Stat Counter

Thursday, July 20, 2017

Temuduga SPA Jawatan Penolong Jurukur Bahan JA29

Assalamualaikum.

Hari ni waktu ni saat ni terasa rajin nak hupdate belog. Kih Kih kih. Tak tahu la post ke tak entry ni. Lol!

16 mei 2017 aku attend temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA. Lepas aku Grade Bachelor Degree Quantity Surveyor last 5 years, this is first time aku dapat panggilan interview untuk jawatan aku study. Kalau tak, dok panggil Kastam, Pegawai Penjara ,Pegawai Bomba yang memans sah sah aku tak layak dari segi fizikal . Sigh! Almaklumlah sejenis petite :P

Cut to short. :D

Aku pon mencari google bagai tips nak attend interview. Tu nanti aku share next entry (kalau rajin)

Sekarang aku nak share hari kejadian nya. Aku dapat pusat temuduga Kota Bharu so aku balik kampung dua hari awal.

16 July 2017 

6.30 am
Kami gerak awal, sebab tak tahu sangat keadaan traffic nak ke kota bharu tu. Well aku from Pasir Puteh. So angkut anak tengah tidur la kekdahnya. Sampai dekat tempat interview tu around 7.40 am . tak sempat nak breakfast. Hurmmm

7.40 am.

Aku register dan aku dapat 2nd turn sebab aku agak awal. Lepas diorang dah check aku punya sijil semua, aku diarahkan duduk sementara tunggu Panel interview sampai. Masa tu apa yang aku study memang aku tak baca dah notes semua tu. Itu time untuk redha je. Kebanyakan yang datang tu junior aku. Oh, dah tua lak aku ni. Hurmm

Tengah tunggu turn naik atas tu, ada dua panel baru sampai. Macam aku lagi lambat je, Sebab panel tu yang akan interview aku.

9.00am
 Ni turn aku dah. Tips:-

  1. Ketuk pintu tunggu panel panggil masuk baru kau masuk. Jangan masuk terus. MArkah adab tu.
  2. Dah masuk tu bagi salam kalu panel kita muslim. Assalamualaikum tuan/puan. Kalau datuk sebut datuk.
  3. JANGAN DUDUK as long as dia tak suruh duduk. 
  4. Dah duduk tu sila tarik nafas dan senyum. Bertujuan nak menghalau rasa cuak dan nervous itu.
Ni soalan yang dorang tanya aku hari tu


Td aku nye panel tanya macam2 iaitu.
1. Nkra 6 asas utama
2.National blue ocean strategy
3.misi visi jkr
4. Perbezaan pwd bg pwd(a)
5. Performance bond
6. nama kp jkr
7. Cara kira rebar column😀😀😀
8. Formula bend
9. Fungsi concrete cover

Pastu sembang sembang kosong tanya 

~ kenapa nk masuk jkr sedangkan gaji skrg lagi masyuk [pandai2 la goreng ye]
~kalau j41 pggil interview willing x nak pergi intetview tu sb ja29 result akn tahu within 3 months [yg ni soalan mmbunuh ye]😅😅😅

Tips:
1. Kalau tak pasti ngan jawapn ckp je takpasti. Jgn nk goreng mengarut sgt😁😁😁
2.sila jujur dan konfiden
3.pakaian kena kemas ye. Dan always senyum.

Ok good luck ye.

Semoga berjaya.

Susunan sijil tu nanti aku share.

Ni aku nya appearance hari tu.

Image may contain: 1 person, smiling, standing, child and outdoor

19 comments:

Mitc Puchong said...

Assalam. dah dapat tahu keputusan JA29 ke?

Daddy KK said...

Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

https://tipsrawateczema.blogspot.my/

Anonymous said...

Salam Hi,

Sy pn g IV utk post QS JA29..and alhamdulillah tercalon as lantikan simpanan.
Bole tau ade tak sape2 calon lantikan simpanan yang dah dipanggil.

Tq

Anonymous said...

Thank you for the tips!

Azrie Hazif said...

Assalam. Dah dipanggil ke belum? Baru2 ni kami semua termasuk 50+ calon simpanan dah berjaya dapat penempatan

Azrie Hazif said...

Let me know 😁

IzZaT said...

aznie hazif interview juruukur bahan ja29 ad fizikal jgk ke??

IzZaT said...

blh bgi tip skit? hehehe

Azrie Hazif said...

Iv penolong juruukur bahan ja29 tak perlu ujian fizikal. belum mohon lagi ke?

Alya Haduri said...

Hi. Boleh tahu sekarang simpanan lantikan ranking ke berapa dah diserap? Sbb sy pnya masih lg simpanan lantikan.

oma adha said...

hi.. tpi skrg dh ad ujian fizikal untuk jawatan juruukur bahan ja29 tu.

Azrie Hazif said...

hi alya. sekarang lantikan dah sampai 55 untuk simpanan. awak no berapa? oh yeke oma? ujian fizikal untuk spa ke spn?

Alya Haduri said...

Oh yeke. Sy no 83. Expired bln 8 ni �� sbb try link nk join group whatsapp not available. Thanks info ya ��

Azrie Hazif said...

https://chat.whatsapp.com/4Yr9Rlm9QJhGvepdYssuUf

ni link baru. masuk lah alya

Alya Haduri said...

Tq azrie.

Anonymous said...

Hai saya dibah, nak tanya owner blog atau sesiapa yang membaca. saya pernah mohon dalam spa juruukur bahan dan result tak berjaya(okey mungkin rezeki tahun ni ahaha). dan status urusan disitu disebabkan oleh tidak melepasi tapisan bidang pengkhususan. boleh saya tahu bidang dan pengkhususan dalam spa yg korang letak apa ya?

Anonymous said...

awak apply guna degree qs or degree lain? biasanya untuk j41 ni dia akan tgk tapis kepada pointer yang lebih 3.5 dulu.

Anonymous said...

saya degree qs.oooo yeke ok ok. lagi satu utk spa bahagian akademik utk yg bidang dan pengkhususan letak yang mana satu ya utk qs?bidang:senibina?pengkhususan:sains(perumahan, pembangunan perancangan)? atau guna yang lain?mohon pencerahan

Anonymous said...

oh. sama lah kita. degree qs tapi sebab pointer tak mengcukupi . memang j41 qs nak pointer 3.5 above. bidang teknologi, pengkhususan ukur bahan

Pilhan Raya Umum 14 pada 9 hb May 2018

Nak jugak update pasal pilhan raya. Ramai yang tak puas hati why hari rabu. susah nak apply cuti. Tapi malas nak bobey pasal tu, nak shar...