Stat Counter

Monday, November 5, 2018

Cerpen : Tidak Sepahit Peria (Part 1)

45tahun dahulu

“Tadi ada orang datang risik kamu Mah. Kamu mahu ke?,” soal Kak Sah kakak ipar Aimah. Aimah diam. Agak terkejut dengan soalan tiba-tiba itu.

Aimah masih lagi ligat memasak lauk tengah hari. Singgang ikan tongkol. Kegemaran abangnya, Zakaria. Sambil lincah tangannya memasukkan segala bumbu kedalam periuk kedengaran suara Kak Sah masih lagi dengan kisah risik.

Bawang putih diketuk, bawang merah dihiris. Lengkuas juga dihiris. Dimasukkan kedalam periuk berisi air. Sekeping dua asam keping dicampak. Hampir mendidih , ikan tongkol saiz sederhana dimasukkan, Api dikecikkan. Periuk ditutup. Selang beberapa ketika, garam dimasukkan. Kunyit diketuk sedikit. Siap .

“Aku tak kisah kamu nak ke tak. Yang ni aku rasa elok orangnya. Kerja kampung, rumah pun hujung kampung tu je. Dekat dengan rumah aku ni,” sambung Kak Sah lagi. “Lagipula Leman ni dah tak ada mak ayah. Kalau kamu kawin dengan dia, dia boleh jaga kamu. Boleh kerja dengan aku,” pancing Kak Sah lagi. Aimah diam.

Tidak mengia tidak jugak menidakkan. Aimah punya pilihan sendiri. Shaari anak Pak Imam. Kerja pegawai kerajaan dekat Kuala Lumpur. Namun Kak Sah tidak berkenan dengan Shaari. Katanya kalau nikah dengan Shaari, Aimah akan ikut suaminya tinggal di Kuala Lumpur. Kak Sah tidak akan benarkan. Nanti siapa nak jaga anak-anak dia yang 6 orang tu. Kemas rumah, masak, basuh kain baju.

“Macam ni la Mah, karang aku bincang dengan Abang Ya kamu. Kalau dia setuju kamu aku nikahkan dengan Leman tu. Dah tak payah piker lagi,” Kak Sah mmbuat keputusan.

Aimah hanya diam. Apa juga jawapan yang dia berikan tak menjadi kudis pun buat Kak Sah. Kak Sah lah yang mencorak hidup Aimah. Selepas kematian orang tua Aimah, dia tinggal bersama Abang Ya dan adiknya Aminah. Dia dan Aminah dibanting tulang menguruskan rumah tangga abangnya dan Kak Sah.

Aimah seorang pendiam dan tidak melwan. A diatur Kak Sah A juga la Aimah. Tidak seperti Aminah. Seorang yang pendiam namun tegas. Aminah bijak mengatur hidup sendiri. Telah bernikah dengan Jalil dan tinggal di Johor Bahru. Lari dari Kak Sah. Tinggal lah Aimah.



“Kak Sah, Abang Leman dah ceraikan Mah. Dia cakap dia tak boleh ikut syarat Kak Sah untuk tinggal kat sini,” adu Aimah setelah diceraikan Leman. Kak Sah diam. Langsung tidak bersimpati dengan nasib adik iparnya. Abang Ya sibuk bekerja, sudah tidak ada masa untuk adiknya. Lagipun menurut isterinya, keadaan baik baik saja.


...................................................................................................................................................................
Kini.

Hari ini genap enam sesi kemoterapi Aimah. Aimah disahkan mengidap barah payudara. Dia yang ketiadaan suami juga anak- anak  menumpang kasih anak Kak Sah. Menjaga anak-anak Kak Sah dari kecil hingga dewasa. Apa lagi yang hendak diharapkan, tuaian kasih yang disemai pada anak-anak saudara sahaja yang dia ada.


"Cik Mah, hari ni Zali datang ambil Cik Mah ye?" ujar Zali anak sulung Kak Sah. Aimah diam. Setuju saja. Kalau tidak mahu, kemana harus dia melangkah? Siapa yang nak jaga dia? Dulu pernah dia tinggal sendiri di Pondok Pengajian Agama. Cuba bersendiri. Namun nasib malang menimpa bila dia disahkan menghidap barah . Suatu pagi semasa dia bangkit untuk ke masjid, tiba-tiba kepalanya pening. Tersilap langkah , beliau jatuh tangga. Kudrat orang tua sepertinya apalah sangat. Paha kiri dia patah. MEngerang kesakitan sendiri dia di rumah. Sehingga lah tengah hari itu Zali datang jenguk. Sejak dari tu, dia terus dibawa tinggal rumah Zali.

Dia syukur, semaian kasih pada Zali dulu dapat dituai.

Aimah pulang kerumah Zali. ...........................................



Bersambung

p/s : xtahu bila pula nak sambung :P







No comments:

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...