam2 yang korang rasa sesuai.

Sekrang aku bagi 2 contoh.

  1. JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN!! Masalah keputihan Miss V anda akan selesai dalam masa 5 hari 
  • kat sini aku guna dua element:
                ~JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN- Assurance
                ~ selesai dalam masa 5 hari  - USP

    2.  Anda pengguna lipstik? Tahukah anda kandungan plumbun dalam lipstik anda? Tahukan anda           keburukan plumbum untuk bibir anda? Memperkenalkan Starwberi Lipstik, proct organic untuk          bibir anda.

  • kat sini aku combine 4 headlines
               ~ Anda pengguna lipstik? - Problem
               ~ Tahukah anda kandungan plumbun dalam lipstik anda? - Story telling 
               ~ Tahukan anda  keburukan plumbum untuk bibir anda? - Feedback


dah faham?

Addtional tips
  • sebagai tips tambahan, untuk menarik ramai pelnggan atau pembaca baca iklan anda, buat dalam bentuk point. Takde sape nak baca karangan uols..Heeee      

Ok lah. dah . ini saja tips yang aku boleh kongsikan. Kang kalau nak tanya boleh g facebook aku, atau email aku.

Facebook ; Eira Hamzah
Email        : eirahamzah@gmail.com

Yang ni contoh masa talk hari tu





4 comments:

Akina Scarves said...

Salam ziarah, Jemput singgah ke blog saya akinascarves.blogspot.my untuk menambah koleksi tudung/hijab anda :)

Unknown said...

nicw

Unknown said...

Bole bagi tips cmne nk buat ayat kt kotak lipmatte n mascara

Sabri said...

Hai...bleh bagi tips nak tarik plnggan jual online machine potong rambut

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...