Stat Counter

Monday, December 19, 2016

Harta Peninggalan Arwah Atuk-IIUM Confession

Hireaders.

A few days ago, aku selalu dok scroll page IIUM Confession. Satu confess yang menarik minat aku ialah tentang confession seorang Confessor yang aku rasa penulisannya sangat bagus.


Jalan cerita yang membawa aku mengembara ke zaman beratus tahun lepas. Nenek moyang kita. Zaman penjajahan. And membuka mata aku, siapa kita sebenar. Juga membuktikan yang sejarah dalam Buku Sejarah itu hanyalah dongengan. Atau sejarah yang telah diubah. Dimana bangsa kita dilihat sebagai jahat. Negatif. Walhal sebenarnya kita adalah satu bangsa yang cukup berani, maju setanding bangsa Eropah.

(dah kenapa serius sangat entri aku ni?)

Sebab aku sangat sukakan confession ini, aku nak abadikan cerita ini dalam belog aku. Sebagai bahan bacaan aku. Seriously aku copy direct without edit from that pages. Aku kreditkan untuk page itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peninggalan Arwah (part 1)



Salam. Aku nak cerita pasal keluarga aku. Aku dari keluarga yang besar. Aku ada 3 beradik termasuk aku. Aku ada kakak sorang. Dan adik perempuan sorang. Aku lelaki. Umur 24. InsyaAllah tahun depan kahwin hahaha. Doakan aku guys.
Ok sebelum aku cerita, aku kena bagi penjelasan tentang panggilan.
Datuk/Nenek = kitorang panggil Tok.
Moyang = kitorang panggil ayah tok/mak tok
Ayah kepada moyang (muit??) = kitorg panggil moyang.
So, Tok, Ayah Tok, Moyang
Keluarga yang aku nak cerita ni dari belah ayah aku. Ayah aku anak ke 4 dari 7 beradik. Atok aku anak pertama dari 6 beradik. Ayah tok aku jugak anak pertama dari 5 beradik.
Aku dilahirkan pada tahun 1992. Ayah aku dilahirkan pada tahun 1967. Atok aku dilahirkan pada tahun 1938. Ayah Tok aku dilahirkan pada tahun 1918. Moyang aku dilahirkan dalam range 1893 – 1897.
Moyang aku dulu bekerja dengan pegawai british. Disebabkan dia baik dengan british, dia diberi sebuah rumah agam klasik yang sampai sekarang masih lagi utuh. Rumah ni dibina pada tahun 1925. Jadi usia rumah yang kami keluarga besar ni balik setiap cuti sekolah ni adalah 91 Tahun.
Rumah ni rumah 2.5 Tingkat. Banyak beranda. Banyak bilik. Banyak ruang tamu. Banyak perhiasan klasik. Setiap kali aku balik kampung, aku asyik fikir yang rumah ni berpuaka. Bukan aku je fikir macam tu. Orang kampung pun fikir mcm tu. Walaupun rumah ni terjaga, tapi usia rumah ni buat ramai orang curiga. Haha. Walaupun macam tu, rumah ni tetap ada astro dan unifi. Classic and modern at the same time.
Dalam keluarga aku, adik beradik Tok aku semua sihat lagi. Just sakit sakit tua. Dan masih lagi ada sorang adik arwah Ayah Tok aku yang masih hidup. Tapi rumah ni dimiliki oleh Tok aku. Haha. Dalam rumah ni banyak bilik. Seriously. Banyak bilik. 10 buah bilik tidur, 2 bilik solat, 2 bilik membaca. Salah satu bilik membaca dah jadi bilik gaming dan tempat cucu-cucu bukak laptop and online. Sebab dalam bilik ni line paling laju haha.
Ada sebuah bilik tidur yang terletak di sbelah salah satu bilik membaca. Kedudukan kedua dua buah bilik ni di corner lot. Haha. Corner lot. Harap you guys faham la. So aku akan ceritakan tentang bilik di corner lot ni lepas ni.
Dalam rumah ni, ada satu ruangan yang dipenuhi oleh gambar dan pencapaian oleh Tok dan adik beradik Tok aku. Termasuk juga gambar dan pencapaian ayah aku dan pakcik dan makcik aku. Dan juga termasuk gambar2 Ayah Tok aku dan adik beradik dia. Ruangan ni just ditutup dengan kain dan langsir. Kedudukan ruangan ni berdekatan dengan bilik ayah aku. Jadi setiap kali aku nak masuk bilik waktu aku kecil (usia 5-7 tahun), aku akan terpandang gambar2 Ayah Tok aku dan adik beradik dia. Agak mengcuakkan. Sebab aku agak takut tengok gambar orang tua or gambar2 lama.
So pada raya lepas, aku balik kampung, aku umur 24. Kejadian tahun ni. Aku pergi bilik gaming tu. Tengok sepupu2 aku main PS3. Aku buka laptop sebab nak buka youtube. Dalam bilik tu ada meja sebuah dan kerusi. Meja ni saiznya lebih kurang meja cikgu dalam bilik darjah. Ada laci. Aku buka laptop, tapi aku lupa bawa mouse. Aku nak guna mouse. Jadi aku cari mouse. Semua mouse, sepupu aku pakai. Jadi aku takde mouse. Adik and kakak aku pun kedekut mouse. Jadi time tu, takde mouse merupakan satu issue buat aku. Aku jadi cranky. And nak memberontak. Haha. Gurau. Aku teruskan misi mencari mouse. Akhirnya aku cuba buka laci meja tempat aku park laptop aku. And guess what? Aku jumpa something. Something old. Gambar lelaki pakai kot bergambar tepi orang putih/mat salleh.
Aku ambil gambar tu and cuba analyze gambar tu. Gambar dah kuning dah semua. Debu pun ada sikit. Aku nak tanya sepupu aku kat sebelah tapi aku cancel, sebab aku rasa dorang pun tak tahu ni gambar sape. Aku rasa korang pun dah blh guess kan ni gambar sape? Haha
Aku ambil keputusan untuk letak balik gambar tu dalam laci. Then aku teruskan online tanpa mouse. Malam tu, kitorang satu keluarga plan to have BBQ. And BBQ is kind of my thing. Sebab aku suka makan. Tapi tak suka menolong in the process haha. Time aku tengah sedap menunggu ayam siap terhidang, aku nampak sepupu aku, (lets call her Nora) naik ke rumah. Aku buat dunno. Aku keluarkan rokok sebatang then aku smoke.
Lepas 30 minit, Nora tak turun lagi. Aku pelik. Aku ambil keputusan untuk smome sebatang lagi and i swear i will go upstairs lepas smoke sebatang. Sebelum rokok aku habis, Nora dah turun. Aku pergi dekat Nora dan tanya dia.
“Kau buat apa kat atas tadi Nora?”
“Takde pape. Aku cari powerbank aku tak jumpa”
“Oh. Okay..”
So reasoning dia logic. Sebab Nora ni tak leh berjauhan dengan phone. Tapi beberapa minit lepas tu, dia naik balik. Kali ni aku follow dia. Sebab tujuan aku follow dia sebab aku nak sergah dia. Mcam a little prank. Haha. Tapi lain jadinya.
Aku tengok dia masuk dalam bilik membaca/bilik gaming. And dia tengah cari smthing. Aku terus masuk bilik tu. Dan aku tanya dia
“Kau cari powerbank kau dalam bilik ni ke?”
Nora terkejut. So at least, aku berjaya la jugak sergah dia kan. Haha. So dia menggelabah. Tiba2 aku teringat gambar lelaki pakai kot bergambar sebelah mat salleh dalam laci. Aku pergi kat laci then aku tnya Nora
“Kau cari gambar ni ke?”
“Huh? Tak. Aku cari powerbank aku la”
“Oh ye ke. Okay.”
Aku letak balik gambar tu dalam laci.
“Wait wait Mus.. Mana kau dapat gambar tadi”
“Dalam laci ni”
“Laci? Mus, kau tahu kan sebelum ni meja ni tak pernah ada laci?”
Time ni aku jadi pelik dan hairan. Tiba tiba aku terimbas kembali. Haah. Meja ni mana pernah ada laci. Kemudian aku cuba buka balik laci tu. Nora datang juga. Aku tengok bawah meja. Then kitorang baru faham. Laci ni sebenarnya tersorok bawah+dalam meja. Dia ada mechanism utk tarik laci tu keluar. Sebelum ni tak de orang perasan bahawa that region is actually a drawer. Aku pun tak perasan. Aku just tarik je laci tu masa nak cari mouse.
“Ni gambar sape Mus?”
“Tu soalan aku. Aku pun tak tahu.”
“Adik beradik Ayah Tok kot Mus?”
“Aku rasa tak. Laki dalam gambar ni macam dah late 30. Kalau adik beradik Ayah Tok, masa dorang dah 30 an, jepun dah datang jajah tanah melayu. Haha”
“So ni gambar Moyang ? (ayah kepada moyang aku. Kitorang panggil moyang)” tanya Nora
“Maybe. Kot. Kita tanya Tok je la.”
Kemudian kitorang cari Tok. Tapi Tok dah tidur. Kitorang plan nak tanya esk je. Aku ada tanya juga ayah aku malam tu. Dia cakap, dia tak pernah tengok gambar Moyang aku. Sebab takde gambar. So aku just “Ohh..” Je la. Pagi keesokan tu, aku dengan Nora jumpa Tok lepas breakfast. Kitorang tanya dia and cerita skit pasal the hidden drawer dalam meja tu.
Kata Tok aku, dia pun tak perasan ada laci dalam meja tu. And dia terkejut dan emotional skit bila tgk gambar tu. Dia cakap ni Moyang kitorang. Masa dia tatap gambar tu, aku pandang je reaksi dia. Masa aku tengah pandang Tok aku tengok gambar, aku ternampak something di belakang gambar tu. Satu tulisan jawi. Aku bgthu Nora. Then Nora bagitahu Tok. Tok aku ni dlu dia cikgu. So dia faham la apa benda yang tertulis di belakang gambar tu. And aku sendiri pun blh baca. And.. Aku agak emotional bila baca ayat tu. Termasuk Nora.
Ok guys, cerita ni sbenarnya panjang lagi. Ni baru permulaan cerita. Tapi aku perasan yang aku dah tulis cukup banyak. Andai kata tak di approve oleh admin, maka sia2 aku karang sampai habis haha. So admin, kalau korang post kan confession ni, and readers nak aku sambung. Then aku sambung. For now, aku stop sini dlu. Dah terlampau panjang. Haha. Believe me, the rest of story is more thrill. And cerita ni memang cerita aku dan benar2 berlaku. Ok guys thanks

No comments:

Cara Nak Jadi Stalker

Aku buat tajuk tu sebagai keyword senang orang nak sampai kat belog aku. :P Sebenarnya aku nak cerita tentang stalker. Stalke...