Stat Counter

Wednesday, December 6, 2017

Agihan Perbelanjaan dari Gaji-Pengurusan Kewangan

Assalamualaikum. wbt.

Dah agak lama aku tak updat blog. Bukan la busy, tapi lebih kepada malas. Aku taip2 pastu buang dalam draft. heheh.

Ok, sempena hujung tahun aku berazam untuk bijak mengurus kewangan. Sebab tahun 2018 diramalkan ekonomi akan lebih lemah.

Aku dapat tips ni hasil pembacaan aku kat blogs, fbs semua tentang pengurusan kewangan. Well aku ni tersangatlah fail dalam pengurusan kewangan. So that aku cari tips2 yang aku boleh gunapakai untk future. Bila dah jumpa tips yang aku rasa sesuai dan tak terlalu ketat, aku nak share la dengan readers. :)


Pengagihan Duit Gaji.
Agihan duit gaji ni dipecahkan kepada 5 bahagian which are :
  1. 55 % Untuk benda benda wajib yang dibelanjakan untuk setiap bulan. Contohnya sewa rumah, hutang piutang duit belanja , minyak etc.
  2. 10% WAJIB untuk saving. Saving yang ni adalah WAJIB MUAKKAD :P. Kena take out saving dulu baru boleh guna duit untuk benda-benda lain. Saving 1st then expense.
  3. 10% long term tu contohnya saving utk kau dah plan. Cth hujung tahun nak g holiday, so kau save la 10% tabung holiday. Ini contoh :P. Tabung lain pon boleh buat, rg. tabung kawin lain :P
  4. 10% untuk education. Tapi yang ni aku macam kecikkan sikit jadikan 8% sebab aku nye expenses more than 55%. Boros. (Jangan follow cara aku yg ni :P) Education ni saving utk anak kau nanti, atau education kot2 kau nk sambung belajar ke. Atau kau nak join seminar biz ke. HA ini la gunanya tabuang ni.
  5. 5% yang paling penting sebenarnya. Untuk sedekah. Banyak memberi banyak la kau akan dapat balik. Percaya la.

Tambahan.
 
  • Ini cara aku. Situasi kita tak sama. Rezeki aku dapat kerja dekat dengan rumah. So kos untuk minyak dan tol dapat dikurangkan. Plus parking free.Sehari aku g kerja bawak RM10 SAHAJA. Aku tak letak lebih dalam purse unless aku memang dah plan . Contohnya esok aku rasa nak makan besar sikit, so aku bawak duit lebih. Ni penting sebab kalau kita dah xde duit dalam purse, kita akaan STOP nafsu untuk lebih guna. Ok dari RM10 tu, lunch aku makan nasik dan air, Normal tak lebih dari RM8. So lagi balance RM2 tu aku masuk tabung. Tabung ni aku simpan kat office. Sebab bila kat office aku lupa untuk guna. Total sekarang dam RM100 lebih. (sebab terguna beli kasut COD Lazada. Lazada ckap kasut sampai besok, tup3 hari ni dah sampai. Korek tabung aku pastu lupa nak ganti :P)." Eleh, kat tempat kau makanan murah bolehlah bawak RM10 sehari."Tak. Sekarang ni aku gitahu yang lebihan gunaa duit sehari kau tu, sila simpan. Jangan simpan dalam purse sebab kau berpotensi utk guna balik. If kau bawak RM30 sehari, then kau makan RM15, balance tu simpan la. Esok kan dah ade duit lain. :)
  • Buat Sampul Duit. Tiap2 bulan aku ade sampul- SEWA UMAH, KERETA, DUIT ANAK, BELANJA DAPUR, MINYAK, DUIT KERJA, SAVING. macam2 sampul aku ada. Guna je angpow yang tak habis gune masa raye tu. Kede ckit :P. Resit semua sila simpan utk kau trace.

Sebenarnya tips ni aku pun kadang-kadang culas jugak . So azam tahun baru aku ni nak well manage aku nye financial. Nak beli umah oiii. Doa-doa la aku istiqomah ye.





Pantang Larang Ketika Mengandung?

upt positive Assalamualaikum. Tadi tengah scroll facebook, ada keluar satu posting bertanyakan "Boleh tak menjahit masa meng...