Stat Counter

Friday, November 23, 2018

Breastfeeding Journey : Wean Off

Assalamualaikum.

Saja nak share pasal wean off my daughter.

dan alhmadulillah aku berjaya breastfeed beliau sehingga 3 tahun. Yes.. tiga tahun. Dah tua dah anak aku ni.

KEnapa sampai tiga tahun?

Sebab aku ni bukan ibu yang kuat. Anak buat muka sedih nak susu, aku pun panggil balik. Haishhh...


Ceritanya

Aku tak de la pulak plan nak tambah baby ke bagi adik kat dia kan. Tapi memandangkan dia dah besar panjang, amatlah tak sesuai untuk aku menyusukan dia lagi. LOL.


Before ni aku letak macam macam kat Miss B, dia hadap je. Semua dia layankan aje.

So bila bulan puasa hari tu, aku cuba letak asam jawa. Masam oii benda alah tu. Dan dia mengalah. Kiranya atkde lah susah sangat aku nak wean off ni. Yang susahnya aku yang tak kuat je. Dia tak ingin aku pulak yang offer.


TIPS WEAN OFF.


  1. Cuba lengah lengah kan beliau. Kalau dia mintak, cuba alih perhatian. Bagi main ke, ajak mandi ke. yang penting lengah lengah kan.
  2. Cuba mintak ayah dia tidurkan dia . (Ok yang ni aku failed, sebab aku yang tak boleh tidur bila anak takde)
  3. Mental ibu kena kuat. Jangan cair dengan mulut manis sikecik. (Aaa, part ni berkali2 jugak la aku failed. Tak tahan oii muka menggoda sikecik LOL)
  4. Isi perut dia kenyang kenyang, So that dia tak de la teringat ingat kat miss B.
Ok. Ni tips yang aku guna pakai. Boleh la cuba.


Now nak "Diapers Free" pulak. 

Ni pun banyak cubaan jugak. next entry

No comments:

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...