Stat Counter

Tuesday, October 3, 2017

Berjiwa Klasik


Macam terlalu serabut kalau nak dengar radio era.fm or radio radio swasta lain. apa mungkin sebab peralihan usia maka seiringlah dengan halwa telingan yang inginkan dendangan yang menenangkan.

dulu, Johara pagi era menjadi suapan telinga. Untuk bergelak tawa dalam perjalanan ke tempat mencari rezeki. Kini semacam penat mendengar celoteh tanpa pengisian.

Maka bertukar pula ke radio Klasik Nasional kelolaan badan RTM. Agak oldschool sebenarnya dengan usia aku yang belum lagi mencecah 30. hahaha. tapi apa harus dibuat, pilihan hati.

Kuasa hati. Kuasa hati? ahaaa. macam lagu ciptaan zaman muda la pulak. lagu ciptaan kita story in next entry. hahah. Agak kelakar.

Berbalik pada klasik nasional.

Penyampai radio yang tenang santai melantun suara penuh pengisian. Disamping boleh memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu (well nowaday rojak saja).

Lagu yang dikeudarakan pulak mengusik jiwa. hahaha. lagu yang jujur tentang perasaan, suasana, kenangan. Agak puitis namun masih difahami.

Pukul 5.30 petang . ADILA- Aku Dia Dan Lagu. Segmen yang ditunggu tunggu. Perkongsian coretan oleh pendengar disampaikan oleh para penyampai radio. Penuh perasaan diselingkan pula dengan lagu berkaitan.

Around 6.45 pula segmenn Nur diKlasik. Pengisian keagamaan disampaikan oleh asatizah2 berpengalaman. Kiranya perjalan pulang ke rumah terisi dengan ilmu.

Dirumah aku menyanyi lagu2 klasik. Suami buat muka pelik. Tiada pa yang pelik, isterimu ini cuba tua kan diri seusia mu suamiku. (beza 4tahun je pun)


.............................

Kot jiwa klasik, bahasa aku pon klasik jugak ni. Haaaaahaaaa

No comments:

Pilhan Raya Umum 14 pada 9 hb May 2018

Nak jugak update pasal pilhan raya. Ramai yang tak puas hati why hari rabu. susah nak apply cuti. Tapi malas nak bobey pasal tu, nak shar...