Stat Counter

Wednesday, April 3, 2013

Saya Kenal Sayang Saya # Part 1




Vespa hitam kupecut laju untuk ke ofis. Cilok mencilok sudah sebati dengan diri aku. Ala orang nk bagi hon pun bukan tahu dia maki aku ke apa. yang penting aku sampai ke ofis dengan jayanya.

            Kalau hari biasa, aku ke ofis mengambil masa 30 minit sahaja mengenangkan rumah dan ofis tu hanya sekangkang kera je bagi aku. Tapi bagi orang lain agak jauh juga la nak ke Damansara Perdana nun kalau diri tuh menetap di Seri Kembangan.

            Sedang asyik aku melayan lagu di MP3 yang earphonenya aku sumbat ke telinga, tiba-tiba sebuah skuter yang agak comel menghimpit aku. Argh, ini tak boleh jadi. Aku menambah kelajuan. Maka terjadi la acara kejar mengejar antara vespa dan skuter. Well, seperti biasa, geng-geng vespa memang anti teramat dengan budak skuter. What!!! Hijau??? Ada juga ke makhluk berselera dengan warna hijau.

            Well, nampak macam perempuan je yang menunggang Hingus Hijau tu. Dari gaya kepit kaki tuh sah-sah gaya wanita. Plus pakai sneakers pink. Ya Allah, kenapa la makhluk ni pakai warna kebenciaan aku. Plus himpit motor aku. Memang cari nahas. Aku potong, dia potong balik. Huh, ini dah kes mencabar kewibawaan aku ni. Ok fine aku sahut cabaran. Vrooooom aku tingkatkan kelajuan vespa ku. Dan aku Berjaya. Yes.

            Eh apasal Hingus Hijau tu parking cantik tepi Blacky Black aku a.k.a vespa hitam aku? Nak ajah bertumbuk la tu. Alamak, aku bab bertumbuk ni fail sikit. Bukan salah aku, mak aku yang tak bagi aku masuk taekwando masa kat sekolah dulu. Takut patah riuk katanya. Dan aku anak yang soleh mengikut sahaja tanpa bangkangan. Aduh macam mana nak bertumbuk ni kalau aku ayu pakai baju kurung ni. Kepala yang masih berhelmet aku garu.

            Ok. Relax Nia.!!! Tarik nafas, hembus.

            Disaat aku sedang mencari nafas, penunggang Hingus Hijau turun dari Hingusnya itu. Mak ai, tinggi nya pompuan ni. Makan galah ke apa ni? Ini dah spesis wanita galah ni.

            Pejam mata. Ok aku kelihatan agak pengecut di sini. Masa atas motor punya la gangster aku ni.
           
            ʺ Err cik! Boleh saya tahu VM Engineering kat mana? Saya baru start kerja hari ni,ʺ Tanya Hingus Hijau.

            Aik!! Apasal aku rasa macam garau semacam je pompuan ni. Alamak, entah-entah bapuk. Mak!!!!!!!!! Tolong Nia mak. Bapuk ngurat Nia ni mak.

            ʺErr RH Engineering tuh kalau tak silap saya kat tingkat 3 blok hujung sana tuh, tepi kedai mamak Bismi Curry House naik tangga tepi kedai tuh la,ʺ aku dengan bersungguh-sungguh memberi direction dan tiba-tiba dengan tak sengaja aku berpaling kea rah pemilik suara yang bertanya. Dan……………….

            Eh, apasal aku rasa di awangan ni. Mak!!!! Tolong Nia, Nia tengah terbang ni. Flying without wing ni mak!!! Kenapa la makhluk Hingus Hijau ni kacak?? Mak ai, patutlah tinggi semacam, kusangkakan gadis, rupanya lelaki. Tapi!!!!!!!!!!!!! Kenapa dah tak de warna lain ke kasut nak pakai selain pink tu. Kemeja biru lengan panjang dilipat ke paras siku dah ok. Seluar dari jenis kain khakis warna kelabu pun dah ok. Tiba-tiba kasut nak pink.!!! Sneakers pula tu. Aish. Mangsa fesyen betul.

            ʺ Err cik, kenapa cik tengok saya pelik je? Saya tak pakai baju ke?ʺ soal lelaki Hingus Hijau mencantas aku dari lamunan penilaian terhadap diri beliau.

            ʺOh!! Tak de pape la. Saya tengah berfikir tadi tuh. Saya kalau berfikir memang akan cari subjek untuk diperhati dan berfikir walaupun subjek tak de kena mengena dengan apa yang saya fikir,ʺ aku kalut memberi alasan yang 100% tak logik.




            ʺHai Nia! Lewat hari ni?ʺ tegur Kak Suzie merangkap receptionist tempat aku bekerja KAMI Perunding Sdn Bhd, sebuah firma ukur bahan yang sedang meningkat naik.

            ʺAah kak. Tadi racing dengan skuter hijau yang tiba-tiba je himpit saya. Huh, nasib baik saya menang kan,ʺ aku bercerita sambil tangan lincah mengacau air Milo.

            ʺIsh kamu ni Nia, selalu sangar rempit nya. Bahaya tau bawak moto laju-laju ni. Kalau jatuh, macam mana kamu nak angkat Besi Hitam kamu tuh?ʺ balas Kak Suzie merujuk kepada Blacky Black aku tuh.

            ʺBlacky Black la kak,ʺ aku membetulkan panggilan  buat My Beloved Blacky Black. Ish, susah-susah aku fikir empat hari empat malam nak bagi nama kat Blacky yang atuk aku serahkan buat aku Vespa keluaran Lambretta tahun 1968. Vespa kesayangan atuk telah berjaya menjadi milikku setelah aku membuat sistem barter dengan membeli sebuah skuter Yamaha Ego tahun 2010 untuk atuk. Heheheh, kempunan la cucu atuk yang lain ye. Best man wins.

            ʺerm ok lah kak, saya nak kena siapkan tender document ni kak. Deadline petang ni. Saya nak touch up sikit before hantar kat Cik Liya,ʺ ujarku untuk mematikan perbualan. Sambil itu, beberapa keping biskut menjadi santapan breakfast aku pagi ini.

            Tender document untuk projek Rumah Bunglow artis terkenal yang menelan belanja hampir RM 7 juta perlu disiapkan sebelum tender dibuka untuk kontraktor lusa. Aish, banyak sungguh duit artis ni, nak buat rumah pun siap ade QS consultant bagai. Berilmu jugak artis ni. Tapi baru je jadi artis dah nak buat rumah maha mahal ni. Ni kes anak ikan la kot. Aish, termengumpat pulak aku ni.


            ʺCik Liya, ni tender document rumah Anastasia pelakon tuh dah siap dah. Ni untuk Cik Liya check balik la. So far, saya dah siapkan semua item and masih tak melebihi budget client,ʺ aku memberi penerangan  buat Cik Liya.

            ʺErm ye la Nia. Ni saya nak bagi awak handle satu lagi new project. Housing project dekat Kelantan. Yang ni pun still traditional contract. Maybe next time saya bagi yang design and built, ʺ ujar Cik Liya.

            Wah!! Kat Kelantan ni. Balik kampung la aku. Yes.. ini berita baik buat mak ku tersayang.

            ʺErm Cik Liya, mana drawingnya? Boleh saya study drawing dulu,ʺ aku bertanya Cik Liya.

            ʺOh, by the way, sekarang ni ada architecture drawing je. Structural is in progress. Ni contact number engineer yang design, nanti awak contact ok. Saya bagi awak 100% handle this project and saya nak awak pilih je junior kat Contract Department tuh untuk tolong. Awk guide diorang baik-baik ok,ʺ arah Cik Liya. Dalam kepala aku, memang aku aim si Bad la memandangkan budak tu baru sebulan kerja. Bad, tunggu ye aku bagi kau taking off ye. Tidurlah kau di opis ni seminggu. Huhuh..

No comments:

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...