Stat Counter

Monday, November 12, 2018

Pantang Larang Ketika Mengandung?

Image result for upt positif
upt positive
Assalamualaikum.

Tadi tengah scroll facebook, ada keluar satu posting bertanyakan "Boleh tak menjahit masa mengandung?"

Dan aku yang moden ini (hehhehe) macam terfikir "aih mengandung pun kena pantang ke?". Then aku bukak komen banyak kecaman dari komen membina.

Ada yang komen "kalu kena pantang menjahit, macam mana tukang jahit nak cari makan?" etc .

Betul la tu. Pastu ada jugak yang list kan pantang lain antaranya :-

  1.  tak boleh makan masam nanti anak keluar masam
  2. jangan minum kopi nanti anak hitam
  3. jangan menjahit sebab nanti berbelit tali pusat anak
  4. jangan potong buah songsang nanti anak  songsang 
  5. etc
Bagi aku, itu hak masing masing tapi jangan lah kecam. Orang bertanya cuba la jawab dengan menjustifikasi kan reason yang betul dan logic. Sebab kita dibesarkan dan dikelilingi dengan orang orang yang berbeza. So pengalaman pun berbeza la.


Aku pantang ke tak?

Sejujurnya tak. Tapi pernah la mil tegur "eira menjahit?" Sebab aku jahit barut baby masa 1st pregnancy dulu. Siap jahit langsir bangai. Dan alhamdulillah tiada sebarang komplikasi semasa proses kelahiran.


Errrr. So tujuan entri ni ape? hhahahahah

Monday, November 5, 2018

Cerpen : Tidak Sepahit Peria (Part 1)

45tahun dahulu

“Tadi ada orang datang risik kamu Mah. Kamu mahu ke?,” soal Kak Sah kakak ipar Aimah. Aimah diam. Agak terkejut dengan soalan tiba-tiba itu.

Aimah masih lagi ligat memasak lauk tengah hari. Singgang ikan tongkol. Kegemaran abangnya, Zakaria. Sambil lincah tangannya memasukkan segala bumbu kedalam periuk kedengaran suara Kak Sah masih lagi dengan kisah risik.

Bawang putih diketuk, bawang merah dihiris. Lengkuas juga dihiris. Dimasukkan kedalam periuk berisi air. Sekeping dua asam keping dicampak. Hampir mendidih , ikan tongkol saiz sederhana dimasukkan, Api dikecikkan. Periuk ditutup. Selang beberapa ketika, garam dimasukkan. Kunyit diketuk sedikit. Siap .

“Aku tak kisah kamu nak ke tak. Yang ni aku rasa elok orangnya. Kerja kampung, rumah pun hujung kampung tu je. Dekat dengan rumah aku ni,” sambung Kak Sah lagi. “Lagipula Leman ni dah tak ada mak ayah. Kalau kamu kawin dengan dia, dia boleh jaga kamu. Boleh kerja dengan aku,” pancing Kak Sah lagi. Aimah diam.

Tidak mengia tidak jugak menidakkan. Aimah punya pilihan sendiri. Shaari anak Pak Imam. Kerja pegawai kerajaan dekat Kuala Lumpur. Namun Kak Sah tidak berkenan dengan Shaari. Katanya kalau nikah dengan Shaari, Aimah akan ikut suaminya tinggal di Kuala Lumpur. Kak Sah tidak akan benarkan. Nanti siapa nak jaga anak-anak dia yang 6 orang tu. Kemas rumah, masak, basuh kain baju.

“Macam ni la Mah, karang aku bincang dengan Abang Ya kamu. Kalau dia setuju kamu aku nikahkan dengan Leman tu. Dah tak payah piker lagi,” Kak Sah mmbuat keputusan.

Aimah hanya diam. Apa juga jawapan yang dia berikan tak menjadi kudis pun buat Kak Sah. Kak Sah lah yang mencorak hidup Aimah. Selepas kematian orang tua Aimah, dia tinggal bersama Abang Ya dan adiknya Aminah. Dia dan Aminah dibanting tulang menguruskan rumah tangga abangnya dan Kak Sah.

Aimah seorang pendiam dan tidak melwan. A diatur Kak Sah A juga la Aimah. Tidak seperti Aminah. Seorang yang pendiam namun tegas. Aminah bijak mengatur hidup sendiri. Telah bernikah dengan Jalil dan tinggal di Johor Bahru. Lari dari Kak Sah. Tinggal lah Aimah.



“Kak Sah, Abang Leman dah ceraikan Mah. Dia cakap dia tak boleh ikut syarat Kak Sah untuk tinggal kat sini,” adu Aimah setelah diceraikan Leman. Kak Sah diam. Langsung tidak bersimpati dengan nasib adik iparnya. Abang Ya sibuk bekerja, sudah tidak ada masa untuk adiknya. Lagipun menurut isterinya, keadaan baik baik saja.


...................................................................................................................................................................
Kini.

Hari ini genap enam sesi kemoterapi Aimah. Aimah disahkan mengidap barah payudara. Dia yang ketiadaan suami juga anak- anak  menumpang kasih anak Kak Sah. Menjaga anak-anak Kak Sah dari kecil hingga dewasa. Apa lagi yang hendak diharapkan, tuaian kasih yang disemai pada anak-anak saudara sahaja yang dia ada.


"Cik Mah, hari ni Zali datang ambil Cik Mah ye?" ujar Zali anak sulung Kak Sah. Aimah diam. Setuju saja. Kalau tidak mahu, kemana harus dia melangkah? Siapa yang nak jaga dia? Dulu pernah dia tinggal sendiri di Pondok Pengajian Agama. Cuba bersendiri. Namun nasib malang menimpa bila dia disahkan menghidap barah . Suatu pagi semasa dia bangkit untuk ke masjid, tiba-tiba kepalanya pening. Tersilap langkah , beliau jatuh tangga. Kudrat orang tua sepertinya apalah sangat. Paha kiri dia patah. MEngerang kesakitan sendiri dia di rumah. Sehingga lah tengah hari itu Zali datang jenguk. Sejak dari tu, dia terus dibawa tinggal rumah Zali.

Dia syukur, semaian kasih pada Zali dulu dapat dituai.

Aimah pulang kerumah Zali. ...........................................



Bersambung

p/s : xtahu bila pula nak sambung :P







Wednesday, April 11, 2018

Pilhan Raya Umum 14 pada 9 hb May 2018


Nak jugak update pasal pilhan raya. Ramai yang tak puas hati why hari rabu. susah nak apply cuti. Tapi malas nak bobey pasal tu, nak share satu video Halim Yazid je. Ade one of friend request suruh share. sebab dia malu nak ngaku dia BN. Hahahah.




Kegigihan beliau jugak untuk tulis balik lirik. 

Below ni lirik yang dia TAIP SENDIRI agar bisa daku share. Nampak gigih kan beliau?


kito ore kelate , mari duduk di kualo lupo
kijo cari makey,pakat tinggal doh kapung
mano sajo ado peluang,disitulah kita mengunjung
bowok tuah tuboh badan, cari jalan nasib untong

kijo macey2,ado nego makey gaji
swasta kerajaan,gred rendah pangkat tinggi
operator kijo kilang,jadi tokey jadi kuli
03 ic klate, pendek kato rajin sngoti

bukan kuala lupo sajo,pat ore klate cari makan
negeri 9 johor melaka,perak kedah tganu pahang
mano tepat banyok bunga,disitu lebah buat sarang,terbang tinggal la pohon lamo,daun sajo tok leh makey

ore klatey di luar klatey,ramai jugok hok berjaya
cebur bidang perniagaan,doh jadi kayo rayo
macam saing ambo sore,datuk supardi namo dio
tok leh panggil doh jutawan,billionaire baru jolo

maso tinggal kapung lamey,bukey mudoh bukey bcaro
worih waroh saing temey,lepah dgn air mato
tepat jatuh lagi di keney,ini kn pulok klate kito
berat hati langkoh sumbey,angkat kaki tinggal gi jugo

bakpo puok kito,pakat tinggal kapung lamey
tok saye ko ore tuo,nun duk di kapung sore2
skali setahun balik rayo,kalu kiro gak tok padey
nga kita ngaku buko dada,aku ni lah anok klate

kito ore hebat,bakpo g duk rato riti
nk kelik rasa berat,acu tanya diri sdri
apakah sebenar sebab,toksir duduk dlm negeri
mari kito pakat jawab,pakat pikir dale hati

5 tahun sekali,kelik mandi air telago
ibarat bawak benih padi,kalu tabur benih hampo
lepah kito tinggal gi,demo tu letih duk tabur bajo
tunggu sari lepas sari,tengok naik ruput sajo

jange buat nanyo,kena tolong pakat kesian
worih warah saing kito,hok tinggal duduk klate
dengan kerana tangey kito,demo tu susoh siang malam
serah la deh ko puok dio,pilih sdri masa depan

padahal tepat kito,nu duk kijo cari makey
perlu banyok lagi kuasa,utk kambus telago dalam
kito bsatu blako2,maso buat keputusan
baru koto jadi biso,anak klate di tempat oghe




Moga korang yg tngok vid ni boleh baca dgn mata hati. Segala kecaman mohon simpan dalam hati. Sis xkuat nak kena kecam. hehehhe

Monday, March 19, 2018

Titik ditengah kata

Titik ditengah kata
Walau ditegah
Walau dihalang
Walau dipujuk
Walau dirayu
Tetap henti menyudah misi


Titik ditengah kata
belum sampai hujung
belum jumpa titik akhir
belum jua pamit pergi
belum akur menyerah diri
Tetap henti menggamit realiti

Titik ditengah kata
sudah mohon agar kembali
sudah pinta jangan berhenti
sudah rayu teruskan mimpi
sudah dititah teruskan berlari
Tetap henti menyudah janji

Titik ditengah kata
Hanya hati bisa bicara
Titik ditengah kata
Aku noktahkan sebuah duka.


Wednesday, December 6, 2017

Agihan Perbelanjaan dari Gaji-Pengurusan Kewangan

Assalamualaikum. wbt.

Dah agak lama aku tak updat blog. Bukan la busy, tapi lebih kepada malas. Aku taip2 pastu buang dalam draft. heheh.

Ok, sempena hujung tahun aku berazam untuk bijak mengurus kewangan. Sebab tahun 2018 diramalkan ekonomi akan lebih lemah.

Aku dapat tips ni hasil pembacaan aku kat blogs, fbs semua tentang pengurusan kewangan. Well aku ni tersangatlah fail dalam pengurusan kewangan. So that aku cari tips2 yang aku boleh gunapakai untk future. Bila dah jumpa tips yang aku rasa sesuai dan tak terlalu ketat, aku nak share la dengan readers. :)


Pengagihan Duit Gaji.
Agihan duit gaji ni dipecahkan kepada 5 bahagian which are :
  1. 55 % Untuk benda benda wajib yang dibelanjakan untuk setiap bulan. Contohnya sewa rumah, hutang piutang duit belanja , minyak etc.
  2. 10% WAJIB untuk saving. Saving yang ni adalah WAJIB MUAKKAD :P. Kena take out saving dulu baru boleh guna duit untuk benda-benda lain. Saving 1st then expense.
  3. 10% long term tu contohnya saving utk kau dah plan. Cth hujung tahun nak g holiday, so kau save la 10% tabung holiday. Ini contoh :P. Tabung lain pon boleh buat, rg. tabung kawin lain :P
  4. 10% untuk education. Tapi yang ni aku macam kecikkan sikit jadikan 8% sebab aku nye expenses more than 55%. Boros. (Jangan follow cara aku yg ni :P) Education ni saving utk anak kau nanti, atau education kot2 kau nk sambung belajar ke. Atau kau nak join seminar biz ke. HA ini la gunanya tabuang ni.
  5. 5% yang paling penting sebenarnya. Untuk sedekah. Banyak memberi banyak la kau akan dapat balik. Percaya la.

Tambahan.
 
  • Ini cara aku. Situasi kita tak sama. Rezeki aku dapat kerja dekat dengan rumah. So kos untuk minyak dan tol dapat dikurangkan. Plus parking free.Sehari aku g kerja bawak RM10 SAHAJA. Aku tak letak lebih dalam purse unless aku memang dah plan . Contohnya esok aku rasa nak makan besar sikit, so aku bawak duit lebih. Ni penting sebab kalau kita dah xde duit dalam purse, kita akaan STOP nafsu untuk lebih guna. Ok dari RM10 tu, lunch aku makan nasik dan air, Normal tak lebih dari RM8. So lagi balance RM2 tu aku masuk tabung. Tabung ni aku simpan kat office. Sebab bila kat office aku lupa untuk guna. Total sekarang dam RM100 lebih. (sebab terguna beli kasut COD Lazada. Lazada ckap kasut sampai besok, tup3 hari ni dah sampai. Korek tabung aku pastu lupa nak ganti :P)." Eleh, kat tempat kau makanan murah bolehlah bawak RM10 sehari."Tak. Sekarang ni aku gitahu yang lebihan gunaa duit sehari kau tu, sila simpan. Jangan simpan dalam purse sebab kau berpotensi utk guna balik. If kau bawak RM30 sehari, then kau makan RM15, balance tu simpan la. Esok kan dah ade duit lain. :)
  • Buat Sampul Duit. Tiap2 bulan aku ade sampul- SEWA UMAH, KERETA, DUIT ANAK, BELANJA DAPUR, MINYAK, DUIT KERJA, SAVING. macam2 sampul aku ada. Guna je angpow yang tak habis gune masa raye tu. Kede ckit :P. Resit semua sila simpan utk kau trace.

Sebenarnya tips ni aku pun kadang-kadang culas jugak . So azam tahun baru aku ni nak well manage aku nye financial. Nak beli umah oiii. Doa-doa la aku istiqomah ye.





Friday, November 24, 2017

Parenting : Cara Rawat Sakit Anak Secara Alami (Natural Remedies)

Salam Jumaat penghulu hari.

As a mother aku memang nak yang terbaik untuk anak aku. Semua ibu macam tu kan? Apa yang terbaik untuk dia, akan aku usahakan.

Discalimer : Aku bukan anti medikal atau anti vaccine atau anti doctor atau anti hadis. Ehh. 

Aku bukan tak percaya pada perubatan moden, tapi aku lebih kepada kaedah rawatan alami. Kalau alami tak berjaya baru lah aku menjurus ke ubat preskrepsi oleh doktor.☺☺☺

Petua Merawat Batuk

  • Untuk batuk terdapat pelbagai cara yang aku guna untuk anak aku. Antaranya nenas dan madu. Menjadi ke? Alhamdulillah menjadi untuk anak aku. Aku pun banyak bertanya kat Group-group FB mak2. 
  • Cara dia mudah je. Nenas tu di kopek dan buang mata. Pastu blend tanpa air. Dah siap campur dengan madu minum la sesuka hati.
  • Tapi dah jadi macam jus nenas tu, anak aku main tibai sampai sebotol. LOL. (Mana nk cari ubat batuk sedap macam tu kan? 
  • Cara Kedua Lemon dan Madu. Madu lagi? Well, madu kan sunnah, penawar segala penyakit


Petua Merendahkan Suhu Anak Demam
  • Bagi merendahkan suhu anak demam aku bagi anak aku minim air kelapa tanpa gula tanpa ais. Alhamdulillah anak aku minum je. Lagipun sedap. Siap pakej dengan isi kelapa semua dia makan. Air kelapa ni bagus untu  sistem ketahanan badan. 
  • Cara kedua aku guna telur rebus tu. Rebus telur, pastu kopek then golek golek kat badan anak. 
  • Jerlom dengan aloevera. Lendir aloe vera tu campur air sikit then jerlum
  • Atau ramas daun bunga raya putih dan air pastu jerlom.
  • Air asam jawa pun boleh untuk turunkan suhu demam

Petua Untuk Masalah Kecacingan (Kanak-kanak)
  • Aku perasan anak aku macam kecacingan bila dia tak de selera makan, mata bertaik dan kentut dia maha busuk. So aku cari alternative untuk rawat kecacingan beliau. Aku research macam macam jenis petua dan ada yang suggestkan biji betik tu digigit sekali semasa makan buah betik. Yang ni anak aku fail.. Seems like she tak suka betik.
  • Air kelapa pun aku bagi untuk rawat kecacingan dan as usual, ia sangat serasi dengan anak aku.
  • Haaa, aku ada jugak bagi dia ubat homopati. Yang ni dia suka, dah dibuat macam gula2 pulak. Tapi macam tak berjaya sebab anak aku jadi sembelit pulak.


Petua Untuk Sembelit

  • Dan yang ni aku baru try bagi kat anak aku, Sebab dia macam sembelit kan? Aku bagi dia makan kuaci. Aku beli then sangai sendiri kat umah (Dibu is gigih) Dia suka dan sembelit dia dah takde. So aku syak kuaci ni ubat sembelit dia la kot.
  • Selain tu, jus nenas pun aku bagi sebab aku nak kasi natural Vitamin C untuk dia.

Aku rasa petua ini boleh membantu. Dan kalu tak berkesan boleh dapatkan nasihat doctor. Jangan pula dah kau guna cara alami ni kau nak anti modern medical pulak. Aku hempuk jugak nanti. 





Wednesday, October 25, 2017

Drama Titian Cinta TV3




minggu ni dah minggu akhir drama viral Titian Cinta. Kenapa viral? aku rasa sebab Zul Ariffin kot. Hahahah.

Aku 1st episode tengok drama ni rasa macam tak best tapi bila dah lama-lama macam best. Dengan laki aku sekali layan Drama lagho ni. Kah!

Komen aku.


  1. Jalan cerita dia bagus, secara logiknya memang berlaku dekat dunia realiti.
  2. Aku tak puas hati dengan watak Aisy. Kenapa? Sebab aku rasa dia seorang yang lemah dan takde self confidence. Contoh situasi bila mak Ryan keep bothering her, dia boleh wat biasa2 dan paling tak pun dia akan cakap "Ryan , u ni kan dah melampau". Pastu dia diam je tak gitahu Harris. Bagi aku, kita as a husband and wife should transparent dalam kehidupan harian. Benda2 pendam ni sebenarnya macam mengakibatkan permasalahan.
  3. Sofea. Ni seorang lagi sejenis tak boleh nak move on. Memang wujud ke ek watak macam ni dalam real life?
  4. Aku paling suka watak nenek. Hahah., sebab natural je watak dia. Natural and neutral
  5. Kalu Ryan tu aku macam tak nak digest muka dia masa scene tepi tingkap kat umah dia tu. Tak leh nak predict either dia ni marah ke, sedih ke. Daller Yusof u should learn more. Gittew.
Ok dah malas dah nak komplen. Kang dicop "eleh macam la kau hebat sangat"

 Well ni adalah pendapat aku as a penonton yang know nothings about acting ke apa. Pendapat bodoh2 sahaja .


Dan sama-sama lah kita saksikan pengakhiran drama ini esok ye.

Selamat menonton.











p/s : actually aku sedih sebab aku ada salah faham ng my bff yg almost 11yrs befriend. huuuuuu





Pantang Larang Ketika Mengandung?

upt positive Assalamualaikum. Tadi tengah scroll facebook, ada keluar satu posting bertanyakan "Boleh tak menjahit masa meng...