Stat Counter

Monday, October 16, 2017

Tentang Rezeki - Anak

Sekarang viral tentang pengumuman penyanyi nombor #1 Malaysia Dato siti Nurhaliza hamil 4 bulan. Rasanya ini adalah berita paling menggembirakan buat pengikut beliau. Ini adalah rezeki beliau setelah hampir 11 tahun menanti. Alhamdulillah.

Tentang rezeki.

Apa jua rezeki kita telah ditulis sejak roh ditiup ke dalam jasad. Jodoh, ajal, rezeki semua tu sudah tertulis. Jadi siapalah kita untuk mempertikaikan?

Bercakap tentang rezeki anak.

Aku punya kawan-kawan yang masih lagi menunggu rezeki anak. Dan aku percaya rezeki mereka akan tiba nanti. Cuma kita sebagai sahabat, cuba doakan mereka.

Aku faham perasaan mereka. Ada hampir menunggu 5 tahun untuk dapatkan anak tapi gagal. Itu rezeki mereka untuk berdua duan dgn suami. Masa yang cukup untuk lebih mengenal suami. Itu semua rezeki.

Macam aku, sejenis bunting pelamin, Tak sempat nak honeymoon jalan2 aku dah mabuk2 pregnant. Nak kenal suami pun tak sempat sebab nak kena handle segala sickness. Itu rezeki aku nak dapat anak. Once dah lahir anak, nak kenal anak dan suami at the same time sangat la mencabar. Ye la aku kawin dengan kawan bukan purposely bercinta bagai nak rak. So tak kenal sangat inside macam mana. Bagi aku itu satu cabaran. DAN ITU REZEKI AKU.

Untuk kawan aku yang dah kawin lama masih lagi belum punya rezeki untuk ada anak, mereka punya rezeki untuk kenal suami. SO once dah ada anak nanti mereka tak akan hadap masalah besar la.

Ada kawan aku lepas bersalin dia divorce, Itu pun rezeki jugak. Ada anak sebagai harta. Lepas cerai rezeki bertambah. boleh invest beberapa biji properties. Itu pun rezeki. Rezeki anak.


Kesimpulannya. rezeki ni kita tak boleh nak jangka. Kadang2 rezeki anak, rezeki harta semua tu datang serentak. Itu bonus. Alhamdulillah.

To my friend aku doakan kita semua ni dapat rezeki yang diidamkan. Cepat atau lambat dia akan tiba jugaknanti.

Just wait dengan sabar.



No comments:

10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...